Thursday, December 18, 2008

Doa Perjuangan

Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti
Keadilan


Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh titisan air mata hadirin.


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Wednesday, December 3, 2008

Keindahan Bulan...1 Disember 2008






Fenomena bulan senyum tanggal 01Dec2008 jam 20.30.

Keadaan bulan sabit yang diapit oleh dua butir bintang.
Gambar kurang memuaskan kerana kamera bukan dari jenis teknologi tinggi.
Mungkin ada sahabat yang dapat merakam image yg lebih sempurna.
Subhanallah, inilah salah satu kebesaran Allah.
Setiap apa yang dikehendaki tak tercapai oleh akal manusia







Saturday, November 8, 2008

Demokrasi UPSI jelas terhakis

Para MPP mengangkat sumpah


Watikah perlantikan yang diadakan semalam dengan menerima kabinet yang dibentuk sebelum ini jelas menunjukkan demokrasi UPSI semakin terhakis. Suara mahasiswa tidak lagi diendah dan diambil berat.

“ Kami mahu Akmal memimpin barisan kabinet MPP kali ini. Bukan saya seorang sahaja yang mengkehendakkan sedemikian tetapi rata-rata semua mahasiswa yang keluar mengundi baru-baru ini, mereka jelaskan suara mereka dengan undian yang mereka berikan. Kenapa dianfikan undian tertinggi ini?” seorang mahasiswa menjelaskan hasrat dengan perasaan yang tidak puas hati.

Menurut satu sumber, Naib Canselor semalam menjelaskan bahawa kerusi umum bukanlah penentu untuk ahli MPP untuk berada di Majlis Tertinggi(MT). Mendengar berita ini, saya agak terkejut dan kehairanan. Justeru untuk apa kerusi umum ini diwujudkan jikalau bukan bagi memastikan mandat yang diberikan adalah lebih besar kepada mereka yang bertanding dikerusi umum berbanding kerusi fakulti. Memang betul ia bukanlah satu penentu dan perlukan kepada perbincangan dikalangan mereka jika terdapat perkara-perkara yang dirasakan perlu diambil kira. Namun kerusi umum ini hendaklah dilihatkan sebagai satu ‘kredit’ yang besar kepada calon tersebut kerana mandat yang diberikan merupakan suara dari seluruh warga mahasiswa. Penafian kepada suara mahasiswa ini tanpa sebarang penjelasan adalah satu pengkianatan amanat yang nyata.


Penyerahan kuasa oleh Mantan YDP lepas


Saya yakin dan percaya, mereka yang sekarang menjawat jawatan MT, terutamanya mereka dari kerusi fakulti lebih-lebih lagi menang tanpa bertanding, tidak akan mendapat kepercayaan dan kerjasama daripada kebanyakan mahasiswa. Beberapa sebab saya nyatakan disini sebagai hujah kepada pernyataan saya ini. Yang pertama adalah, mahasiswa telah memilih calon yang mereka fikirkan layak dan mereka bersedia untuk dipimpin oleh calon ini. Penidakkan kepada hasrat ini bakal menimba kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka. Keduanya, hak calon itu sendiri yang dinafikan merupakan satu kezaliman dan ketidakadilan kepada calon tersebut. Perampasan hak ini dilihatkan satu pengkianatan kepada kehendak mahasiswa secara senyap-senyap.


“Mentang-mentang mahasiswa rata-rata tidak mengetahui cabinet yang dibentuk sebelum watikah ini, mereka bebas meletakkan diri ditempat yang mahasiswa telah memberi kepercayaan. Sedarlah kepercayaan yang diberikan bukanlah kepada kamu tetapi kepada mereka yang dinafikan hak itu”. Marah seorang mahasiswa.

Kezaliman dan Kebatilan ini tidak akan bertahan lama, Keadilan dan Hak akan pasti menggantikannya suatu hari nanti. Cuma masa dan ketikanya tidak dipastikan bila. Mahasiswa tidak akan berdiam diri atas pengkianatan ini!




Pemimpin Kami, Pilihan Kami!!!



