Menyingkapi kemenangan Datuk G. Palanivel dalam pemilihan MIC baru-baru ni yang mengalahkan lawan beliau yang bertanding iaitu Datuk S. Subramaniam dan Datuk S. Sonathinathan, saya melihatkan pengaruh Datuk S. Sami Vellu memainkan peranan yang besar.
Datuk G. Palanivel yang juga merupakan calon yang disokong oleh Presiden MIC ini memperoleh undi yang tinggi berbanding dua lagi lawan beliau.
Strategi Penyebaran Islam
Tatkala kemenangan ini dicapai, saya teringat akan satu sirah bagaimana penyebaran Islam berlaku. Rasullullah mengutuskan sahabat sebagai utusan baginda kepada Raja – raja dibeberapa negara, menyeru mereka menerima syiar Islam. Apa relevensi Rasulullah berbuat demikian?
Jika seseorang ketua negara tersebut masuk Islam maka dengan sendirinya rakyat jelata negara tersebut akan mengikut pemerintah mereka. Mari kita mengimbau sejarah kedatangan Islam di Tanah Kepulauan Melayu ini. Ia bermula dengan pengislaman Raja-Raja Melayu ketika itu. Sebagai contoh pengislaman Parameswara membawa kepada rakyat jelata Melaka menerima Islam. Begitu juga negeri-negeri lain yang selanjutnya memperkenalkan sistem perundangan negeri masing-masing yang menggunakan al-Quran dan al-hadis sebagai rujukan utama.
Pengaruh Ketua
Besarnya pengaruh seorang ketua mampu memandu arah perjalanan sebuah organisasi yang dipimpimnya. Andai kata baik si ketua tersebut, maka kearah yang baik dan betul jugalah perjalanan organisasi tersebut. Walau bagaimana pun, pengaruh ketua ini tidak kekal lama andai kata ia tidak didasari dengan akhlak dan peribadi contoh. Pengaruhnya akan sekadar jawatan dan kuasa yang dipegang semasa pemerintahannya sahaja. Jika turunlah ia dari takhtanya maka hilanglah pengaruh daripada pandangan anak buahnya.
Lihat sahaja pucuk kepimpinan MCA yang sedang bergolak…
Bagaimana pula dengan kerajaan agung firaun suatu ketika dulu…
Semua ini menyingkapi pelbagai pengajaran dan pengiktibaran yang berbeza. Sejarah yang mencoret bukan untuk dilupai tetapi dimengertikan agar perjalanan seterusnya kehadapan tidak melalui kelompongan yang telah sedia ditunjuki suatu ketika lalu..
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab, ayat 72)
Arrijalu kawwamu ‘ala nisa’
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.29pm
24 Ramadhan 1430H
14 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu
2 comments:
Assalammualaikum TG n ....,
LEADER is pemimpin.Pemimpin ialah seseorang yang BERUPAYA mempengaruhi orang lain sehingga menjadi pengikut secara rela bekerja untuk mencapai sesuatu matlamat.
Menurut Islam ," Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggung jawab terhadap apa yang dipimpinnya".
Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berusaha kepada penghambaan kepada Allah dan membawa kesejahteraan kepada alam sejagat.Semoga kita menjadi pemimpin yang diredhai oleh Allah.InsyaAllah.
Waalaikummusalam.
insyaAllah ummie..JazakAllah.
Post a Comment