Sunday, March 28, 2010

Pengawas Asrama Tonggak Pembentukan Pelajar Lain


“Seringkali saya ingatkan kepada awak semua, awak adalah role model atau contoh teladan kepada pelajar lain. Justeru, saya mengharapkan awak menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik buat ikutan adik-adik awak”.

Pengalaman 5 tahun berada di asrama suatu ketika dahulu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mendidik pelajar asrama SMK Lukut ini. Walaupun saya tidak diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai salah seorang warden di asrama ini namun diri yang sememangnya mengharapkan agar dapat mendidik para pelajar menjadikan saya memikul tanggungjawab mengendalikan badan pengawas asrama. Perjumpaan pengawas asrama akan diadakan sebulan sekali bagi pengawas aspura dan aspuri. Perjumpaan ini dibuat secara diberasingan agar segala permasalahan berlainan gender ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Kuliah mingguan diKOSPINT

Pengalamanku

Sekolah berasrama penuh dan amat berbeda dengan sekolah harian berasrama. Perbezaan yang lebih ketara antara sekolah agama dan sekolah harian biasa. Itulah yang dapat saya simpulkan setelah hampir berada diasrama ini hampir 6 bulan. Suasana dan akhlak para pelajarnya berbeza sekali. Perbezaan ini saya anggap sebagai satu cabaran bagi diri ini untuk mendidik mereka sekaligus memperbaiki diri sendiri.

Menjadi seorang ketua pelajar (asrama dan sekolah) sewaktu berada disekolah menengah dahulu, mengajarkan saya betapa besarnya pengaruh pengawas sekolah keatas pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar lain. Jika pengawas ini memainkan peranan mereka sebaik mungkin, pasti kehidupan dan pencapaian para penghuninya mencapai tahap cemerlang.

Contoh Teladan Terbaik

“ Bukan saya tidak mampu untuk mengawal pelajar-pelajar lain tetapi perbezaan title memberikan mereka alasan untuk mereka pertikaikan. Seelok-eloknya pelajar jugalah yang menjadi contoh kepada pelajar lain. Cikgu berikan satu contoh, kenapa Allah utuskan Rasul itu daripada manusia bukan malaikat? Jawapannya tidak lain kerana persamaan fitrah sesama manusia, justeru Rasul itu dapat dijadikan contoh teladan terbaik” ujarku bagi memberikan mereka merasakan peranan mereka sangat besar dalam membawa suasana persekitaran asrama yang kondusif.

Memang penat jika seorang dua warden hendak mengawal hampir 80orang pelajar aspuranya, tidak termasuk lagi pelajar aspuri yang bilangannya juga 80 orang. Pengurusan yang baik, pastinya menggunakan organisasi pengawas sebagai satu jalan bagi melancarkan segala perjalanan aktiviti dan pengurusan kehidupan berasrama.

Pengawas yang dilantik pastilah mempunyai kredibiliti dan dipandang tinggi oleh pelajar-pelajar lain. Menjadi seorang ikutan tidak perlu melalui kata-kata tetapi lebih berkesan jika melalui tindakan sendiri. Orang akan lebih percaya mata berbanding daripada telinga. Setelah pelajar lain memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada badan ini, dengan itu pastinya setiap arahan akan dituruti tanpa merasakan bebanan kerana ia sememangnya untuk kebaikan. Peribadi melalui arahan itu telah jelas didepan mata pelajar lain,

iaitu peribadi pengawas itu sendiri.

Bersama Ust Aziz (pengetua KOSPINT Pertama) pada majlis hari raya Reunion Anak KOSPINT

Pengharapan

Hari demi hari, saya perlu sentiasa memikirkan jalan dan cara bagi membentuk peribadi para pengawas ini terlebih dahulu tanpa mengabaikan bimbingan keseluruhan pelajar lain. Peranan warden sangat penting dalam menentukan hala tuju pembentukan akhlak para pelajarnya serta pencapaian akademik mereka. Warden yang mendekati jiwa-jiwa mereka pasti meninggalkan satu impak yang besar dalam sejarah kehidupan mereka kelak. Semoga pengawas-pengawas ini dapat saya bentuk peribadi mereka agar mereka menjadi satu kelompok yang sering diidamkan oleh pelajar lain untuk dijadikan contoh dalam kehidupan berasarama ini.