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

12.09pm

9 November 2008

2-1-7 KHAR, UPSI

Sunday, November 2, 2008

Satu Perjalanan Meraikan Majlis Perkahwinan

Abg Syafiq & zaujah beliau, Kak Kerk



25 Oktober baru-baru ini ana telah bertandang ke satu majlis kahwin senior matrik, Mohd Syafiq B Zakaria dan nurul Wahyuni Kerk Siau Ping yang dibuat di Muar, Johor. Perjalanan yang kurang berperancangan ini telah menyebabkan ana dan sahabat-sahabat dalam sebumbung kereta kelewatan sampai kerumah mempelai ini. Walaupun semua meja-meja telah siap dikemaskan namun kami sempat lagi menjamah nasi yang dihidangkan dengan daging kambing dan yang paling penting dapat bergambar dengan kedua mempelai ini setelah diminta untuk memakai kembali pakaian pengantin mereka.


Ukhuwwah yang terbina tidak dihalangi dengan jarak geografi untuk kami bertandang.


Semoga kedua pengantin ini sentiasa dalam keberkatan Allah dan dikurniakan generasi penyambung dakwah sebagaimana ibu bapa mereka ini kelak.


Bergambar bersama, smoga semangat itu menyerap dalam diri...(",)



Perjalanan Meraikan Majlis Perkahwinan seterusnya insyaAllah pada 22 November 2008. Tunggu yer kak Athirah, rombongan besar akan bertandang kelak…



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.36 am

5 Zulkaedah 1429H

3 November 2008

2-1-7 KHAR, UPSI

Tuesday, October 28, 2008

Suatu Penafian!!!


Pembentukkan kabinet MPP yang dikeluarkan daripada suatu sumber (rujuk http//upsikini.blogspot.com) baru-baru ini mengejutkan banyak pihak. Kabinet yang dibenarkan bersidang selama 14hari bagi membentuk kabinet telah selesai membentuk kabinet dalam masa tiga hari dalam tiga kali pertemuan. Sumber juga mengatakan bahawa kabinet tersebut dibentuk tanpa dipersetujui oleh semua pihak terutama mereka yang digelar sebagai Prokebajikan. Kabinet ini juga dikatakan tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan 2/3 bilangan mereka yang hadir dan akan dibantah oleh Prokebajikan.


Pembentukan kabinet ini menimbulkan seribu tanda tanya kepada para mahasiswa yang keluar mengundi baru-baru ini kerana rata-rata mereka yang ditemui menjangkakan Akmal Madzir yang mendapat undian tertinggi akan menyandang kerusi sebagai YDP. Namun kabinet yang dibentuk tanpa persetujuan 2/3 itu meletakkan Hairie yang mewakili kerusi Fakulti Bahasa dan menang tanpa bertanding sebagai YDP bagi sesi MPP 0809 ini

.

Berikut adalah kabinet yang dibentuk:


Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah (FB-menang tanpa bertanding)

Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak (umum-4011 undi)

Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)

Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)

Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)

Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)

Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)

Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi), Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)


Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Lee Sun ju(etnik cina-menang tanpa bertanding), Punethan(etnik india-menang tanpa bertanding)

Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali(FSS-menang tanpa bertanding), Siti Nor Hazliza binti Rosli(FSS-menang tanpa bertanding)

Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi(FSM-menang tanpa bertanding), Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)

Exco Perpaduan & Integrasi : Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi), Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)

Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding), Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman(FST-1389 undi)


Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi), Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)

Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad(umum-3757 undi), Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof(umum-3532 undi)

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir(umum-4124 undi), Norhafizawati binti Mahmad Rozali(FST-1055 undi)


-sumber: http://upsikini.blogspot.com-



Gambar hiasan: Muke Jelek



Mengulas berkenaan kontroversi dalam pembentukan kabinet ini, saya berpandangan bahawa perkara ini merupakan satu penafian hak kepada mereka yang selayaknya. Memenangi kerusi umum dengan undian tertinggi jelas menunjukkan sokongan para pengundi kepada calon terbabit untuk dinobatkan sebagai pemimpin mereka tetapi hal ini diketepikan oleh mereka yang berkepentingan tanpa mempedulikan Suara Mahasiswa.


