Sunday, June 29, 2008

Saat Cinta Bertasbih

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, ana ada buku baru nak share ngan sahabat-sahabat sekalian. Buku terbaru oleh Ust Riduan Mohd Nor bersama-sama Ust Wan Abd Rahman W. Abd Latif dan Rossem. Buku bertajuk “SAAT CINTA BERTASBIH”. Buku ini adalah tribute buat Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Kita semua maklum Tok Guru merupakan Ulama juga Umara’ yang amat disegani samada kawan mahupun lawan. Pengalaman beliau yang luas dikongsi sedikit sebanyak dalam buku ini. Tutur kata Tok Guru yang mempersonakan tiap-tiap orang yang mendengarnya, menusuk sampai ke hati setiap insan, menjadi susuk tubuh yang makin dimakan usia ini disanjung tinggi dan mendapat tempat dihati seluruh rakyat, dalam negara juga diperingkat antarabangsa. Sifat zuhud beliau dalam menjalani kehidupan walaupun bergelar Menteri Besar, masih tinggal teratak rumah kayu seperti rakyat lain, menarik perhatian setiap orang kerana peribadi begini sukar untuk dicari lagi-lagi zaman globalisasi ini. Bak kata seorang sahabat, susuk tubuh ini hanya muncul sekali dalam seabad dan bayangan Umar Abd Aziz memerintah (99H-101H) kini telah muncul di Kelantan.

Mari kita selami peribadi tokoh agung ini, semoga kita mendapat manfaat dalam menjadi beliau sebagai contoh ikutan (qudwah hasanah) kita dalam kita menyelusuri kehidupan yang sementara ini..

Kepada sahabat-sahabat yang ingin dapatkan buku ini, bleh menghubungi ana.

Harga sebenar : RM20.00

Harga Biasa : RM15.00

Harga Special : RM ........(contact ana)

Handset: 013-4475216 & 012-9217219

Email: muslim.sejati@yahoo.com

Atau terus menyatakan dalam blog ini.

Syukran..


P/S : Jadikan buku-buku sebagai teman hidup anda, buku tak akan luput dimakan usia, boleh disimpan kepada anak cucu anda, jangan sayang duit untuk membeli buku, Teruskan membaca…


Pencinta Buku & Ilmu,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.57 am

30 / 6 / 2008

Rumah 2.1.7 KHAR, UPSI

Thursday, June 26, 2008

Kepada Semua Cikgu & Bakal Cikgu

Selaku bakal cikgu, ana merasakan amat bertuah dengan pekerjaaan mulia yang bakal digalas kelak insyaAllah.. membelek internet baru-baru ni, ana terjumpe satu klip movie yang menarik, cerita indon.

Sang Murabbi

Indonesia mmg tidak dinafikan banyak mengeluarkan filem-filem Islamik..Tak nak kupas panjang berkaitan filem ni, ntum seme bleh tgk filem ni bile kuar nt. Terutama bagi bakal-bakal guru..nak bagitau pekerjaan ntum(cg2) seme ni adalah satu pekerjaan yg mulia dan ntum lah yg kene mainkan peranan sebaiknya…Selamat menonton.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
5.15 am
27 / 6 / 08
Rumahku,pasir panjang K.trg.







Wednesday, June 18, 2008

KETIKA CINTA BERTASBIH 2

Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat kurniaanNya yang tak terhingga. Kuungkapkan kesyukuran kerana dapat menghabiskan bacaan Novel Ketika Cinta Bertasbih 2 akhirnya. Kesyukuran ini menebal dalam diri saat mengakhiri pembacaan tersebut.

Menghayati akan isi dan makna yang ingin disampaikan, aku merasakan begitu agungnya kekuasaan Allah Taala. Takdir Allah menetapkan segala-galanya. IradatNya mengatasi kehendak sekian makhluk, justeru makhluk harus redha jika kemahuannya tidak dicapai kerana itulah iradat Allah yang hikmahnya tiada siapa yang mengetahui..

Betapa potensi diri ini tidak aku gunakan sebaik-baiknya. Ibarat seekor singa yang masih merasakan dirinya seekor kambing. Sifat muslim, seharusnya dialah yang terbaik kerana telah disebut oleh Allah, kuntum khaira ummatin, Engkaulah(muslim) sebaik-baik umat.


Justeru aku nekad berusaha memperbaiki diri agar singa itu menjadi seekor singa yang sejati, Raja Rimba yang menggerunkan segala hidupan rimba lain namun tidak menggunakan kekuasaan sewenang-wenangnya lantaran menyedari hakikat penciptaan yang amat lemah kepada Sang Pencipta.

