Tuesday, October 27, 2009

Melentur Buluh, Biarlah Daripada Rebungnya..

Sama-sama kita tengok, budak sepuluh tahun ni. Diajari bina badan sejak kecil lagi.





bagaimana pula dengan kita umat Islam? jangan mengharapkan anak-anak yang sudah besar nak jadi baik jika sejak kecil mereka tidak diajari untuk jadi baik..

Wassalam

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.10pm
28 Oktober 2009
SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Sunday, October 25, 2009

Merubah Ekonomi Ummah

Antara Peserta Yang Hadir dalam penerangan HPA

“aish, geli dah rasanya nak makan daging burger lepas ni”
lauhan hati saya utarakan kepada seorang sahabat sebaik sahaja tamat sesi penerangan HPA tengahari tadi.

“erm.. Tak sangka sampai begitu sekali daging burger diproses. Ada ke patut dikisarnya hidup-hidup seekor lembu”
Keluh sahabat tersebut mengenangkan video yang kami tonton dalam sesi penerangan HPA tersebut.

Penyampaian Cenderamata Kepada Wakil HPA


Ummat Islam Punyai Kuasa Membeli
Telah lama saya mengamati ekonomi umat Islam diMalaysia ini dan diseluruh negara dalam dunia secara makronya, namun jelas pada kita semua bahawa ekonomi dunia kini dikuasai oleh orang yahudi dan kaum kapitalis yang lain. Umat Islam agak terpinggir soal muamalat ini walaupun bilangannya merupakan yang kedua terbesar dalam berbanding umat agama-agama lain dan bakal menjadi ummat terbesar dalam beberapa tahun lagi mengikut bacaan kepesatan pertambahan mereka yang memeluk Islam di Eropah.

Usah kita berbicara mengenai secara global, cukup dengan kita melihat dinegara kita yang kita cintai ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan budaya serta agama yang berbeza. Namun ummat Islam merupakan kaum majoriti yang mendiami bumi Malaysia ini. Justeru boleh kita katakan ummat Islam negera kita merupakan ummat yang mempunyai kuasa membeli yang paling tinggi berbanding ummat beragama lain.

Namun kuasa membeli ini tidak memberikan pulangan yang tinggi kepada mereka bahkan ia disumbangkan secara menyeluruh kepada satu kaum yang dikenali sebagai kaum yang menguasai pasaran ekonomi negara dan berada dibandar-bandar. Kaum Cina yang dahulu dikenali sebagai pendatang yang dibawa oleh penjajah British kenegera ini untuk bekerja dilombong-lombong timah dan batu arang, namun kaum ini telah melakukan satu tranformasi atau rejuvenusi status yang sangat signifikan. Menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan merupakan satu identiti yang jelas kepada kaum mereka.

Bahkan kaum ini tidak segan silu untuk hanya menjadi peraih buah berangan ditepi jalan Genting Sempah sebelum menuju ke Genting Highland.

Merenung Keindahan Alam Penciptaan Allah


“kenapa kita kedai ini, jom pergi ke kedai melayu disebelah”
saran saya kepada anak usrah sewaktu kami ingin membeli roti ditaman bahtera.

“kalau bukan kita yang membeli dikedai melayu ini, siapa lagi yang akan support kedai melayu ini”
pesan saya kepada anak usrah dengan perasaan kesal melihat gelagat-gelagat mahasiswa UPSI yang sering support Pasaraya Bahtera yang dikuasai oleh orang cina. Pada pengamatan saya, mereka ini tidak merasakan apa-apa membeli dikedai cina hatta kedai cina tersebut secara terang-terangan menjual alat pencegah kehamilan dan arak secara terbuka.

"Fuh, bilakah mereka akan sedar? Besar dan banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan”
keluh diri mengenangkan situasi ummat Islam sekeliling.

Bersama Merasa Nikmat Durian, Ukhuwwah diikat kemas


HPA, Peluang Menonjolkan Kekuatan Ummah
Mengenali HPA dengan lebih dekat, menimbulkan semangat juang yang tinggi dalam diri. Ia bukan sekadar sebuah syarikat perniagaan yang mengamal sistem mlm syariah yang memberikan keuntungan kepada pengguna, tetapi ia lebih kepada memperjuangkan ekonomi ummah dan menyediakan produk-produk halal kepada ummat Islam dinegara ini dan diluar kelak insyaAllah.