Hal ini lebih jelek apabila calon yang dinobatkan sebagai jawatan terpenting itu merupakan calon daripada fakulti dan lebih mengaibkan kerusi itu dimenangi tanpa undian daripada mahasiswa. Membaca komen daripada http://www.mahasiswakini.com jelas memberikan isyarat kepada penyandang kerusi tersebut untuk mengukur kedudukan beliau bagi menjawat jawatan tersebut. Rata-rata komen daripada kampus luar menyuarakan agar saudara Hairie menyedari akan hakikat diri yang menang tanpa bertanding bagi fakulti pula agar memberikan jawatan YDP tersebut kepada mereka yang telah dipilih oleh masyarakat warga pengundi UPSI baru-baru ini. Ada juga dikalangan mereka yang memberikan teguran kepada Prokualiti agar memikirkan kembali calon yang dipersetujui mereka dalam kabinet tersebut dengan pemikiran logik dan mengambil kira sentimen yang bakal mereka hadapi dikemudian hari jika kabinet ini disahkan kelak.


Mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen di UPSI ini tidak akan membiarkan pemimpin yang naik kelak adalah dikalangan mereka yang tidak dipersetujui ramai. Ini jelas merupakan suatu penafian!!!



Pemimpin Kami, Pilihan Kami



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

8.11 pm

28 Syawal 1429 H

28 Oktober 2008

2-1-7, KHAR, UPSI

Friday, October 24, 2008

Tsunami Politik UPSI

Keputusan pilihanraya kampus yang diumumkan selewat jam 7 malam baru-baru ini mengejutkan ramai pihak terutama bagi mereka yang telah lama merasa berada di zon selesa dan tidak lupa juga kepada kepada mereka yang telah lama berjuang merampas kembali kerusi-kerusi yang dahulunya pernah dikuasai oleh mereka yang dilabekan sebagai pembangkang (pada ketika itu UPSI dan UIA sahaja yang dikatakan pembangkang).

Berikut adalah senarai nama calon-calon yang bertanding beserta undian yang diperolehi:

Kerusi Umum
1.Akmal bin Madzir (4124)
2.Nor ‘Ain Bt A. Razak (4011)
3.Arif bin Mohamad (3757)
4.Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (3729)
5.Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff (3532)
6.Abdul Rashid bin Husain (3425)
7.Azmi bin Mohamad Sofian (3075)
8.Nabila Soraya Hani Binti Mohd Ayob (3046)
9.Wan Nasron bin Wan Mohd Nasir (2979)
10.Nazira binti Jiat (2645)
11.Munirah binti Ab Wahab (2372)

Kerusi Fakulti Perniagaan & Ekonomi
1.Syaiffuldin Bin Mohamad (315)
2.Nurul Illyana Binti Mohamad (244)
3.Nor Rasyidah Binti Mohd Rasid (201)
4.Engku Mohamad Fakhrudin Bin Engku Alwi (195)
5.Mohd Azizi bin Sitam (123)

Kerusi Fakulti Sains & Teknologi
1.Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (1389)
2.Norhafizawati Bt Mahmad Rozali (1055)
3.Noor Sa’adah Binti Haji Jailani (708)
4.Mahfuzah Binti Md Nazimuddin (650)

Kerusi Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
1.Mohd Fitri Bin Amil (544)
2.Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor (483)
3.Nor Afiti binti Mohd Basri (440)
4.Yuniza Binti Ab Jusoh (412)
5.Nurul Iman binti Amirudin (330)
6.Nurul Ain Nabihan Binti Basharludin (269)

Kerusi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
1.Muhammad Asree Bin Abdul Aziz (1276)
2.Adriyani Binti Yamin (906)
3.Mastura Binti Abdul Ghani (744)

Kerusi Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
1.Mohd Razik bin Khalid (164)
2.Muzaitul Akmar Binti Mohammad (159)
3.Suhainizam Bin Sharif (153)

perang poster

Terharu dan sedih menyelubungi diriku saat mengetahui kemenangan yang dikecapi ini. Sedih kerana terlalu gembira dengan ketentuan Allah. Betapa takdir Allah hanya Dia sahaja yang mengetahui dan Pencaturnya.