Pengamalan itu mendewasakanku..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,

Pembantu warden,

Asrama SMK Lukut,

12.54am

Rumah warden,

Asrama SMK Lukut,

Port Dickson, Negeri Sembilan


Saturday, March 27, 2010

Kejayaan dan Usaha


"Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.."

Itulah lagu Malaysia Boleh yang sangat top suatu ketika dahulu sewaktu Pasukan Badminton Malaysia dalam era kegemilangan. Dan hari ini lagu itu berkemundang dalam dewan besar yang dihadiri oleh ribuan manusia.

Jelas Sejelasnya
Malam tadi saya menghadiri satu jamuan malam anjuran sebuah syarikat jualan lansung disebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya tidak menduga untuk menghadiri makan malam syarikat jualan lansung ini kerana kawan yang mengajak saya tidak pula menyatakan makan malam ini anjuran siapa. Saya sedikit terkilan kerana masa yang sepatutnya saya manfaatkan untuk perkara lain telah dihabiskan semata-mata mendengar ucapan orang-orang besar dan menikmati hidangan malam pada setelah jam 9.30malam. Terasa makan malam agak lewat kerana makan malam diasrama adalah jam 6.30petang. Iktibarnya, dapatkan penjelasan sesuatu dengan lebih jelas sebelum membuat apa-apa keputusan.

Usaha dan Kejayaan
Kekadang fikiran sekali sekala melayang mengenangkan bagaimana pemikiran yang tertanam dibenak otak setiap orang yang ingin mencapai kemewahan dalam hidup. Cara manakah yang akan mereka gunakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Jualan Lansung sering kali didengari sebagai salah satu cara bagi mereka-meraka yang ingin menggapai impian memiliki kesenangan hidup, mempunyai kereta mewah dan rumah idaman masing-masing. Adakah dengan usaha melalui tangga orang bawahan dikira sebagai satu usaha yang betul dan layak bagi menerima sesuatu kejayaan? itulah persoalan yang bermain diminda saya bilamana memikirkan kemewahan yang sering manusia kejari ini.

Yang ingin berdiri dengan kaki sendiri,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.46pm
28 march 2010
Rumah warden,
Asrama SMK Lukut
Port Dickson, Negeri Sembilan

Thursday, March 25, 2010

Guru & Stress

Setelah menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik hampir 6 bulan, diri ini telah merasai serba sedikit tekanan(stress) yang begitu sinonim dengan pekerjaan ini.

Stress
Stress atau tekanan adalah satu kekusutan pemikiran atau kegelisahan perasaan berpunca daripada pelagai faktor luaran(persekiran) mahupun dalaman(diri sendiri). Tekanan ini berlaku disebabkan gambaran atau aliran pemikiran kita sendiri yang menyebabkan seseorang itu mengalami stress ini. Seseorang itu akan terhindar daripada mengalami tekanan jika dia mempunyai minda positif.

Minda Positif
Tekanan yang dirasai oleh seorang guru mungkin terjadi kerana bebanan tugasan pengurusan sekolah, tingkah laku pelajar dan proses pengajaran yang mereka tempuhi. semua tekanan ini mampu dihilangkan jika pekerjaan yang mereka lakukan tersebut diketahui matlamatnya dan dilaksanakan dengan hati yang gembira serta positif.

Manusia tidak mampu untuk lari daripada kesedihan kerana itu merupakan fitrah yang Allah sudah ciptakan dalam diri setiap insan. Kesedihan itu sangat bermakna kerana dengan ialah manusia ini boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaik mungkin. Kesedihan yang berlaku akan membuahkan perasaan belas kasihan orang lain. Justeru, terwujudlah perasaan kasih sayang dan saling ingin membantu tidak kira antara manusia sesama manusia atau manusia dengan haiwan mahupun alam sekitar.

Kesedihan itu mampu dipositifkan dengan meletakkan keyakinan bahawa manusia itu adalah hamba Allah yang lemah. Maka semakin besarlah pengharapan dan pergantungannya kepada Sang Pencipta.

Pengharapan
Kehidupan ini suatu yang cukup mencabar, bak kata-kata dalam satu lirik lagu nasyid, bukan mudah menjadi seorang watak duniawi. Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia, justeru ia pasti akan melalui jalan yang sangat sukar kerana habuan atau natijahnya sangat besar.