Justeru, saya menyeru kepada mereka-mereka yang diluar sana yang masih belum terlibat dengan HPA, dapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui rakan-rakan yang telah bersama dengannya. InsyaAllah tanggungjawab seorang muslim bukan sekadar menggunakan barangan halal tetapi juga menyeru kepada yang lain untuk beralih kepada barangan halal lagi baik.


Bersama Merubah Ekonomi Ummah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
5.02pm,
5 Zulkaedah 1430H
25 Oktober 2009
Luqman's House,

Tanjong Malim, Perak.

Friday, October 23, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

Menulislah dengan hati, tintanya membekas di hati juga
Nota Hati Seorang Lelaki- Penulis menggarap kisah hidupnya, juga kisah hidup manusia lain, menjadi desis hati yang terluah. Ilmu itu, datangnya dari dua sumber; buku dan pengalaman. Faisal Tehrani menyarankan 'Kamu ingin menulis? Jangan langsung berpisah dengan buku'. Manakala Tuan Pahrol pula berkata 'Belajarlah dari universiti kehidupan'

Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah suatu tempat itu maka, semakin banyaklah air yang mampu ditakungnya. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik atau sungai. Maka begitu ilmu, perlu ditakung dengan hati yang merendah diri


sumber: http://cikgueya.blogspot.com/



Seorang lelaki,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.42 pm,
4 Zulkaedah 1430H
23 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

Wednesday, October 21, 2009

Penghancur Kelazatan & Perubahan Diri

Rasulullah Saw bersabda : "Perbanyakkanlah mengingati bagi segala penghancur pelbagai kelazatan (kematian)"..(riwayat At-Tirmidzi)

Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita”
-Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kitabnya Al-Hikam


Nasihat daripada hawa mahabbah


Yang minta dinasihati,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.30am
3 Zulkaedah 1430H
22 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

Tuesday, October 20, 2009

Hang Tuah Fail SPM, Adik-adik Kene Ambil Iktibar

SPM bakal menjelma tidak lama lagi. Saya percaya adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini semakin hangat melakukan ulangkaji dan latihan.


Kepada abang-abang atau kakak-kakak yang punyai adik yang akan mengambil SPM tahun ini, jangan dilupakan untuk menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha. Masih ada waktu dan ketika untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM ini.

Usah bila sudah keluar keputusan, baru diri hendak dikesali..

Ambillah iktibar daripada kisah Hang Tuah yang FAIL SPM ini...





Yang Cemerlang dalam SPM,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.04 pm
1 Zulkaedah 1430H
20 Oktober 2009
Tmn Perumahan Awam3, Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan

Sunday, October 18, 2009

Sahabat Penguat Jiwa

Hari ini saya bermusafir ke UPSI. Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas disatu program di KL, diri terus ditekadkan untuk menziarahi sahabat-sahabat disana. Terasa sudah kian lama tidak bersua dengan mereka.


“ Bila nak datang sini?” tanya Nawwar sewaktu ym bersamanya minggu lepas.


“Tiada kepentingan untuk kesana. Kalau ada apa-apa program, insyaAllah ana akan sampai ke sana” jelasku tanpa dapat membaca maksud pertanyaan beliau.


“ Ada kepentingannya, Ziarah sahabat-sahabat disini”.


Jawapan beliau yang bersahaja ini seolah-olah menikam hati membacanya. Terasa lemahnya jiwa ini mengutarakan 'tiada kepentingan' pada pertanyaan beliau sebelum ini. Saya membenarkan apa yang beliau katakan itu dan menziarahi sahabat-sahabat adalah satu keperluan yang mesti dilakukan bukan sekadar datang sewaktu ada program semata.


Sahabat Penguat Jiwa

Dalam permusafiran kali ini, saya mencari kekuatan dalam perhubungan kami diupsi. Menatap wajah-wajah mereka dan bersembang dengan mereka, terus dapat dirasakan suatu kekuatan baru menusuk dalam hati sudah lama lemah berada berjauhan dengan bumi pentarbiahan ini dulu.


Tidak dinafikan berada diperkampungan, saya tidak terkecuali dalam gerak kerja amal kebajikan namun ketiadaan sahabat-sahabat dipersampingan terasa tidak lengkap diri ini untuk menyubur kekuatan.


