Monday, August 3, 2009

Teruskan Bermujadahadah Wahai Pejuang Islam

Kita dikejutkan dengan kematian seorang Mantan Presiden Filipina, Carazon Aquino pada awal pagi sabtu lepas akibat kanser kolon selama 16 bulan lepas. Beliau yang merupakan seorang isteri kepada Senator Aquino yang mati ditembak sebaik selepas turun daripada kapal terbang bagi menghadiri perjumpaan dengan Presiden berkuku besi ketika itu iaitu Ferdinan Marcos.


Carozon Aquino merupakan lambang kebangkitan rakyat dan penegak demokrasi di Filipina. Beliau menyambung perjuangan suami beliau dalam memberikan kebebasan kepada rakyat daripada terus ditindas dengan akta dan hukuman yang zalim lagi kejam.

Kita melihatkan pemergian seorang pejuang keadilan yang membela kebajikan rakyat ini disambut dengan puluhan ribu rakyatnya hari ini. Seseorang yang banyak mencurahkan jasa dan berkorban buat orang lain, pastilah akan terus dikenang akan jasa-jasanya sehingga keakhir hayatnya. Namanya akan terus disebut dan diingati oleh setiap lapisan masyarakatnya kelak.



Buat Pejuang Islam

Kita bukan pencari nama,
Kita juga bukan pencari pujian,
Jauh sekali untuk mencari pangkat dan harta,

Andai diri ini pergi suatu ketika,
Kita tidak minta untuk disambut sebegitu rupa,
Kerana yang kita harapkan bukanlah disini sahaja,
Kelak disana yang lebih utama,

Hidup ini hanyalah berkelana,
Bersinggah untuk mencari bekalan,
Kerana perjalanan seterusnya terlebih panjang,
Justeru persiapan demi persiapan kena dikemaskan.

Kita juga inginkan kebahagian,
Kemewahan dan keseronokan,
Namun apabila agama diletakkan dihadapan,
Terpandu arah, mana yang perlu didahulukan.

Manusia pergi meninggalkan nama,
Harimau pergi meninggalkan belang,
Nama yang mana yang ingin kita tinggalkan,
Sebagai pejuang atau tembelang?

Hari itu suatu yang pasti,
Dikembalikan kepada Sang Pencipta,
Tiadalah yang lebih dinanti,
KeredhaanMu & keampunanMu jua..

Allah Matlamat Kami,
Rasulullah Ikutan Kami,
Al-Quran Pedoman Hidup Kami,
Jihad Adalah Jalan Juang Kami,
Shahid DiJalan Allah adalah, Cita-cita Kami Tertinggi…


Nukilku buat mu…

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.29 pm,
13 Syaaban 1430H
3 Ogos 2009
Tanjong Malim, Perak.

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008