Wednesday, September 30, 2009

Tekadku...Bina Badan

gambar hiasan

Saya menerima pelbagai komen tentang keadaan fizikal saya kini. kawan-kawan, ahli keluarga, saudara mara dan tidak lupa bekas guru-guru juga memberikan pandangan tentang fizikal saya kini. Kata mereka semua, saya agak kurus..

Saya ingin bertanya kepada para pengunjung sekalian, saya ini kurus sangat ke?

Sahabat adalah ceminan kepada sahabatnya. Mungkin saya tidak menyedari akan hakikat pandangan orang lain, justeru elok juga bertanyakan soalan ini secara terbuka. Maka saya akan mengetahuinya...

"kalau badan berisi skit, lebih elok.."

seorang kawan memberi pandangan kepada saya.

Memikirkan berkenaan berat badan dan keadaan fizikal ini bukan suatu yang memeningkan kepala kerana lumrah lelaki tidak mengambil serius berkenaan berat badan mereka. berbeda dengan kaum hawa, dorongan hormon mereka memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan dan senaman ringkas harian mereka.


Logo Persatuan Gayong Malaysia


Pesilat Gayong
Saya seorang pesilat Gayong suatu ketika dulu, kini dan insyaAllah akan datang. Mungkin ramai yang berasa sangsi dengan kenyataan ini, semuanya kerana perihal keadaan fizikal saya agaknya..Badan saya walaupun tidaklah berisi mana namun terasa ototnya cepat berkembang dan membesar. Ia juga cepat mengecut dan mengendur. Cepat mengembang jika melakukan sedikit senaman dan cepat mengendur jika tidak dilakukan senaman secara konsisten.

Berkecimpung dalam arena persilatan semenjak dimatrikulasi dulu memungkinkan saya tidak bercadang untuk meninggalkannya hatta selepas menjadi seorang guru kelak.

"Ayah Chik cuba contact no ni, Cg Fadhil 012-xxx xxxx"

Jawapan message daripada anak saudara saya setelah saya meminta nombor telefon guru silat Gayong boleh saya mempelajarinya di Terengganu ini. Setelah meninggalkan selama hampir 6bulan latihan silat setelah keluar daripada UPSI, saya terus tidak melakukan latihan atau senaman silat yang dipelajari. Namun saya sering bermain bola sepak dikampung sebagai senaman kepada badan ini.

Antara latihan biasa yang dijalani

Setelah sekian lama meninggalkan ini, terasa memanaskan kembali badan dan mendalami lanjut ilmu persilatan ini. Justeru, insyaAllah saya akan berguru dengan guru silat di Terengganu dalam tempoh yang terdekat walaupun menyedari bahawa keberadaan saya di Terengganu tidak berapa lama lagi. Kerna bakal dipostingkan entah kemana dan yang pasti bukan di Terengganu.


Tekadku
Aku bertekad untuk membina badan sekadar yang termampu. Cara dan methodnya telah diletakkan dalam perancangan dan telah diamalkan bermula 3hari yang lalu. Senaman secara konsisten dan penjagaan pemakanan dijadualkan rapi.

InsyaAllah, suatu perubahan bakal diperoleh apabila memasuki sekolah kelak...

Namun, semua ini dengan ketentuan dan kehendakNya jua..


Yang Bertekad,

Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
12.58am
11 Syawal 1430H
1 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

5 comments:

ummie azila said...

Assalammualaikum TG,
INI pandangan orang tua, sekadar baca bolehlah tapi ikut belum tentu.Fizikal kurus tak apa asalkan bertenaga dan bersemangat kental(waja)kerana lelaki adalah pelindung segala-galanya kepada kaum wanita dan kanak2.Kalau fizikal perkasa tapi semangat macam keropok pun tak bagus juga.Walaubagaimanapun eloklah SEDERHANA fizikalnya supaya lebih bertenaga daripada kaum wanita.
TG bila beristeri nanti ummie yakin dlm masa 2,3 bln mahu naik 5 kg sebab susun mkn minumnya akan teratur dan jiwa akan lebih tenang n mantap.Salah satu cita-cita para isteri ialah melayani suami sebaik n semaksima yg mungkin dlm apa jua suasana dan berkhidmat kpd suami dgn penuh kasih syg.Pendidikan ini telah diterapkan oleh ibu kepada anak daranya sebelum bergelar isteri.InsyaAllah.

Isteri yg telah berjaya meningkatkan berat bdn suami 45 kg kpd 76 kg dlm masa.....
c.azilah

Sifu Mirza said...

salam TG,

nak kata kurus tu taklah kurus sangat..

boleh kata camnilah..

"kurus bukan sebarang kurus... ini kurus urat dawai tulang besi.."

:-)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam buat dua insan yg saya hormati,
tak sangka ummie n sifu mirza yg mendahului komen pasal saya. Pandangan orang dewasa, saya ibaratkan kata-kata daripada orang tua saya..

"Pendidikan ini telah diterapkan oleh ibu kepada anak daranya sebelum bergelar isteri.InsyaAllah"

Patut anak ummie sblm ni bertapa dirumah, rupanya menjalani latihan intensif untuk bergelar seorang isteri. Mesti mantap, sebab dapat latihan direct daripada sifu yg hebat. JazakAllah atas nasihat ummie..

Saya juga merasakan bahawa walaupun badan ni agak kurus tapi kerana fizikal sebeginilah saya amat aktif hingga kini..

Yg harap naik tak banyak slps kawin,
Tg

Natasha said...

semoga berjaya TG =)

tp tgk famly TG pon semua kurus2..mmg xde yg gemuk kan, even pas kawen kan? dah genetik tu..hehe...

ingt kata2 ustazah sarimah, TG kurus camni la, muka je makin panjang... =P

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

a'a, dalam family Tg takde yang gemuk. semuanya kurus2, even kakak sulong yang dah ada 8orang anak, still maintain kurus jer..insyaAllah sbb genetik.

Template by - Abdul Munir - 2008