Saturday, August 15, 2009

Doa H1N1 Yang Syirik

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian tentang doa yang mengandungi unsur-unsur syirik yang dikatakan sesuai dibaca waktu H1N1.

Saya menasihatkat kepada mereka yang telah terlanjur memforwardkan doa ini untuk menghantar posting ini kepada orang-orang yang telah diforward doa yang boleh membawa kepada syirik tersebut.

Doa tersebut ialah ini:

http://al-fikrah.net/web_data/uploads/doa-h1n1-syiah-ke.png

Doa tersebut selah-olah menyatakan bahawa kerana lima orang ini -Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, Fatimah Radiallhu 'anha, serta Hasan dan Husain- maka Allah memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.

Kenyataan ini adalah penipuan ke atas nama Allah. Jika benar Allah menghilangkan kesan penyakit berjangkit kerana lima insan mulia ini:

a) Sila datangkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang hal ini.

b) Pereka doa ini, serta penyebarnya telah menipu menggunakan nama Allah. Ini kerana tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang mana Allah menyatakan Ia akan mengurangkan penyakit berjangkit kerana lima insan ini.

c) Bercakap tentang Allah Tabaraka Wa Taala tanpa dalil adalah satu pembohongan dan pendustaan. Apakah tok shaikh yang mereka doa ini menyangka beliau adalah Rasul yang menerima wahyu, lalu Allah memberitahu beliau?

Nasihat saya: Sebarkan posting di atas demi memurnikan akidah umat Islam daripada dinodai kesesatan dan penyelewengan akidah. Sesungguhnya dosa apakah yang lebih besar daripada syirik dan bercakap tentang Allah tanpa bersandarkan dalil?

Bertaubatlah kita semua seandainya kita telah mem forward doa yang merosakkan akidah ini.

Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wassalam telah mengajar banyak doa untuk kita.

Antara doa yang sesuai dibaca ialah:

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

sumber: http://lobaitampin.blogspot.com/

2 comments:

cikgu_eya said...

Bismillah....

Ana rasa, tg perlu kaji perkara neh dengan lebih mendalam. Ana tidak lah mengatakan dengan menyiarkan artikel lain untuk rujukan bersama itu salah tapi, ada beberapa pendapat yang pernah ana baca mengenai perkara ini. Jadi, mungkin tg boleh buat kajian lanjutan tentang isu ini di beberapa artikel dan blog sahabat-sahabat. Terutamanya pendapat ustaz2 yang hebat ... ^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam, ana nampak kerasionalan hujah yg diberikan. kalu nti pernah jumpa pendapat mengenai perkara ini, bleh utarakan disini. kita lihat hujahnya camne.

Template by - Abdul Munir - 2008