Aku juga menginsafi dosa-dosaku yang lalu, cukup tinggi menggunung. Menginsafi dosaku yang amat jijik lantaran ‘mencabar’ kekuasaan Ilahi apabila mengetahui kebatilan itu namun masih dilakukan jua. Aku bertaubat padaMu Ya Allah..


Selasai membaca novel tersebut, aku berdoa dan disaat itu juga azan Asar berkumandang…Seruan Ilahi memanggil jiwaku yang sudah sedia luluh dalam penginsafan…

MONOLOGKU

Dosa-dosaku menggunung tinggi

‘Mencabar’ kekuasaanMu

Saat itu walauku sedari

Diri tidak mampu melawanMu

Namun aku gagahi melakukannya


Ya Allah,

Hambamu ini amat lemah

Dunia ini terlalu indah

Pada pandangan mata yang buta

Melihat sesuatu dengan mata yang nyata

Bukan dengan mata hati yang telus menyedari


Ya Allah,

Tika ini aku menginsafi diri,

Namun aku tidak tahu akan hari-hari mendatang,

Adakah aku mampu bertahan

Dengan ujianMu yang begitu hebat


Aku pinta padaMu Ya Allah

Jangan Engkau menguji aku

Dengan ujian yang tak mampu

Aku menanggungnya


Dan aku pinta padaMu Ya Allah

Jangan engkau biarkan nasibku

Ditentukan oleh diriku sendiri

Walau kadar sekelip mata

Atau kadar yang lebih pendek daripada itu.


Aku juga pinta padaMu Ya Allah

Pengakhiran hidup dengan pengakhiran yang baik

Husnul khatimah

Dan bukan pengakhiran yang buruk Ya Allah

Syu’ul khatimah


Aku menyedari akan kekuasaanMu

Mengambil nyawa hamba-hambaMu

Bila-bila masa

Kerana Engkau memang Maha Kuasa

Dan Engkau telah menunjuki ku

Sahabatku pergi tanpa sebarang bunyi

Tiada siapa menyedarinya


Engkau Maha Kuasa

Engkau Maha Pengampun

Engkau Maha Pengasih

Engkau Maha Penyayang

Ampuni daku atas dosa lalu dan akan datang…


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

6.52 pm

18 / 6 / 2008

Pasir Panjang, K.Trg

Tuesday, June 17, 2008

Kehidupan Seorang Guru



Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani latihan Rancangan Oreintasi Sekolah(ROS) buat kali keduanya. ROS kali kedua ini, saya memilih untuk dilakukan disekolah dimana kakak saya mengajar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan bukan di sekolah lama saya iaitu Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kemasukan hari pertama ini, membawa saya kepada satu pengamatan ‘kehidupan seorang guru’ yang kini belum dirasakan sepenuhnya dan insyaAllah bakal ditempuh jua kelak. Mengamati setiap langkah dan gerak geri guru-guru di sini, kehadiran ke sekolah, masa yang digunakan, proses pengajaran yang dilakukan, dan banyak lagi perkara yang membuatkan otakku menaakul dan cuba mencari makna dalam kehidupan seseorang berkerjaya pendidik ini.

Menjadi guru bukanlah suatu kerjaya yang menyenangkan. Kita semua sedia maklum dengan pelbagai karenah dan ragam para pelajar sekarang. Pelbagai ungkapan pepatah kata, puisi dan sajak, banyak mengagungkan kerjaya ini. Bukan atas dasar sukarnya kerjaya ini tetapi lebih kepada kemuliaannya, mendidik manusia kearah kebaikan..

Permintaan dan Harapan

Kepada semua kawan-kawan serta junior yang sekarang ini turut sama menjalani ROS, sedikit kata-kata ditujukan kepada mereka. Permintaan saya kepada mereka, gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada ini untuk mengamati perjalanan suasana disekolah ini seterusnya mencari pengajaran dan pengiktibaran serta solusi agar dapat kita jadikan panduan dalam kita menjadi pendidik kelak. Harapan semoga kita semua mampu menjadi golongan pendidik yang bukan hanya mengejar wang gaji tetapi meletakkan niat mendidik itu sebagai matlamat utama yang bakal memberikan saham buat kita semua dialam yang tiada lagi jambatan ke dunia ini melainkan 3perkara yang kita maklumi.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.30 pm
15 / 6 / 2008
Sek Men Keb Sultan Sulaiman

Monday, June 16, 2008

Sedarilah Kita Dari Hasutan Syaitan

Assalamualaikum w.b.t,
Ingin saya bawakan beberapa video yang boleh menjadi pengajaran yang berguna buat kita semua.