Semalam saya berkesempatan untuk menghadiri majlis sambutan hari raya Surau Kolej Harun Aminurrashid dan juga bersempena menghargai jasa-jasa mereka yang sudah semester 7 dan bakal meninggalkan UPSI untuk meneruskan praktikal mereka disekolah tahun hadapan. Majlis yang meriah dengan senda gurau, peringatan, nasihat dan zikir yang diberikan mengimbau kembali kenangan sewaktu majlis yang sama diadakan bagi meraikan kami semester 7 pada tahun lepas. Lagu Ar-Ruhul Jadid menjadi pilihan persembahan kami ketika itu.


Tidak Akan Biarkan Ia Terputus

Mengamati balik perbualan saya dengan nawwar itu, saya mengambil ia sebagai satu teguran yang perlu disemat kukuh dalam sanubari bahawa menziarahi sahabat adalah suatu kemestian. Usah ditunggu masa lapang atau hanya ketika ada kepentingan lain sahaja barulah berhegeh untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat. Lakukan ia kerana atas dasar ukhuwwah Islamiyyah dan menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia. Jangan biarkan ia terputus sebegitu sahaja, menyepi seribu bahasa..


Justeru dalam bakal dipostingkan diNegeri Sembilan ini, saya kira tidak menjadi suatu bebanan jarak untuk saya menziarahi sahabat-sahabat diUPSI ini. Cuma kekangan waktu itu sahajalah yang mungkin menghambat untuk saya bergerak kesana. Walau apa pun, kesungguhan dan keazaman itu yang lebih penting. Dengan keazaman dan kesungguhan berserta keizinan dengan Allah, insyaAllah segala perkara yang kita mahukan akan dapat dilaksanakan dengan baik.


Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.


Mencari kekuatan dalam Persahabatan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.02pm
30 Syawal 1430H
19 Oktober 2009
CC Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan


Friday, October 16, 2009

Atas Nama Cinta..



Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Menyintai Yang Hakiki,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.17pm
28 Syawal 1430H
16 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

Thursday, October 15, 2009

Be A Strong Man



Dont know what to write for this post but it just my feeling and words from heart. Putting here so i can feel relief as im sharing the problem with others.

I've one sickness that blaming and worried my heart this time. This sickness was come to me long time ago and have left for a while. At this time it came again.


I know the cure already but to take that cure in a long timei not an easy one, not istiqamah in doing that. As i left it few times, the sickness came and the past cures seem doesnt work anymore.

However, He still give me a chance and always giving that althought there are many times happen. I praise to Him and hoping that the sickness can be truly demolish from me and not coming again.

I should be a strong man, fighting and continue fighting..

"One day, u'll be a winner" i thought.


Be a Strong Man,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.10am
27 Syawal 1430H
16 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

Antara Perintah dan Larangan

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِي جُرْثُوْمِ بْنِ نَاشِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوْهَا، وَحَدَّ حُدُوْداً فَلاَ تَعْتَدُوْهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوْهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا.
[حديث حسن رواه الدارقطني وغيره.
Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum bin Nasyir radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam dia berkata : Sesungguhnya Allah ta’ala telah menetapkan kewajiban-kewajiban, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan telah menetapkan batasan-batasannya janganlah kalian melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kalian melanggarnya, Dia mendiamkan sesuatu sebagai kasih sayang buat kalian dan bukan karena lupa jangan kalian mencari-cari tentangnya .
(Hadits hasan riwayat Daruquthni dan lainnya).

Mengatakan Ya dan Melaksanakan sesuatu Perintah adalah lebih mudah berbanding mengatakan Tidak dan Meninggalkan sesuatu Larangan.

Ramai orang boleh melaksanakan perintah yang diwajibkan bahkan mereka juga dapat melakukan amal-amal sunat dengan banyak namun tidak ramai yang dapat meninggalkan larangan yang diwajibkan mereka menjauhinya.

“Sesungguhnya Syurga itu diseliputi dengan perkara yang dibenci manakala Neraka itu diseliputi dengan perkara syahwat(keinginan).” al-Hadis.

Solat sunat 2,4 atau 6 rakaat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya tidak menjadi beban kepada ramai orang namun sesuatu yang amat beban untuk meninggalkan umpatan, bercakap bohong, mengkianati dan menzalimi orang kepada mereka yang telah menjadi kebiasaan melakukannya.

Adakah disana terdapat perbahasan mengenai yang mana lebih utama, samada melaksanakan perintahNya atau menjauhi laranganNya?


Mengkoreksi diri,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.59 am
27 syawal 1430H
16 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu.

