“Kalau tak, sekarang abg Tg dah ada kat mesir atau Jordan. Sambung belajar” ujarku lagi.
Kenangan silam sewaktu menghadari temuduga di Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman mengimbau kembali tatkala kaki menjejak ke Maahad ini lagi. Walaupun hampir 10tahun peristiwa tersebut berlaku, namun ia cukup memberi kesan kepada diriku kerana dengan langkah yang telah aku ambil dahulu, aku kini bergelar seorang bakal guru.
(Adik Muhammad Ahmad Zahid,
Hafiz berumur 10tahun)
Hafiz al-Quran Pilihan Allah
Kekadang aku termenung mengenang perjalanan hidup ini. Percaturan Allah menjadikan diriku seperti sekarang ini. Bakal seorang guru yang suatu ketika dulu tidak pernah aku terlintas akan pekerjaan ini. Kurasai diri ini lebih mengkehendaki kearah aliran agama berbanding aliran sains yang kuceburi sekarang. Perasaan inilah yang mendorongku untuk menghadiri temuduga maahad tersebut dan bercita-cita menjadi seorang Hafiz al-Quran. Namun aku sedar, Hafiz al-Quran ini adalah pilihan daripada Allah.
Dan apa yang Telah kami wahyukan kepadamu yaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. (Fatir:31-32)
Kalau Bukan Aku, Generasiku
Menyedari hakikat bahawa aku seorang bakal guru, namun keinginan untuk menjadi seorang hafiz al-Quran masih kuat menebal dalam diri. Pernah aku letakkan langkah-langkah menjadi seorang hafiz ini dalam perancangan 10tahun hidupku. Kini ia telah diubah suai bersesuaian dengan diriku sekarang dan masa yang telah berjalan. Walau bagaimana pun, usaha-usaha kearah itu akan diteruskan. Menghafal surah-surah penting sentiasa dalam peringatan.
Aku beriltizam, jika dipanjangkan umur ini dan diberi kesempatan serta rezeki, akan aku lahirkan seorang hafiz daripada zuriat keturunanku..
atas kesedaran bahawa besarnya ganjaran yang diperolehi oleh seorang hafiz ini & syafaat yang dikurniakan kepada ibubapa mereka.
Kelebihan Hafiz al-Quran
Menurut Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993: 87-90), diantara kelebihan-kelebihan lain yang diperolehi oleh penghafaz al-Quran adalah selalu dilindungi oleh Allah S.W.T, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia, tidak merasa takut pada hari kiamat dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga, mereka yang menghafaz al-Quran juga merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka. Allah S.W.T juga mengurniakan nikmat kelebihan ilmu yang dikurniakan kepada para nabi kepada para huffaz serta diberikan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya.
Dalam satu hadis meriwayatkan:
“ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.
Mari Menghafal al-Quran
Akhir kalam, saya mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama kita berusaha menghafal kalam suci Allah ini. Berusaha sekadar yang termampu buat diri masing- masing. Jika kita seorang pelajar, jika kita seorang pekerja, jika kita seorang ibubapa, jika siapa pun kita, luangkanlah sedikit daripada masa kita untuk menghafal al-Quran dan menghayati kandungannya. Selamat berusaha.
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya” Riwayat Bukhari
Hajat yang belum kesampaian,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.32 am
17 Ramadhan 1430H
7 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Bersama ini saya lampirkan tips menghafal al-Quran:
TIPS MENGHAFAL QURAN SECARA PART TIME
1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
2. menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.
4. ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka
5. bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.
6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi' (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
8. amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
9. amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.
10. amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
12. tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.
14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.
15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.
"SESUNGGUHNYA AL QURAN ITU MUDAH UNTUK DIPELAJARI" [al-Qamar: 17,22,32,40]
TIPS asal oleh IMAM NAWAWI
7 comments:
x pa...ada rezeki enta akn dapat hafaz quran... niat tu pun dah kira murni...sampai jumpa
salam..abg tg sy copy paste tip menghafaz quran tu yer..em sy msh dlm belajr tok menghafaz alquran..em abg tg pon blh belajar n menghafaz sikit2x alquran tu..org kata sikit2x lama2x jd bukit..mg kte semua dipelihara oleh Allah..amin ya rabb..salam alaik..
