Tuesday, September 29, 2009

Taufan Ketsana: Dunia Membuka Mata, Kita Bagaimana?

Dunia Yang Tua
Dunia yang semakin tua semakin jelas kelihatan apabila sentiasa sahaja sakit, batuk dan demam. Ia juga sering muntah-muntah dan pening kepala. Yang terbaru, demamnya kini dibahagian Negara jiran Filipina. Taufan Ketsana yang melanda telah mengorbankan hampir 100orang dan hampir 200 000 orang telah kehilangan tempat tinggal.

Pedulikah Kita?
Ketika akbar disisipan dunia luar heboh menceritakan berkenaan bencana alam ini, namun masih ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tidak mengetahu berkenaan dengan musibah ini apabila ditanya secara spontan. Dunia yang tua ini seakan tidak dirasai oleh rakyat Malaysia lantaran kemewahan dan keseronokan yang menyelubungi mereka.


Bahaya dalam ketidaksedaran
Peringatan demi peringatan diingatkan kepada kita diMalaysia ini. Taufan, gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan sebagainya adalah merupakan peringatan Allah kepada hambaNya. Diingatkan kepada kita semua agar hati ini sentiasa menyedari akan kekuasaanNya dan lemahnya kita sebagai seorang hamba. Peringatan yang acapkali diingatkan ini, jika tidak diambil perhatian dibimbangi suatu yang lebih dasyat daripada sebelumnya akan diberikan secara sekaligus dan saat itu tiada lagi yang dapat dilakukan melainkan penyesalan yang tiada penghujungnya..

Insan dalam Peringatan,


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.20am
10 Syawal 1430H
30 September 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

3 comments:

ixora said...

tu la TG...earthquake, tsunami bertimpa2 plak lately. cam nk kiamat dah kan? baru je td nampak buku sal yakjuj makjuj kat MPH...insafnye.....

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

erm..Malaysia ni aman lagi. cuma baru2 ni kat pahang ade gegaran skit, tu pun dah kecoh..macam mne la org kat luar sane yer ..

cikgu_eya said...

salam....

bumi neh, besar jugak. Jadi kalo demam, panadolnya kena besar jugak, kan? ... ^^


Malaysia yang dilanda hedonisme, usah mengharap sangat rakyatnya akan tersedar. Perlu disekat dulu keseronokan itu, baru rakyat sedar, dunia menghampiri kiamat...

Semoga genarasi seterusnya mampu merobah daya pemikiran santai seperti mereka-mereka yang lalai itu...

p/s: adakah kita termasuk dalam golongan yang lalai dan rugi? ayuh, muhasabah diri... ^^

Template by - Abdul Munir - 2008