Keperitan Lalu

Lagi terharu saat mengenang kembali zaman lampau saat dimana Mahasiswa yang ingin bertanding secara individu kerana merasakan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi ini terus sahaja dilabelkan sebagai ‘pembangkang’. Mahasiswa pengundi pula diugut dan ditakut-takutkan dengan isu posting jika mereka mengangkat calon ‘pembangkang’ ini. Saat itu mahasiswa diselubungi satu perasaan yang disebut sebagai ‘inferiority complex’. Perasaan takut yang menyelubungi jiwa-jiwa mahasiswa ketika itu menyebabkan calon-calon yang ingin masuk bertanding sebagai stand individu atas rasa tanggungjawab dipandang sebagai mereka yang menentang aspirasi universiti. Saat membeli borang pencalonan merupakan saat yang paling getir kepada mereka kerana membeli borang sahaja telah menandakan mereka menentang aspirasi universiti.

banner tidak ketinggalan digantung


Kedatangan TNC dari UPM iaitu Prof Dato’ Dr Abdullah Al-Hadi ke UPSI pada saat UPSI dilabelkan dikuasai pembangkang, mencorakkan suasana yang baru di UPSI pada ketika itu. Dato’ yang mempunyai pengaruh yang besar dan kuat dalam pentadbiran universiti telah mencorakkan pemikiran para pentadbiran universiti dan tidak terkecuali para mahasiswa ketika itu dengan ideologi ‘aspirasi universiti’. Dalam ucapan bersemangat beliau disegenap program sama ada di kampus mahupun di kolej-kolej kediaman, sering ditekankan untuk sama-sama kita bersama dengan aspirasi Universiti. Kehadiran beliau selama 4 penggal pengajian di UPSI ini telah mengubah banyak perkara bukan sekadar perubahan dalam pembangunan infrastruktur sahaja tetapi juga dalam mencorak pemikiran segenap manusiawi sekitar

Proses Pengundian Berjalan lancar


Selama 4 penggal inilah tiadanya Pilihanraya Kampus dijalankan di UPSI kerana tiada pertandingan kepada calon yang dikemukakan oleh aspirasi universiti. Mahasiswa ketika itu diselubungi perasaan takut untuk masuk bertanding dalam PRK tersebut kerana tekanan demi tekanan bakal dihadapi jika mereka menceburkan diri dalam usaha-usaha menaiki status sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar bukan melalui jalan ‘aspirasi universiti’. Tekanan itu mungkin bermula daripada sahabat handai sekeliling, penglabelan demi penglabelan sebagai pembangkang terus duhujani kepada mereka.

Tema Kebajikan Menarik Minat Mahasiswa


Tidak lupa tekanan daripada felo-felo kediaman yang memaksa calon-calon ini menarik diri dari mengambil tempat dalam pertandingan ini dengan ugutan tiada penempatan di kolej kelak jika mereka berhasrat meneruskan penyertaan ini. Selain itu, tekanan di saat terakhir adalah daripada dekan fakulti masing-masing. Dekan-dekan ini yang sedia ada mempunyai calon ‘aspirasi’ yang diberikan kepada mereka menyukarkan proses pencalonan kepada pihak satu lagi kerana keengganan untuk memberikan tandatangan meluluskan permohonan untuk menyertai PRK ini walaupun calon tersebut mempunyai syarat-syarat penyertaan yang cukup dan berkebolehan dalam kepimpinan. Oleh kerana penyertaan individu ini bukanlah melalui laluan ‘aspirasi’, mereka tidak diberikan kerjasama dan ada diantara borang pencalonan mereka ini ditolak mentah-mentah.


Mahasiswa menuntut Revolusi


Semua pengalaman ini telah aku lalui disaat lampau…
Selamat berjuang adik-adikku…
Masa depan dan perubahan UPSI terletak pada dirimu..



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.07 pm
Jumaat
24 / 10/ 08
24 Syawal 1429H
2-1-7 KHAR, UPSI

Monday, October 20, 2008

FITNAH DALAM PERJUANGAN.


Perjuangan tidak dapat lari daripada pahit dan getir kerana istilah perjuangan itu sendiri menggambarkan kesusahan, keperitan, keseksaan dan seumpamanya. Justeru dalam menghadapi PilihanRaya Kampus pada tahun ini pelbagai mehnah dan cabaran datang bertandang kepada mereka yang terlibat di dalam perjuangan ini. Saya tidak terkecuali daripada menghadapi fitrah ini.