Tuesday, October 13, 2009

Bakal Bermastautin di Negeri 9


“860221-xx-xxxx"

Nombor kad pengenalan ditulis pada semakan penempatan Guru Sandaran Terlatih dilaman portal carian Kementerian Pelajaran Malaysia yang beralamat http://apps.emoe.gov.my/spg.


paparan yang terkeluar dilihat:

Alhamdulillah, kata-kata pertama keluar daripada mulut ini. Syukur atas apa yang saya lihat ini. Negeri Sembilan merupakan pilihan saya yang pertama untuk penempatan mengajar nanti. Pilihan kedua pula adalah Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan
Suatu ketika dulu saya pernah bermastautin di Negeri Sembilan. Menyambung pelajaran diperingkat matrikulasi, saya telah ditempatkan diKolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) selama setahun. Dan kini, insyaAllah sekali lagi permastautinan bakal dilakukan di negeri ini. Cuma daerah spesifiknya belum lagi saya ketahui..

Dalam bakal melakukan permastautinan selama hampir 4 tahun atau lebih ini, saya terus mengkaji budaya, adat,taraf ekonomi dan populasi masyarakat dinegeri ini. Tidak lupa untuk saya mengetahui berkenaan dengan geografi dan pengetahuan am berkenaan negeri sembilan ini.


Pembacaan yang dibuat ini adalah bagi memastikan saya arif dengan budaya setempat dan dapat berdepan dengan para pelajar kelak dengan ilmu pengetahuan yang mereka sedia ada. Sesungguhnya amat penting untuk seseorang itu mengetahui budaya dan hal-hal setempat bagi mereka yang baru kepada tempat tersebut kerana mereka yang bertandang dengan ilmu yang kosong bakal melakukan kesilapan tanpa mereka sedari. Mungkin ditempat mereka itu, ia suatu kebiasaan namun berbeda ditempat baru ini. Pepatah melayu ada menyebut, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Sangat dibimbangi andai dikandang harimau juga ia mengembek seperti yang selalu dilakukan dikandang kambing suatu ketika dahulu, tanpa ia menyedari ia telah pun berada dikandang harimau. Akibatnya, tanpa melepaskan peluang yang berada didepan, terus sahaja harimau tersebut menerkam ia. Jadilah ia kambing hitam dengan kejahilan dan kealpaannya itu..

Bermulanya Era Pekerjaan Sebenar
27 Oktober 2009 bakal menjadi suatu tarikh keramat dalam diari hidup ini. Tarikh yang menandakan Bermulanya Era Pekerjaan Saya Sebenar. Seorang Guru Biologi bakal melangkah kaki dengan membawa misi yang tersendiri melalui petunjuk Ilahi. Misi besar sebesar amanah yang dipikul sebagai seorang khalifah dibumi ini. Tugas besar dalam mendidik dan membimbing mereka mencapai kejayaan, tidak hanya didunia sementara tetapi jua kejayaan hakiki diakhirat sana.

"Yang paling penting, anak-anak kena banyak bersabar. Banyak cabaran yang anak-anak akan hadapi nanti"


pesan makcik Azilah kepada saya dan beberapa orang lagi rakan sewaktu kami mula-mula dialam praktikum diHutan Melintang pada awal bulan januari yang lepas. Pesanan ini saya rasakan cukup bermakna kerana selama 4bulan dialam praktikum yang lepas, kesabaran ini cukup teruji. Banyak cerita yang saya dengari daripada kawan-kawan. Masing-masing dengan pengalaman mereka yang tersendiri. Karenah pelajar suatu yang sangat subjektif, tidak mampu untuk dijelaskan sepatah dua. Merubahnya, bukan suatu yang mudah. Justeru, pesanan itu saya pegang..

Pengharapan

Walaupun sudah mengetahui negeri untuk dipostingkan, namun sekolah mana yang bakal kaki ini menjejaki belum dapat dipastikan lagi. Sangat mendebarkan. Saya amat berharap untuk dapat mengajar disekolah agama kerana pada tanggapan saya cabarannya kurang sedikit berbanding dengan sekolah harian biasa. Suasana sekolah dan tingkahlaku pelajar lebih terjaga, fikiran saya mengamati sekolah agama saya dulu sebegitu. Walau bagaimanapun, kepadaNya jua pengharapan ini diletakkan. Allah lebih mengetahu yang terbaik buat diri. HikmahNya begitu luas, tak terjangkau oleh fikiran kita semua..