Dalam kehidupan ini, kita manusia sering terlupa dan leka dengan keindahan dunia yang sementara ini ditambah lagi dengan hasutan nafsu dan syaitan yang tak pernah jemu menghasut anak Adam untuk mengikuti jejak langkah mereka yang kelak akan ditempelak akan kesalahan dan dosa yang dilakukan ke atas manusia itu sendiri. Syaitan berlepas tangan!.

Jadi ingatlah selalu akan tipu daya makhluk Allah ini agar kita semua selamat menempuh hari-hari diakhir zaman yang semakin mencabar ini..mohon taufik dan hidayah Allah sentiasa....

JAGA PANDANGAN



MAKAN BERSAMA SYAITAN



KEPATUHAN KEPADA KATA-KATA IBU



SOLAT SUBUH



HIJAB



BERCAKAP BOHONG



ARAK RAJA SEGALA MAKSIAT



MEROKOK



AMANAT SYAITAN





Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
6.32pm
16 / 6 / 2008
Pasir Panjang, K. Trg

Wednesday, June 4, 2008

Kenaikan Harga Minyak, apakah implikasinya?



Kesesakan Lalulintas

Mengantuknya, sudah la tak makan tengah hari lagi..”aku mengeluh sendirian dalam kesesakan lalulintas menunggu giliran mengisi minyak petrol.

“Woi..cepat la skit..”. kedengaran jeritan daripada pemandu lori yang sudah tidak dapat menahan sabar. Bisik hatiku, apa guna menjerit demikian, tak akan memberikan apa-apa kesan pun..

Inilah yang terjadi selepas kenaikan harga minyak yang mengejut sebaik sahaja pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam menyebabkan laluan lalu lintas menjadi huru-hara dan ini adalah kes yang terburuk di Malaysia.

Kenaikan harga minyak sebanyak 41% amat tidak dijangka oleh rakyat yang tidak diberi sebarang ‘signal’ awal. Sebelum ini, dikatakan kenaikan harga minyak akan dikaji terlebih dahulu dan menjangkakan kenaikannya adalah pada bulan Ogos ini.

Ikutkan hati memang aku tak ingin berbaris kereta panjang semata-mata untuk mengisi minyak dengan harga lama buat kali terakhirnya, namun apabila difikirkan balik kos yang bakal aku tanggung esokkan harinya untuk aku ‘drive’ ke KL, fikiranku mengubah keputusan ini.


Perlu Tahu

Kenaikan yang melampau ini, melihatkan kerajaan seakan-akan masih tidak faham ‘message’ yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Kesan daripada kenaikan harga minyak ini akan terasa dalam beberapa hari kemudian ini.

Harga barang yang sedia ada tinggi akan meningkat lagi ekoran harga bahan bakar yang meningkat ini bakal menjejaskan semua barangan lain. Inflasi negara juga akan meningkat. Kos sara hidup rakyat akan bertambah. Mereka yang tiada kenderaan akan turut merasa impaknya melalui kenaikan harga barang ini.

Pemberian RM150 atau RM600 setahun boleh diibaratkan sebagai pengabur mata rakyat sahaja. Apa gunanya pemberian ini jika rakyat menderita setiap hari!

Semalam Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa tengah malam semalam. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus.



Protes ..Adakah Jalan Penyelesaian?

Saat ini ramai rakyat bangkit menyatakan pendirian mereka untuk menurunkan balik harga bahan bakar ini. Kebangkitan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga diserata dunia terutama di negara-negara bukan pengeluar minyak yang merasakan kesan yang begitu ketara.

“meluat btol dengar orang besar bercakap” aku menyatakan kepada kakak aku sewaktu melihat berita jam1 lebih semalam.

“ada ke patut suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan orang-orang atas ni berboros makan duit rakyat sesuka hati. Haritu seorang pemimpin cakap suruh rakyat ubah gaya hidup dan beli barangan tempatan, ke tengok rumah dia berapa banyak barangan tempatan ada? Semua import” hatiku membara panas melihat nasihat-nasihat pemimpin-pemimpin begini.

Kuliah subuh tadi, ustaz menyatakan selama 42 tahun Tuan Guru Nik Aziz memerintah memegang Menteri Besar Kelantan, jika nak dikirakan boleh sahaja Tuan Guru nak kumpul harta. Tapi semua orang boleh lihat rumah kampung Menteri Besar ini..inilah pemimpin sebenar..



Ke Kl berapa ringgit minyak?

Sekejap lagi aku akan bertolak ke KL dari K. Terengganu, menjalani satu program motivasi selama 4 hari. Dalam benak fikiranku, kos minyak petrolnya nanti berapa yer??

Doakan aku selamat pergi dan kembali…


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

11.02 am

5/6/08

Rumah

Pasir panjang, K. Trg

Template by - Abdul Munir - 2008