Sebenarnya saya tidak berminat sangat untuk berbicara mengenai PRK di dalam blog saya ini, namun keadaan memaksa saya menjelaskan beberapa perkara yang timbul hasil daripada keterlibatan dalam perjuangan PRK.


Fitnah sering kali dijadikan senjata ampuh oleh pihak lawan setelah kehilangan keyakinan diri dan kekuatan untuk melawan. Senjata ini amat popular digunakan bagi menjatuhkan pihak yang dirasakan tidak lagi mampu untuk berdepan secara kekuatan sebenar justeru pendekatan menjatuhkan nama baik dan peribadi menjadi sasaran seterusnya. Kita sedia maklum taktik ini melalui pembacaan dari peristiwa yang berlaku sekeliling kita saban hari sama ada dalam Negara mahupun di luar Negara. Tidak perlu saya nyatakan contoh kerana anda sendiri mengetahuinya.


Dalam PRK kali ini, saya telah difitnah oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Luv didalam blognya iaitu http://cintaupsi.blogspot.com. Sebelum itu, seorang sahabat saya yang mempunyai akhlak yang baik dan dikenali ramai sebagai seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang diberikan, juga telah difitnah oleh Dr Luv ini. Saya menyahut cabaran Dr Luv untuk tampil memperjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan segala jawapan akan saya berikan dengan bukti-bukti pada post akan datang.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada dikalangan kamu yang memburukkan sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentunya kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, Sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”

- Surah Al-Hujuraat, ayat12-



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

3.46am

22 Syawal 1429 H

22 Oktober 2008

2-1-7 KHAR, UPSI.


Lampiran:

Perutusan ke-3 saya sewaktu menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UPSI sesi 0708 yang lepas.


klik utk besarkan


Friday, October 17, 2008

Muhasabah: Setiap Muslim perlu jaga hati

Bulan Ramadan adalah masa paling sesuai untuk mengorak langkah menjadi insan cemerlang dari sudut amalan, cara hidup, berpakaian, berinteraksi sesama manusia, kerana di dalamnya disediakan sukatan (silibus) yang terbaik daripada Allah SWT.
Iklan

Justeru, walaupun Ramadan telah berlalu, pasti terdapat insan bergelar graduan cemerlang ketika meraih hadiah kecemerlangan pada malam konvokesyen (Aidilfitri) dengan persiapan yang mantap dari sudut kesediaan sambutan yang diredai Allah SWT.

Iaitu sambutan menghidupkan malamnya dengan bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil, membaca al-Quran, berqiayamullail, ia bertujuan untuk menghidupkan hati manusia pada hari di mana Allah matikan hati mereka iaitu pada hari kiamat, ia bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri), maka hatinya tidak akan mati pada hari Allah matikan hati-hati manusia (akhirat)."

Justeru, Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera)."

Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera

Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam-Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati

Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit

Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.


Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.


Tanda-tanda hati yang rosak

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan

-sumber: harakahdaily

Wednesday, October 15, 2008

UPSI jadi tumpuan media

“ Wah, UPSI masuk Harakahdaily!” sapaku kepada seorang sahabat.


“ Rasa bangga lak, ingatkan takde dah orang nak lapor tentang U kite ni” ujar sahabat tersebut.


Universiti Pendidikan Sultan Idris kini menjadi tumpuan media apabila menjadi antara Universiti yang terawal menjalankan proses PilihanRaya Kampus(PRK) iaitu pada 14 Oktober 2008 baru-baru ini. Beberapa Universiti lain yang turut menjalankan PRK awal ialah UDM, UMT, UMP dan UMK.


“ Tengok, dalam http://mahasiswakini.com pun, bahagian IPTA/IPTS, nama UPSI pun tak tercatat. Memang UPSI ini tak dipandang la sebelum ini. Tapi pada bahagian Laman Mahasiswa ada lak satu blog dari UPSI, itupun sebab PRK” tegas seorang kawan.


Kini UPSI telah mendapat beberapa tumpuan media yang melaporkan perkembangan terbaru di UPSI. Smoga UPSI tidak lagi ketinggalan berbanding Univerisiti-universiti lain dan dipandang sebagai sebuah Universiti utama kerana mengeluarkan produk-produk yang bakal mendidik anak bangsa kita kelak.