Kepada semua guru-guru diluar sana, teruskan mendidik anak bangsa demi agama, bangsa dan negara. Bersabarlah dengan apa yang anda lalui dan pastikan minda anda sentiasa berada dalam keadaan positif agar tekanan itu akan disalurkan kearah yang lebih baik. Semoga Allah memberkati kepada semua guru, tidak lupa kepada guru-guruku yang telah mendidikku menjadi seorang guru hari ini..BarakAllahu fikum..

Guru Biologi,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
6.56pm,
25 Mac 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saturday, March 20, 2010

Tahniah Kepada Ust Nizamuddin dan Ukhti Khairul Bariyah

Alhamdulillah semua perjalanan walimah kedua mempelai ini berlansung dengan jayanya dan dengan penuh meriah. Syukur kepada Allah juga bersempena dengan majlis tersebut, saya berpeluang berjumpa dengan sahabat sahabiah yang sudah lama tidak bertemu. Sahabat dan sahabiah yang berada jauh di Sabah juga peluang ke kampong bagi menghadiri majlis tersebut.

Buat Pengantin

Semoga ikatan perkahwinan ini memberikan satu natijah yang besar kepada perjuangan Islam. Moga lahirlah para pejuang agama yang akan terus meneruskan kesinambungan perjuangan dan dakwah kedua abi dan umminya nanti. Mujtama’ muslim bakal terbentuk dengan wujudnya baitul muslim yang benar-benar mengamalkan Islam secara syumul mengikut landasan Ilahi. Semoga Allah memberkati kalian…BarakAllahu Lakuma Wa Jama’a Lakuma Bikhoir..

Terimalah lagu ini..








Yang Mendoakan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.25am

21 March 2010

Rumah Warden,

Asrama SMK Lukut,

Port Dickson, Negeri Sembilan

Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah 'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang terbesar di dunia'. Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik. Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut. "Saya diberitahu...tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar.

Saya diberitahu terdapat penemuan besar... yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak. "Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia. "Saya tidak boleh dedah (lokasi)...saya tidak boleh beri tahu anda," katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk, "Conversations on the Constitution and Oil Royalty -- A Constitutional Right?" anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini. Beliau juga tidak menamakan siapa yang memberitahunya mengenai perkembangan Petronas itu.

Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas, menafikan penemuan tersebut. "Petronas ingin menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu dan sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian adalah tidak benar," kata perbadanan minyak nasional itu semasa dihubungi Bernama. Tengku Razaleigh baru-baru ini tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti bagi minyak yang dikeluarkan dari kawasan luar pantai negeri itu.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas menteri kewangan berkata penemuan lapangan minyak yang besar bermakna Petronas mempunyai masa depan yang baik tetapi menambah, ia perlu diurus dengan sewajarnya. "Saya berharap Petronas akan diurus dengan baik...tiada ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat," katanya. Beliau juga berkata beliau gembira walaupun Petronas terpaksa membelanjakan wang bagi pembinaan Menara Berkembar Petronas di sini dan pembangunan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan, syarikat minyak nasional itu "masih meraih untung, dengan wang dan masih mempunyai baki rizab".

Petronas menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan, di mana ia bersamaan dengan kira-kira 42 peratus daripada pendapatan negara. Sejak ditubuhkan pada 17 Ogos, 1974, Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 31 negara.

Petronas tersenarai di kalangan syarikat terbesar Fortune Global 500 di dunia. Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat ke-95 terbesar dunia pada 2008 dan ke-80 terbesar pada 2009. Ia juga menyenaraikan Petronas di kedudukan kelapan bagi syarikat paling mendapat untung di dunia dan syarikat yang paling meraih untung di Asia. Harga minyak jatuh sejak dua minggu lepas sebanyak 2.8 peratus kepada di bawah AS$80 setong pada Jumaat. London Brent Crude bagi Mei turun AS$1.60 setong kepada AS$79.88.

- Bernama

Monday, March 15, 2010

MP Bebas dicabar kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mencabar kesemua ahli parlimen Bebas mengosongkan kerusi parlimen bagi mendapatkan mandat baru daripada pengundi kawasan masing-masing.


Menurutnya, sekiranya mereka takut tidak dapat bertanding lagi sebagai calon jika meletak jawatan, mereka boleh memilih satu lagi kaedah iaitu dengan tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut.