Yang Bakal Bermastautin di Negeri 9,


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

12.42 am

24 Syawal 1430H

13 Oktober 2009
Pasir Panjang,

Kuala Terengganu.





Bersama ini saya lampirkan sedikit maklumat yang saya cari berkenaan dengan Negeri 9 yang bakal saya bermastauitin kelak:

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan

Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson dan Nilai.

Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-

  • Jelebu
  • Inas
  • Johol
  • Rembau
  • Sungai Ujong
  • Tampin
  • Jempol
  • Ulu Muar
  • Gunung Pasir

Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, dan Port Dickson

Kerajaan

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.

Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Saturday, October 10, 2009

EGM MCA: Kepimpinan Tee Kiat di tolak,MCA pecah dua


KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.

Perwakilan turut menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada DatukSeri Dr Chua Soi Lek.

Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti. Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan parti terpaksa merujuk semula kepada perlembagaan parti.

Seperti termaktub dalam perlembagaan MCA, seorang presiden parti hanya boleh dilucutkan daripada jawatannya dengan majoriti dua per tiga undian perwakilan.

Oleh yang demikian secara teknikalnya bermakna Ong Tee Kiat masih lagi presiden MCA yang sah kerana undi tidak percaya ke atasnya hanyalah dengan kelebihan 14 undi.

Seramai 1,155 ahli perwakilan berkata mereka tidak percaya dalam kepimpinanan Ong manakala 1,141 menyatakan yang sebaliknya pada EGM kali ini.

Seramai 2,304 ahli perwakilan telah mengundi dalam EGM hari ini.

Keputusan EGM itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap EGM, Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang.

Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:

1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong

Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama:

Setuju: 1,155

Bantah: 1,141

Undi Rosak: 8

2)Keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.

Keputusan bagi resolusi kedua:

Setuju: 1,204

Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5

3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.

Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:

Setuju: 1,110

Bantah: 1,184

Undi rosak: 10

Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.

Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.

Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.

Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini pada Sabtu.

Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.

Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.

Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.

Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.

Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169. mstar

sumber: http://malaysiaberih.blogspot.com/

Thursday, October 8, 2009

Wanita dan Kepimpinan(1)

"Maaf, saya tidak berminat sangat dalam hal politik ini. Kurang ambil tahu pun perkara ini" seorang sahabiah menjelaskan pendirian beliau apabila ditanyakan pandangan beliau suasana politik negara sekarang.

Benarlah firman Allah Taala,

Arrijalu khauwwamuna ala nisa'

"Kaum Laki-laki adalah pemimpin kepada kaum wanita".

Surah Annisa' , 34.


Dalam kehangatan Pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang sekarang, timbul persoalan di benak pemikiran saya, apakah para wanita diluar sana tidak mengambil tahu hal perkembangan politik tanah air ini? Adakah hanya golongan lelaki sahaja yang perlu mengetahui hal kepimpinan ini?

"Cuma yang saya harapkan, golongan lelaki tidak hanya menumpukan pada satu aspek politik sahaja. Mereka perlu juga utamakan kepimpinan dalam rumah tangga" jelas sahabiah itu lagi..

Wanita sememangnya mencari mereka yang dapat memimpin sesebuah keluarga, namun bagaimana kepimpinan diperingkat lain? Adakah mereka peduli?


Yang memikul amanah kepimpinan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.16am
20 Syawal1430H
9 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.

Wednesday, October 7, 2009

Posting, Suatu Yang Sangat Mereka Risaukan. Aku Bagaimana?

"Tg, dapat mana posting?"
Tanya seorang sahabat kepada saya. Soalan sebegini merupakan soalan lazim dan utama yang ditanya pada tiap kali bersua, bersms atau membuat panggilan telefon kepada kawan-kawan sekampus, UPSI.

"Surat belum dapat lagi, insyaAllah mana yang terbaik"
Jawab saya kepada soalan yang merupakan pembuka bicara warga UPSI kepada kami golongan yang bakal dipostingkan.

Posting
Istilah posting sangat famous dikalangan para guru dan bakal guru namun istilah ini masih merupakan istilah asing kepada mereka yang mengambil jurusan lain selain daripada pendidikan. Posting atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai penempatan, memberi erti ditetapkan satu penempatan bagi guru yang baru tamat belajar untuk memasuki sekolah-sekolah.