“Mahasiswa Bitara, Pendidik Anak Bangsa”



Beberapa link terkini:


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17365&Itemid=1


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17366&Itemid=1


http://upsikini.blogspot.com


http://suara-upsi.blogspot.com


http://mahasiswakini.com


http://aspirasiupsi.blogspot.com


http://upsionline.blogspot.com


http://cintaupsi.blogspot.com




Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.34 am

16 Syawal 1429H

16 Oktober 2008

2-17, KHAR UPSI

Friday, October 10, 2008

Hanya Hamba

Peringatan demi peringatan datang silih berganti..
sahabat disisi menyedarkan diri
Walaupun diri sering terjatuh,
hanyut dibawa nafsu diri,

Namun yang lain yang dipanggil pergi..


“Allah lebih sayangkan dia. Yang baik pergi dulu, yang jahat-jahat ni tak mati-mati” kata ust Anhar sewaktu ana dan sahabat yang lain bertandang kerumah beliau..


Aku selalu menghitung diri,
Bila pemergian ke sana akan dilalui,

Entah bagaimana kesudahan diri ini,

Tatkala sering diri silih berganti,

barat mempunyai 2 cermin diri,

Yang begitu kontra antara satu dan satu lagi

Cerminan mana bakal menemui saat yang pasti….



Pemergian seorang sahabat yang ku kenali
dan seorang lagi sahabiah yang tak ku kenali,

menghiasi bulan syawal 1429H ini..



Allahyarham Adnan


“Allahyarham Adnan memang seorang yang baik hati, lemah lembut orangnya”
berkata seorang sahabat kepada yang lain. Disegenap pertuturan tentang arwah, pasti perkara yang baik dan pujian diberikan. Siapa tidak kenal arwah dengan budi pekerti yang mulia.


“Ni tiada Allahyarham, nta la pulak yang gantikan tempat arwah”
seru seorang sahabat kepada ana bagi menggantikan arwah yang antara menjadi orang terawal bertandang ke surau dan mengalunkan azan.


Allahyarham Aisyah


Apa lagi yang dinanti,
Masa itu pasti akan dikunjungi,

Cuma tinggal persiapan diri,
Bekalan yang ingin dibawa adakah sudah dikemasi?

Atau pergi dengan tanpa erti?
T
idak tahukah apa yang bakal ditemui?

Jika tahu, pasti dipersiapi…



Usahlah daku kembali,
Kepada dosa yang menipu diri,

Kerana dikau pasti akan pergi,
Sebagaimana sahabat-sahabat telah merasai,
Siapalah kita untuk membantahi

Segala arahan dan larangan yang diberi..


Kita hanyalah hamba kepada Dia, Ilahi….




Syukran jaziilan kepada:

Hanya Hamba,

Sahabat-sahabat yang selalu menasihati diri

Penulis-penulis yang memberikan semangat dan inspirasi

Para Ustaz yang membimbing ummat dan diri ini,


Para naqib yang mendidik aku sehingga kini,


Arwah ayah yang sudah bertandang pergi,


Emak dirumah yang sering mendoakan ditiap hari


Rasulullah yang sentiasa diingati


Dan terutamanya kepada


Ya Ilahi….


yang masih memberikan aku peluang menyucikan diri

Sebelum dipanggil menemuiMu suatu masa yang pasti…





Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.02 pm
10 Ramadhan 1429H

10 Oktober 2008

2-1-7 KHAR, UPSI



.

Wednesday, October 8, 2008

Perjuangan


gambar hiasan

Hari ini terasa ketenangan hati dan jati diri yang hilang mulai berputik kembali. Sungguh terseksa hidup tanpa diberi ketenangan oleh Allah. Ketenangan itu adalah kebahagiaan. Hati terasa sedih dan pilu apabila mengenangkan proses pentarbiayahan yang dilalui sejak zaman persekolahan, matrikulasi dan seterusnya dia alam mahasiswa ini, sedihnya bukan pada proses pentarbiayahan tersebut tetapi sikap dan tingkah laku diri yang tidak menerapkan sepenuhnya pengetahaun dan ilmu yang diterima kedalam diri, menjelmakan ia sebagai satu peribadi. Lemah dengan nafsu yang menghambat, sering lupa dan lalai dalam perjalanan masa harian.