InsyaAllah, mge kite semua mendapat syafaat daripada al-Quran ini pada hari tersebut. Mari menghafal...
Assalammualaikum TG.....
Sebagai manusia kita hanya boleh merancang untuk kehidupan kita, tapi Allah adalah Perancang yang paling baik untuk kita kerana DIA mengetahui apa yg telah berlaku,sedang berlaku dan apa yg akan berlaku pada makhlukNYA.
InsyaAllah ditakdirkan TG akan jadi guru, ianya adalah amannah Allah unt. menyampaikan ilmu alam, kemahiran dan nilai-nilai muslimin sejati atau nilai-nilai kemanusiaan .Disamping kita pendidik, kita juga mendidik diri kita kerana menurut AL-Quran .."Amat besar kebencian Allah bagi orang yang berkata tapi tak dikotakan...."Cuma kdg2 kesibukan hal dunia kita leka terutama ummie utk mendidik hati ini melalui ayat-ayat Allah - amalan lisan dan tindak tanduk.Kdg2 begitu sukar utk. hafaz kerana ayat suci hanya boleh masuk dlm hati yg bersih.Tindak tanduk harian kdg2 menjadi hijab proses hafazan.Namun demikian insya Allah usaha akan diteruskan selagi hayat ada.
Semoga hasrat dan cita-cita TG dimudahkan oleh ALLAH. Maaf .TKasih
Yg sygkan makhluk Allah
C.Azila
Salam 18 Ramadhan. em...keluarga sepupu ana ada 2 orang anaknya yang hafiz. memang ALLAH amat sayangkan golonagn hafiz ni...sebab ke duanya meninggal dalam usia muda (wallah hu alam yang adiknya sempat hafiz @ x). tapi, hari kematian beliau (adik) , pagi hari dia meninggal tu (dia meninggal dinihari), cuaca memang sangat damai...langit mendung...angin bertiup tenang. ALLAH hu akbar...memang terasa damainya. ALLAH hu akbar..di dunia ALLAH dah tunjukkan betapa tenangnya bumi ALLAH ni..di akhirat...hanya ALLAH yg tahu, apa balasannya.
semoga ALLAH ringankan akal kita untuk mengingati Kalamnya.
Syukran...sekali lagi perkongsian yg mantap!!
jazakAllah ummie, mge Allah kabulkan doa tersebut. Doa seorang ibu buat si anak.
Ana pegang juga kata seorang ustaz. pengalaman yg disampaikan kepada beliau, melihat sebuah kubur di tanah arab. kubur arab ini die ade pintu masuk, then kubur2 die tersusun didalam. kata beliau, jauh disudut kubur tersebut, nampak satu cahaya bersinar dan bau yg sngt harum. kata penjaga kubur , itulah kubur seorang hafizah. Allah pelihara mereka yg dadanya mengandungi kalam suci Allah Taala. Semoga kita berusaha kearah mensucikan diri seterusnya berusaha mengisi dada ini dengan Ayat suci Al-Quran ini.
As-Salam, dalam surah 56 ayat 79 : "Tidak ada yang menyentuh alQuran melainkan hamba Allah yang suci" maafkan saya, saya ingin bertanya apakah maksud "hamba yang suci" itu? pada pendapat saya "hamba yang suci" itu merujuk pada "makhluk ciptaan Allah yang suci/orang islam yang berwuduk(bersuci)".ada pendapat yang berbeza di antara saya dan salah seorang penceramah agama saya. dia menyatakan bahawa "hamba yang suci" itu merujuk pada malaikat sahaja. bukankah manusia boleh bersuci dengan mengambil wuduk dan mandi wajib? adakah manusia boleh memegang al-Quran tanpa wuduk sedangkan penceramah saya mengatakan boleh? sila berikan jawapan secepat yang mungkin. terima kasi dan As-Salam
Post a Comment