Monday, September 28, 2009

Apa, Sekolah Rendah?

"Maaflah, ana tak dapat nak datang rumah enta raya keeempat ini sebab ana sudah rancang untuk beraya dengan sahabat sahabiah sekolah rendah" mohon maafku kepada seorang teman setelah diundang untuk beraya ke rumah beliau.


"Apa, sekolah rendah?" temanku seakan terperanjat mendengar penjelasanku tadi.

Mengapaku Tidak Lupakan Kamu
Ramai yang seakan tidak percaya bilamana saya menyatakan bahawa saya akan beraya bersama sahabat sahabiah sekolah rendah. Pada tanggapan saya, mungkin mereka merasakan sedikit mustahil dan agak sukar untuk bersama-sama berkumpul kembali kawan-kawan sewaktu sekolah rendah dahulu. Ada yang mengatakan, sekolah rendah dulu zaman kecil-kecil dan waktu itu kita masih tidak matang.

Saya menolak tanggapan sebegitu dan saya telah membuktikan bahawa saya mampu untuk menyatukan kembali hubungan silaturrahim yang terbina walau seusia semuda tersebut.

Pengalaman saya sewaktu sekolah rendah dulu sangat indah. Walaupun tidak semua yang dapat saya recall kerana memori yang terhad dalam usia kebudakan sewaktu itu, namun memori sekecil 128Mb itulah yang sangat bernilai, yang membentuk peribadi saya kini.

Sahabiah Sekolah Rendah Dalam Ingatan

Pengalamanku Mendewasakanku
Sewaktu sekolah rendah dahulu, saya telah diamanahkan untuk menjadi pengawas sekolah seawal darjah 4lagi. Pengalaman sedikit itu membuatkan saya lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai berseorangan mahupun diatas pentas. Menyertai pelbagai aktiviti anjuran pihak sekolah dan pejabat pendidikan negeri, menguatkan semangat kendiri ini. Justeru dengan sedikit penglibatan tersebut, saya telah dianugerahkan untuk mendapat gelaran Tunas Jaya yang mana julung-julung kalinya anugerah ini diberikan. Anugerah seakan pelajar terbaik atau pelajar contoh ini telah menjadi anugerah tahunan selepas daripada tahun saya. UPSR 5A yang diperolehi juga antara salah satu yang menyumbang kepada menyandang anugerah tersebut.

Sahabiah Yang Dulu Sekelas Denganku

Selamanya ia akan berkekalan
Memahami akan peri penting hubungan ini, saya mengambil iniasiatif untuk membuat group SKPP dalam Friendster. Bermula seorang teman rapat sekolah rendah, terus menerus saya menjejaki kawan-kawan lama. Kini saya telah dapat mengumpulkan seramai hampir 30orang kawan-kawan sekolah rendah. Group SKPP friendster saya pula telah punyai lebih daripada 200orang ahli bekas pelajar SKPP daripada pelbagai generasi. Ada yang baru keluar sekolah dan ada juga yang telah berkahwin dan beranak pinak. Mereka yang menyertai group ini masing-masing terasa rindu kepada kawan-kawan sekolah rendah dahulu.


Buat kawan-kawan sekolah rendah, bersama ini saya ukirkan sebuah puisi buat kalian:

aku bukan orang lain,
akulah teman sepermainanmu dahulu,
dahulu kita sama-sama berlari-lari,
mengejar antara satu sama lain,
waktu rehat waktu yang sangat dinantikan,
itulah sewaktu usia kita 9 dan 10 tahun

memori itu tidak pernah luput,
cikgu-cikgu yang mengajar,
tidak pernah kita lupakan mereka,
mengingati mereka membuatkan kita
tidak terlepas mendoakan mereka
dalam setiap doa kita..
ajaran mereka, menyuluh perjalanan kita kini.
nasihat mereka akan terus kita dambakan,
buat perjalanan yang masih panjang..

usia 12tahun, kita sudah mula matang,
UPSR menjadi medan perjuangan kita sewaktu itu,
kita sama-sama berjuang mencari kecemerlangan,
kejayaan yang dicapai bukan kejayaan peribadi,
ia merupakan kejayaan kita bersama.

hubungan ini tidak akan terputus,
walau ia sudah 11tahun berlalu,
hubungan ini terus subur,
kerana kita saling memahami memori lampau,

justeru kawan-kawan,
usah kita tinggalkan memori lampau begitu sahaja,
meninggalkan dan tidak mempedulikannya,
merupakan suatu tindakan tidak betul,
tindakan mereka yang tidak pernah mensyukuri
akan nikmat ukhuwwah dan pengalaman.

kuharap, ia akan terus mekar,
semekar kedewasaan kita,
menjadi kembang dan membiak,
sebagaimana generasi yang bakal kita bina

kita mesti senantiasa bersatu.
kerana kita berasal daripada beberapa kampung,
berdekatan satu sama lain,
dan paling penting kerana,
kita berasal daripada satu sekolah yang sama,
sekolah yang membesarkan tiap daripada kita,
dan mungkin bakal membesarkan generasi kita pula,
terus suburkan ia kerana sesungguhnya,
Sekolah Itu Mulia...




Terus Menjejaki Yang Lain,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.23 am
7 Syawal 1430H
28 September 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.

2 comments:

ummieazila said...

Assalamualaikum TG Semoga sentiasa dirahmati ALLAH,

Alam knk2 mmg seronok kerana masa itu tak bnyak difikirkan asalkan keperluan asas dipenuhi sudah menggembirakan.Syukur alam knk2 TG realitinya positif maka terbinalah konsep kendiri TG yg positif TAPI ada org oleh kerana relitinya negatif maka dlm dirinya terbina konep kendiri yg negatif.Alhamdulillah dari kecil TG telah diiktiraf sebagi pemimpin diharapkan ianya berterusan hingga akhir hayat dpt menjadi pemimpin islam sejati ,ummie yakin TG boleh melakukannya.....
Sebenarnya TG SAMAADA manis atau pahit dizaman knk2 ianya adalah TARBIAH dari ALLAH utk kita.ALHAMDULILLAH!.....
Ummie juga ucapkan tahniah kpd TG kerana usaha gigih TG mengumpulkan shbt2 dan menziarahi bekas guru.Kegembiraan seorg cikgu ialah melihat kejayaan anak2 didik serta ia dihormati dan diingati itu saja..tak lebih dari itu yg dipinta oleh seorg cikgu!....
HAI BERUNTUNGLAH TG KECIL2 LAGI DAH BERSANDING esok bila walimah sebenarnya taklah gementar lagi....MAAF WASSALAM .

Cikgu yg sentiasa mendokan utk murid2
c.azila

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam ummie..

"HAI BERUNTUNGLAH TG KECIL2 LAGI DAH BERSANDING esok bila walimah sebenarnya taklah gementar lagi...."

Hehe, berkenaan peristiwa tu, Tg sebenarnya tak sangka juga cikgu buat majlis macam tu. Zaman kanak-kanak dulu tak terasa apa-apa, tapi bila dah besar ni, terasa malu n segan.kelakar pun ada mengenangkan kembali peristiwa tersebut.

Namun, harap-harapnya macam doa ummie la..Moge tak gementar lagi bila walimah sebenar nanti =)

Yg selalu mendoakan Guru-guru,
Tg

Template by - Abdul Munir - 2008