Membaca Buku Feqh Haraki Perjuangan Jihad Fi Sabililllah karangan ust Nasrudin Hj Hassan at-Tantawi, menyuntik kembali semangat dan mengimbau perjalanan hidup dalam proses pentarbiayahan yang dilalui. Sedih membaca keluhan dan seruan Ust Nasrudin kepada rakan-rakan seperjuangan yang dulu sama-sama berjuang dialam kampus namun hilang entah kemana setelah turun ke medan yang lebih luas.


Feqh Haraki Perjuangan Jihad Fi Sabililllah


Dalam tulisan Ust Nasrudin yang bertajuk “Rancakkan Tempo Perjuangan”, amat terkesan pada diri lantaran terasa dipundak kepala sendiri membaca setiap rungkap kata yang ditulis :


“sikap bersahaja, sambil lewa, tidak prihatin, malas, lesu, tidak peduli, tidak ambil kisah, suka bertangguh dan banyak dalih adalah antara 1001 istilah yang tidak layak dimililki oleh seorang pejuang”


“malangnya masih ada individu yang mahu dirinya bergelar pejuang tetapi tidak meletakkan dirinya pada landasan yang tepat dan tidak pula meningkatkan prestasi diri aagr menepati piawaian seorang pejuang. Lebih amlang apabila ia turun ke medan juang tanpa sebarang persediaan dan tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan tanggungjawab atau amanah perjuangan”


bersama Ust Nasrudin Hassan al-Tantawi


Terasa bersalah pada naqib-naqib yang telah mengusrahkan diri ini dengan perlakuan diri yang tidak menggambarkan seorang pejuang. Apa perasaan naqib apabila mengetahui begilah sikap anak usrah yang pernah beliau didik sekian lama dulu? Malu.


Saat ketemui naqibku sewaktu bersekolah di KOSPINT dulu, terasa amat rindu pada beliau. Beberapa kali kelibat Ust Syed Norhisyam muncul ditelevision TV9 menyampaikan tazkirah kepada umum, membuat hatiku sangat gembira kerana beliau adalah naqibku. Malam ini beliau mengungkapkan satu kata-kata dalam sms yang dihantar kepadaku:


“Apa yang kita tahu, kongsi dengan orang lain, nanti Allah akan ajar apa yang kita tak tahu”


Aku akan pegang kata-kata naqibku ini, bukan hanya dimulut tetapi disemat sebagai peribadi diri, insyaAllah…


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

9.19 pm

8 Syawal 1429 H

8 Oktober 2008

2-1-7, KHAR, UPSI

Friday, October 3, 2008

Hari Raya, Mari ziarah..

“Dah gi jalan mana dah raya ni” Tanya Abg We kepadaku.


“Gi rumah sedare semalam, tapi banyak duk rumah lagi” jawapanku ringkas.


“ni tak abis blajar ni, raya kene la g ziarah rumah orang” tegur Abg We padaku..


Raya Aidilfitri kali terasa agak pendek memandang cuti yang ada sangat singkat. Kami yang beraya di pantai timur lagi la terasa sebab hari ahad sudah mula bekerja bagi pegawai kerajaan. Begitulah juga cuti bagi pelajar pengajian tinggi sepertiku, ada yang dah bertolak balik malam dan ada juga yang mengambil cuti yang lebih skit semata-mata inginkan kepuasan berhari raya…


Tindakan Dihari Raya


Selepas ditegur oleh senior, barulah saya sedar akan kepentingan ziarah pada hari raya. Ramai dikalangan umat manusia sudah kurang semangat untuk menziarahi sahabat handai dan saudara mara tetapi lebih suka melepak dirumah menonton pelbagai rancangan televisyen yang dihidangkan sepanjang hari.


Ziarah rumah sahabat-sahabat penting dalam menguatkan ukhuwwah dikalangan sahabat kita. Besar erti apabila sahabat-sahabat dan kawan-kawan kita kenal rumah kita. Bayangkan perasaan kawan-kawan kita apabila kita semua kenal rumah kawan-kawan kita dan kita pernah berkunjung datang, Dengan menziarahi kerumah sahabat kita, kita dapat mengenal dengan lebih rapat beliau dan latar belakang keluarganya. Mungkin kita sebelum ini tak pernah tahu keadaan sebenar kerana penampilan dan perwatakan ceria sahabat kita diluar tetapi setelah kita bertandang kerumahnya, sedarlah kita bahawa sahabat kita hidup lebih sederhana daripada kita..


