Friday, September 4, 2009

Dari Mata Turun Ke Hati


Setiap perkara itu bermula dengan matanya. Pandangan pertama ibarat panah beracun, terlebih-lebih pandangan selanjutnya mengandungi racun yang mematikan. Sedetik kita lengah, maka panahan racun iblis akan tertancap dalam hati, memusnahkan benteng iman, menjerumuskan pada perzinaan mata.

"Katakanlah bagi mukmin(laki-laki) hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Demikian itu lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya ALlah Maha Mengetahui apa yang kamu perbuat. Katakanlah kepada mukmin perempuan, hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.."
(Q.S.An-Nur 24: 30-31)


"Ya Allah, Kau peliharakanlah mata-mata kami daripada perkara-perkara yang diharamkan kepada kami melihatnya dan Kau peliharakanlah hati-hati kami daripada segala dunia yang menipu ini. Ampunkanlah kami, bantukanlah kami..Sesungguhnya kami tidak berdaya melainkan dengan bantuan dan pertolongan daripadaMu.."


Ku yang tak berdaya,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.08 pm
14 Ramadhan 1430H
4 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu


Dari Mata Turun Ke Hati

Shared via AddThis

6 comments:

cikgu_eya said...
This comment has been removed by the author.
cikgu_eya said...

yahhh.... baru tersedar. Pandangan mata ialah panahan syaitan jika disusuli dengan renungan ke-dua. Yang pertama itu rezeki, Yang selanjutnya itu penyakit hati.

mungkin ianya satu kesilapan yang tak disengajakan...

syukron.... ^^

insan lemah

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Yang dimaksudkan "Pandangan pertama ibarat panah beracun" adalah bahawanya pandangan mata, tajamnya ibarat panah yang mampu mematikan. Tidak dinafikan ianya merupakan rezeki tetapi ia tidak akan berhenti setakat itu setelah masuk ke hati.

Jika pandangan pertama ini membawa kepada pandangan kedua, ternyata panah tersebut telah dilepas kpd sasaran yang akhirnya membawa kepada kemusnahan benteng iman dan mungkin akan menyebabkan kematian hati jika tidak cepat dirawat..

jazakAllah atas pandangan & teguran.

Wassalam

Al-Faqir ilAllah

Unknown said...

apa yang penting, tundukkan pandangan.
syeikh, zaman sekarang, tunduk pun sukar. ramai sangat pakai skirt dll. tengok langit kang macam sombong.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

pandangan, antara anggota yg paling susah nak jaga selain lidah..

farid ramli said...

Disebalik perintah Allah agar wanita menutup auratnya, Allah dahulukan dengan perintah agar lelaki menundukkan pandangan. Hikmah tunduk pandangan adalah agar hati kita juga tertunduk malu dan benci kerana Allah.

Terima kasih atas enry ni (rasanya macam lain je sebelum ni) =)

Betul kata ayeikh arrabe' (",), susah zaman ni utk kita tundukkan pandangan. Kdg2 terasa mcm org asing. Mungkin Islam dah kembali asing. Wallahu 'alam.

Template by - Abdul Munir - 2008