Thursday, October 1, 2009

Gempabumi Padang & Tsunami Samoa - Setiap Muslim Perlu Bersimpati


Gambar Lokasi Padang, Selatan Sumatera & Kemusnahan akibat Gempa Bumi Tersebut

JAKARTA: Jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat petang semalam masih bercelaru dengan pelbagai laporan menyebut antara 215 orang hingga hampir 500 orang terkorban setakat tengah hari ini, ketika usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan.

PAGO PAGO, American Samoa 30 Sept. – Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.

Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.


Baru semalam saya menulis satu post berkenaan ribut Taufan Ketsana, hari ini pula kita disajikan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat Indonesia dan Tsunami di Kepulauan Samoa, Pasifik Selatan. 'Bencana alam' yang diistilahkan orang awam ini datang bertalu-talu sejak kebelakangan ini.


Video yang memaparkan berita Gempa Bumi yang berlaku.


video yang memaparkan kejadian gempa bumi
Kelihatan semua orang berlari-lari menyelamatkan diri masing-masing. Ingatlah saudara, beginilah saat dipadang Mashyar kelak, tiada lagi memikir ibu ayah, anak-anak, kawan dan sesiapa sahaja, yang hanya difikirkan adalah untuk menyelamatkan diri sendiri

Pendirian Seorang Muslim
Dalam menghadapi musibah, bala atau ujian(istilah orang mukmin) ini, apa pendirian atau langkah terbaik yang patut dilakukan oleh seorang muslim?

Seorang muslim hendaklah menyedari bahawa segala kejadian yang berlaku termasuk kerosakan yang disebabkan perubahan alam ini adalah berasal daripada Allah Taala. Itu hakikat yang mesti dipasakkan kedalam hati tiap-tiap yang bergelar muslim.


Gambar Kemusnahan Akibat Tsunami di Samoa

Seorang muslim juga haruslah menginsafi diri melihat kejadian yang berlaku dan merasai kekuasaan Allah dan kelemahan diri dalam erti yang sebenar. Dalam musibah yang menimpa saudara seIslam dan umat manusia amnya, muslim juga diingatkan untuk berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kepada mangsa bagi menghadapi ujian tersebut. Turut didoakan semoga Allah melindungi diri dan ahli keluarga kita daripada ujian yang tidak sanggup ditanggungi.


Video yang memaparkan kemusnahan akibat tsunami yang berlaku


Video yang memaparkan gelombang kedua tsunami
Tsunami ini menghayutkan segala benda dengan arus airnya yang laju. Hakikat kejadian semuanya daripada Allah Taala.


Penutup
Dalam kejadian yang bertalu ini, sama-samalah kita menginsafi diri, merasai kekuasaan dan keagungan Allah Taala, mendekatkan diri kepadaNya dengan senantiasa memohon ampun dan rahmat daripadaNya. Semoga Allah memberkati dan melindungi tiap daripada kita..


Hamba yang dhaif lagi lemah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.18am,
12 Syawal 1430H
1 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

5 comments:

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..em x dapat pon rasa gegaran tu..sy kat gym masa tu..em abg tg rasa x gegaran tu..?..kat kolej ramai yg trun..em tu peringatan dr Allah dtg lg..em takut..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. abg Tg pun tak rasa gegaran tu. sahabat2 ada juga tanya terasa ke tak, mungkin sebab sibuk dengan urusan tak sedar akan hal ni.

ada sahabat mengatakan malam tu bulan kelihatan semacam jer..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

em yke..em x perasan jugek bulan tu lain macam..sebb bz sgt tok minggu nie ngan minggu lepas..bg abg tg lebih baik kte merasai setiap ap yg berlaku o lebih baik tidak??

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Kita dilarang memohon bala. Seharusnya kita sentiasa memohon kpd Allah agar dijauhkan dan diselamatkan daripada bala yang menimpa. Kerana sejauh mana bala yang menimpa itu belum kita tahu kedasyatannya, kita juga belum tentu dapat menanggungnya atau tidak.

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

owh..ok..insyaAllah..syukran..

Template by - Abdul Munir - 2008