Ayuh, saya menyarankan diri sendiri dan kepada kawan-kawan sekalian untuk menziarahi sahabat-sahabat kita dengan memanfaatkan sebetulnya masa yang ada ini. Smoga Allah mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita…


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

8.36 am

4 Ramadhan 1429 H

4 Oktober 2008

Rumahku, Kuala Terengganu.

Tuesday, September 30, 2008

Rahmat Allah diambang Eidul Fitri, bagaimana dengan yang tidak merasa?

Hadiah Hari Raya

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjang umur sampai kepada hari 30 Ramadhan. Namun tidak dapat disembunyikan kesedihan tatkala Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan insane yang mengharapkan keberkatan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah sepanjang bulan ini.


Hari ini kita mendapat satu berita yang melegakan semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa. Pembebasan kapal Melati 2 pada pagi tadi jam 4.14 pagi waktu tempatan merupakan Rahmat Allah di ambang ketibaan Eidul Fitri yang akan menjenguk kita tidak sampai 24jam sahaja lagi.


Pembebesan anak kapal Melati 2 yang seramai 29 orang pastinya memberikan makna yang besar kepada diri para tebusan terutamanya dan juga kepada para keluarga mangsa. Alangkah gembiranya para keluarga berkenaan dapat beraya dengan para mangsa yang sememangnya mereka merasakan sangat risau akan perkembangan keselamatan saat mereka berada ditangan lanun tersebut.


Pak Lah dalam memberikan komen dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa pembebasan para tawanan merupakan hadiah hari raya daripada Allah s.w.t

“Ianya adalah satu hadiah Hari Raya daripada Allah SWT kepada kita, khususnya buat keluarga anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang dibebaskan lebih awal sebelum ini,” kata Perdana Menteri kepada Bernama di sini bagi mengulas pembebasan kedua-kedua kapal tersebut.

-berita harian, mutakhir 30/9/2008-


Antara Dalaman dan Luaran


Mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi menggambarkan beliau seorang yang sangat mengambil berat dengan keresahan dan pederitaan yang dialami rakyat. Beliau bersyukur dengan pembebasan dan merasa gembira apabila mangsa tahanan akan dapat beraya bersama-sama keluarga mereka pada keesokkan harinya, InsyaAllah. Namun dalam ucapan dan sikap perihatin beliau ini, adakah beliau sedar akan penderitaan dan keperitan keluarga tahanan ISA yang bukan sahaja berpisah dengan keluarga selama beberapa hari tetapi bertahun lamanya, bukan ini merupakan kali pertama keluarga tahanan beraya tanpa ayah, suami atau abang kepada keluarga tersebut tetapi sudah berkali-kali raya ketiadaan orang yang disayangi disisi.


Jika Pak Lah mengatakan pembebasan tebusan anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 & 5 sebagai hadiah Hari Raya daripada Allah, bagaimana pula hadiah yang sama diharapkan oleh keluarga-keluarga mangsa tahanan ISA daripada Pak Lah? Kuasa membebaskan para tahanan berada ditangan beliau, justeru adakah beliau tidak teringat sedikit pun akan tahanan ISA ini tatkala mengucapkan hadiah Hari Raya ini? Antara dalaman dan luaran, ianya suatu yang berbeza…


Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.b.t agar berikan kekuatan kepada tahanan dan keluarga mangsa tahanan akta zalim ini dalam mengharungi ujian hidup yang tidak sedikit peritnya. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang sering bersabar dengan dugaan yang menimpa sesuai dengan janji Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 yang bermaksud:


" Demi Sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orangyang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik: banyak tuduhan dan cacian yang menyakitkan hati. dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"



Takbir!!!

Bebaskan Tahanan ISA, Hapuskan Akta Zalim Ini!!!


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

6.36 pm

30 Ramadhan 1429H

30 September 2008

Rumahku, Kuala Terengganu

Template by - Abdul Munir - 2008