Sabah atau Sarawak
Dalam makluman terbaru, ramai juga antara kawan-kawan saya yang dipostingkan di Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja mereka yang daripada jabatan Biologi sahaja yang ramai kesana, tidak kurang ramai mereka yang daripada jabatan kimia, fizik dan matematik. Kesemua jabatan ini adalah jabatan dibawah Fakulti Sains dan Teknologi(FST).

Mak saya agak kecewa bilamana saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya tidak meminta negeri Terengganu dalam dua pilihan negeri yang diberikan. Sebaliknya memilih Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sebagai pilihan hati. Namun hati beliau berbunga kembali tatkala saya memaklumkan bahawa mereka yang memohon untuk bersekolah dinegeri asal terutama Terengganu dan Kelantan, telah ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Keadaan sebegini telah saya jangkakan kerana mengikut perkiraan dan pengamatan penempatan lepas, penempatan guru baru dikedua buah negeri ini amat sukar kerana lambakan para guru yang ada. Mereka yang telah sekian lama memohon untuk ditukarkan untuk pulang ke negeri halaman masih tidak diterima, inikan pula mereka yang baru sahaja keluar kampus.

Aku Bagaimana
Bagi saya, tidaklah menjadi suatu bebanan yang besar jika dipostingkan di Sabah dan Sarawak juga sebagaimana kawan-kawan ramai. Guru-guru semasa praktikal dulu sering menyatakan bahawa zaman bujang dan muda inilah masanya untuk mengembara dan berkelana dinegeri orang. Kata mereka lagi, bilamana sudah berkahwin dan beranak pinak nanti tiada lagi peluang sebegini. Masing-masing dah kembali duduk dikampung halaman.

Walaubagaimana pun, tidak dinafikan jauh disudut hati saya, keinginan untuk diposting dinegeri sendiri itu ada dan saya punyai sebab yang tersendiri dalam hal ini. Satu sebab utama ia merupakan kehendak orang yang tersayang, mak, untuk melihat anakandanya berada berdekatan dengan beliau. Dalam keluarga saya, tiada lagi adik beradik yang bekerja berjauhan. Kesemua adik beradik saya kini telah dapat dikumpulkan bersama di satu kampung setelah saya dan adik,UKM telah menamatkan pengajian pada pertengahan tahun yang lalu. Mungkin juga pengalaman kakak yang mengajar di Johor selama 4tahun disana sebelum dapat ditukarkan di Terengganu pada awal tahun lepas, membuatkan mak begitu cakna hal ini kepada anak teruna bongsu beliau ini.

Mak yang telah mengjangkau usia 64 tahun pada tahun ini, membuatkan saya berfikir dua kali untuk berada berjauhan dengan beliau. Anak yang baik, senantiasa mencari peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Dan peluang ini sekarang, masih saya punyai tetapi hanya kepada ibu tercinta. Dalam kesedaran usia lanjut beliau ini, setiap saat bersama terasakan sangat berharga. Bukan menidakkan ajal maut itu tidak mengenal usia, namun lumrah kehidupan yang tua akan lebih menghampiri. Walau sesiapa pun yang pergi dahulu, saat-saat berada berdekatan ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam memberi khidmat terbaik.

Namun ketentuannya menentukan segala-galanya dan yang saya mengharapkan adalah yang terbaik buat diri, keluarga dan agamaNya. Sabah, Sarawak atau Semenanjung, hikmah disebalik tiap ketentuan Allah sangat luas. KepadaNya jua jiwa ini diserahkan..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah,216

Permasalahan Posting
UPSI pernah suatu ketika dahulu punyai masalah berkaitan dengan isu posting ini yang mengakibatkan mereka yang sudah tamat belajar di UPSI terpaksa menunggu untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah dalam tempoh yang agak lama. Ada yang mencecah melebihi setahun. Isu ini timbul tatkala dikatakan mereka yang mengambil bidang pendidikan di Universiti-universiti sebagai anak tiri kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi bapa kepada bidang pendidikan ini. Namun pengasingan dan pemisahan dua kementerian ini telah dapat diselesaikan apabila dua mata daripada kedua-dua belah pihak bertemu dan mencapai kata sepakat.

Namun, permasalahan ini timbul kembali tetapi dengan alasan yang berbeza dan pada saya tidak relevan. Mereka yang bakal ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan dikhabarkan akan dibekukan buat sementara waktu atas alasan masalah kewangan yang ditanggung kerajaan. Suatu alasan yang tidak jelas dan hambar bunyinya. Apakah kerajaan sekarang sudah tidak berduit? Kemana perginya peruntukan kepada tabung pendidikan negara? Usah memberikan jawapan ianya dibelanjakan bagi kegunaan Pilihanraya Kecil yang sering berlaku dalam sesi pemerintahan kali ini.