Menurut peruntukan di bawah perkara 52(1) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, maka Majlis Parlimen itu boleh mengisytiharkan bahawa kerusinya kosong.


"Ada peruntukan 52(1), jika seseorang ahli parlimen tidak menyertai persidangan dalam enam bulan, kerusi dia kosong dan dia masih boleh bertanding sebagai calon," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.


Beliau berkata demikian semalam ketika diminta mengulas lima wakil rakyat yang kini berada di blok Bebas di parlimen.


Empat daripada mereka adalah bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).


Zahrain, Tee Beng dan Mohsin sebelum ini mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi ahli parlimen Bebas, manakala Zulkifli dipecat daripada PKR.


Seorang lagi ahli parlimen Bebas adalah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) yang bertanding dan menang atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.


Tindakan beliau kemudian dilihat sering menentang pendirian PAS dan Pakatan Rakyat sehinga beliau didesak meletak jawatan.


"Jadi lebih baik kelima-lima yang bebas ini meletak jawatan (tidak hadir parlimen), kembali ke kawasan masing-masing untuk dapatkan mandat baru," tambah Karpal.


Juara All England - Birmingham


Tiada kata lain yang lebih layak bagi Lee Chong Wei pada perlawanan final semalam dengan kemenangan mata sangat tipis menewaskan Kenichi Tago (Jepun) . Berbaloi kami menunggu pada jam 12 pagi hingga tamat jam 1 pagi menyaksikan kehebatan beliau.

Baca seterusnya di sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Nota: Suka dengan desing jersi terbaru yang disarung beliau ketika perlawanan semalam. Ada kelainan di samping kejayaan besar. Tahniah Datuk!

Tuesday, March 9, 2010

Ku Ingin jadi Seperti Beliau



Malam ini saya diperkenalkan dengan lebih dekat seorang tokoh sasterawan dan pendeta yang berjiwa besar yang mana semua diantara kita seringkali mendengar nama beliau ini. Pendeta Zaaba atau nama sebenar Allahyarham iaitu Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir melayu yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris

Beliau adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa melayu termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.


Disini saya petikkan beberapa kata-kata atau ucapan beliau daripada buku beliau yang sangat hebat dan tersohor iaitu Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

“Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal-ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik.

“Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan!” (m.s 38)

Persoalan ILMU

Berkenaan dengan persoalan ilmu pula, beliau mengingatkan beberapa sifat ilmu iaitu:

“daripada serendah-rendah ilmu” sehingga mencapai tahap “setinggi-tinggi ilmu yang sudah melintasi di hadapan hati manusia”. Rujukannya itu termasuklah “pengetahuan rahsianya”, teori dan juga”membiasakan dia dengan dikerjakan” (kemahiran atau pratikal) yang dijelaskan oleh Za’ba sebagai “ilmu ketukangan” (kini pendidikan teknik dan vokesyenal). Za’ba berpendapat dengan adanya pendidikan ketukangan itu lulusannya tidak perlu bergantung kepada pekerjaan di sektor kerajaan yang sangat rendah pendapatannya. Beliau turut menegaskan kedua-dua aspek teori dan kemahiran itu perlulah “betul pembawaannya”, iaitu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dihuraikan di dalam empat rangkap syairnya:

Berkata kaum apakah ilmu,
Terangkan jawab beri olehmu;
Faham yang adil beri bertemu,
Akal fikiran jangan tersemu.

Tarikh geografi karang mengarang,
Tukang menukang membuat barang;
Ilmu berniaga ilmu berperang,
Semuanya ‘abadan’ tiada kurang.

Ilmu penyakit ilmu kesihatan,
Ilmu anggota hubat-hubatan;
Kimia tabii darat lautan,
Wap dan eletrik pekan dan hutan.

Hidup manusia dua pihaknya,
Satu di dunia badan busuknya;
Satu akhirat tujuan rohnya,
Wajiblah ilmu bagi keduanya.

Semoga dengan perkongsian yang tak seberapa ini akan terus meningkatkan daya semangat cintakan ilmu demi membawa perubahan buat diri, agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya perangai adalah bergantung kepada diri sendiri.

Yang ingin menjadi seperti beliau,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

1.01am

10 March 1431H

Rumah Warden,

Asrama SMK Lukut,

Port Dickson, Negeri Sembilan

Template by - Abdul Munir - 2008