Thursday, September 10, 2009

FACEBOOK ~Kemana Ia Hendak Dibawa?


“salam. kite takpernah kenalkan sblm ni? maaf jika lupa” satu message ringkas ku hantar kepada satu request untuk menambah kenalan dalam facebook.

“tak..cume dlm fb nie jew...” jawapan ringkas oleh si request tersebut.

“memang tak pernah kenal. sekadar facebook.” Jawapan lain yang diberikan oleh si request yang lain setelah diajukan soalan yang sama.

Facebook
Facebook merupakan satu laman portal yang mendapat sambutan hangat pada masa kini. Saya pernah terbaca dalam satu keratan akhbar berbunyi. “ Semua Naib Canselor Universiti Disarankan Mempunyai Facebook Tersendiri”. Melalui keratan akhbar inilah saya mula membina facebook saya (musliminsejati) atas dasar melihatkan kepentingannya dan pergerakan massa yang mengejar teknologi ini sehinggakan orang yang bergelar insan no satu Universiti ini disarankan memiliki facebook sendiri. Saya tidak mahu ketinggalan dalam teknologi ini.

Namun setelah hampir setengah tahun berkecimpung dalam dunia facebook ini, saya masih tidak dapat nampak peranan yang dapat saya mainkan dan manfaat yg boleh disumbangkan atau didapati daripadanya.

Antara Kenalan dan Sesiapa Sahaja
Dialog diatas saya lampirkan buat pembaca memberikan pandangan berkenaan peranan sebenar memiliki facebook ini. Pada saya facebook ini merupakan satu portal untuk mengikat tali persaudaraan yang telah terbina sebelum ini agar tidak terputus begitu sahaja dan agar kita dapat saling mengetahui perkembangan dipihak masing-masing.

Namun jawapan kepada message saya sedikit mengecewakan, menghampakan dan membuatkan saya terkasima, confuse dengan peranan facebook ini. “sekadar facebook?” “Cuma dalam FB?”. Mengumpulkan kenalan yang ramai namun tidak mengenali mereka, adakah itu suatu yang bermakna dan bermanfaat?.

Nasihat, Games & Komentar
Facebook merupakan laman portal yang sangat interaktif dengan konsepnya yang membolehkan setiap kenalan kita mengetahui setiap daripada apa yang kita lakukan kecuali jika menghantar message secara peribadi.

Pada mulanya saya agak terkejut dengan konsep ini.

"Wahai Anak Adam, Berdirilah menghadap-KU, maka AKU berjalan kepadamu. Berjalanlah kepada-KU, maka AKU berlari kepadamu ..." ( Hadist Qudsi ). Satu daripada perkongsian disampaikan.

“sibuk nampak menternak..nanti raya korban nak tempah lembu 2 ekor k?” antara komentar lain pula yang didapati.

Beginilah perkara yang sering terdapat difacebook. Terkadang sesetenyah punyai nasihat, terkadang sesetengah yang lain pula penuh dengan komen-komen yang tidak memberikan natijah kepada orang lain, tetapi kita terpaksa juga memandang dan membacanya. Namun seorang kawan saya memanfaat facebook dengan amat berkesan skali. Beliau meminta pandangan daripada Timbalan Menteri Pelajaran dalam suatu isu bagi menjelaskan kepada masyarakat kampus. Beginilah yang kita mahu.

Mudah-mudahan kita tidak leka, alpa dan lalai dengan facebook ini dan digunakan ia untuk membuat kerja-kerja bermanfaat.

Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18)



Musykil dengan peranan yang perlu dimainkan dalam Facebook,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.16am
21 Ramadhan 1430H
11 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

2 comments:

cikgu_eya said...

Bismillah...

Macam pisau. Berguna atau bahaya, mahupun sia-sia, bukankah terletak pada kita. Maka, kita yang menentukan hala tuju. Teringat seorang sahabat, bersedih. Katanya, baru mereject dengan kejam, 100+ request list dia. Sedih sbb kasihan tapi, nak approve, rasa cam tak der keperluan...


Bagi ana pula..
Islam dituntut menyambut huluran silaturrahim, kan... Antara sifat umat akhir zaman, memberi salam dan bersenyum hanya kepada mereka yang dikenali sahaja... bukankah?

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam. Ana tidak menafikan menambahkan kenalan dalam membawa hubungan silaturrahim. Namun apa yang ana kesali, hubungan silaturrahim yg macam mana terjalin apabila jawapannya, "hanya sekadar facebook". tiada lagi ayat selamat berkenalan atau nasihat lain. Ia akan terus kekal terputus dengan ayat akhir tersebut.

Bukan niat mencari erti dalam perhubungan tetapi memberi juga perlukan kemahuan dari pihak yang menerima,

Al-Faqir Ilallah

Template by - Abdul Munir - 2008