Justeru sekarang kecoh seluruh kampus dengan perkhabaran ini. Masing-masing memberikan padangan dan komentar tersendiri berhubung isu ini. Menteri dan TNC mulai gelisah melihat suasana yang tidak tenteram ini. Berikut adalah kenyataan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa yang menjelaskan kenyataan beliau tempoh hari dalam e-mel yang dikirimkan ke upsikini@gmail.com.Berhubung dengan perkara ini, saya mengingatkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak bermain tarik tali dalam isu ini. Isu pendidikan dan modal insan ini bukanlah satu kos tetapi ia merupakan satu pelaburan masa depan yang besar yang bakal menyumbangkan kepada jatuh bangunnya sesebuah negara dan bangsa. Saya mengharapkan pihak yang berkenaan akan tampil menyatakan keadaan sebenar, meredakan suasana dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi permasalahan ini. Semoga bidang pendidikan terus maju dalam memacu era kebangkitan negara.


Yang Bakal Dipostingkan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.46am
18 Syawal 1430H
8 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.


Sunday, October 4, 2009

Blogger Dalam Perjuangan Islam

" Ustaz, apa tazkirah yang nak kita letak hari ni pada board ni" tanyaku pada ustaz Din.

"erm...enta tulis 'Tiada rehat dalam perjuangan Islam'. " jelas ustaz Din petang tadi secara spontan. Tiada penerangan lanjut diberikan. Mungkin beliau merasakan saya telah cukup memahami ayat tersebut.

A Day A Post
Beberapa hari ini saya agak sibuk dengan beberapa urusan luaran yang datang secara bertalu-talu. Terkejut saya melihat penanda posting blog saya yang menyatakan '3 days ago' pada entry saya yang lalu. Sebelum ini saya berazam untuk mengupdate blog saya setiap hari. one post for one day @ a day, a post. If there a lot of works to do, at least i'll post a quote for the day. Ada kawan saya menyatakan bahawa anda akan membunuh pengunjung anda jika anda tidak mengupdate blog anda. Pada mulanya saya tidak dapat memahaminya namun setelah mengamatinya, benar juga kata-kata tersebut. Tidak menulis beerti kita membiarkan pengunjung yang senantiasa mengikuti perkembangan blog anda akan berasa kecewa dan seterusnya menghilangkan diri dan tidak lagi mengunjungi blog tersebut. Saat itu boleh saya katakan blog itu telah mati.

Peribadi Seorang Pejuang

"tidur bukan rehat, tapi tidur merupakan ibadat" kata ustaz faisal petang tadi, menjelaskan tazkirah hari ini.

Mengamati dalam perjuangan Islam ini, benar-benar meneruja minda dan ruh batiniah. Seseorang pejuang Islam memiliki mental yang amat tajam dan kental. Apatah lagi punyai semangat dan keazaman yang sangat tinggi. Lebih hebat bilamana dirinya senantiasa dekat dengan Allah Taala. Setiap kata-kata yang diungkapkan ibarat suatu permata yang memberikan suluhan kepada si pendengar.

Memblog Juga Satu Perjuangan

"Blog semacam sebuah kitab, ana pernah membaca posting Ustaz Zaharuddin yang menyatakan bahawa ada seorang pelajar Mesir telah meninggal dunia tetapi blognya senantiasa hidup dan menjadi rujukan orang-orang lain" jelas Ustaz Faisal bilamana membicarakan berkenaan blog sebentar tadi.

Banyak blog-blog wujud dinihari dengan berlatar belakangkan pelbagai tujuan dan matlamat. Ada yang wujud dengan tujuan bisness, perniagaan. Ada pula dengan tujuan sebagai diari kehidupan dan tidak lupa pula ada yang bertujuan untuk memberi memberi peringatan kepada orang ramai, berdakwah dalam alam maya yang serba moden hari ini.

Musliminsejati.blogspot.com
Matlamat penubuhan blog musliminsejati adalah bagi memberikan satu penjelasan dan penerangan kepada semua muslimin bagaimana ingin menjadi seorang muslim sejati. Apakah ciri-ciri yang melayakkan mereka untuk bergelar seorang muslim dalam erti kata yang sebenar. Justeru saya sebolehnya mengelakkan untuk bercerita berkenaan peribadi saya secara direct dan sangat mengambil kira manfaat yang boleh diambil oleh para pengunjung. Bercerita berkenaan peribadi dan hal harian diri secara lansung tanpa memberikan hikmah dan pengajaran daripada setiap inci kehidupan, pada saya ia tidak lebih daripada sebuah diari buat catatan diri sendiri. Manfaatnya juga hanya terhad kepada pengunjung yang mengenali dirinya.

Namun dalam posting-posting saya yang lalu terdapat beberapa posting yang tidak dapat saya elakkan untuk bercerita dengan peribadi diri secara lansung. Pada saya, posting yang pelbagai ini membuatkan pengunjung yang setia tidak terasa bosan dengan hal-hal isu semasa dan perkara ilmiah lain. Posting ini juga membolehkan pengunjung mengenali latar belakang blogger tersebut secara tidak lansung.

Melihat kepada perkembangan posting dan latar belakang blog saya ini, ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana yang dinyatakan diatas. Perubahan demi perubahan perlu saya lakukan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas kepada setiap pengunjung akan perihal seorang muslimin sejati. Justeru, dalam membawa agenda perubahan ini, cadangan, padangan dan komen-komen daripada sahabat-sahabat amat saya harapkan. Semoga dengan sedikit usaha penulisan ini, memberikan saya salah satu sumber saham yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya".

Blogger,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.28am
15 Syawal 1430H
5 oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

Thursday, October 1, 2009

Gempabumi Padang & Tsunami Samoa - Setiap Muslim Perlu Bersimpati


Gambar Lokasi Padang, Selatan Sumatera & Kemusnahan akibat Gempa Bumi Tersebut

JAKARTA: Jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat petang semalam masih bercelaru dengan pelbagai laporan menyebut antara 215 orang hingga hampir 500 orang terkorban setakat tengah hari ini, ketika usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan.

PAGO PAGO, American Samoa 30 Sept. – Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.

Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.


Baru semalam saya menulis satu post berkenaan ribut Taufan Ketsana, hari ini pula kita disajikan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat Indonesia dan Tsunami di Kepulauan Samoa, Pasifik Selatan. 'Bencana alam' yang diistilahkan orang awam ini datang bertalu-talu sejak kebelakangan ini.


Video yang memaparkan berita Gempa Bumi yang berlaku.


video yang memaparkan kejadian gempa bumi
Kelihatan semua orang berlari-lari menyelamatkan diri masing-masing. Ingatlah saudara, beginilah saat dipadang Mashyar kelak, tiada lagi memikir ibu ayah, anak-anak, kawan dan sesiapa sahaja, yang hanya difikirkan adalah untuk menyelamatkan diri sendiri

Pendirian Seorang Muslim
Dalam menghadapi musibah, bala atau ujian(istilah orang mukmin) ini, apa pendirian atau langkah terbaik yang patut dilakukan oleh seorang muslim?

Seorang muslim hendaklah menyedari bahawa segala kejadian yang berlaku termasuk kerosakan yang disebabkan perubahan alam ini adalah berasal daripada Allah Taala. Itu hakikat yang mesti dipasakkan kedalam hati tiap-tiap yang bergelar muslim.


Gambar Kemusnahan Akibat Tsunami di Samoa

Seorang muslim juga haruslah menginsafi diri melihat kejadian yang berlaku dan merasai kekuasaan Allah dan kelemahan diri dalam erti yang sebenar. Dalam musibah yang menimpa saudara seIslam dan umat manusia amnya, muslim juga diingatkan untuk berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kepada mangsa bagi menghadapi ujian tersebut. Turut didoakan semoga Allah melindungi diri dan ahli keluarga kita daripada ujian yang tidak sanggup ditanggungi.


Video yang memaparkan kemusnahan akibat tsunami yang berlaku


Video yang memaparkan gelombang kedua tsunami
Tsunami ini menghayutkan segala benda dengan arus airnya yang laju. Hakikat kejadian semuanya daripada Allah Taala.


Penutup
Dalam kejadian yang bertalu ini, sama-samalah kita menginsafi diri, merasai kekuasaan dan keagungan Allah Taala, mendekatkan diri kepadaNya dengan senantiasa memohon ampun dan rahmat daripadaNya. Semoga Allah memberkati dan melindungi tiap daripada kita..


Hamba yang dhaif lagi lemah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.18am,
12 Syawal 1430H
1 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

Template by - Abdul Munir - 2008