Monday, August 31, 2009

Si Kecil Yang Bertudung

“budak kecil ini, kalau dipakaikan tudung, cantik sangat” ujarku kepada seorang sahabat dalam YM pagi tadi.


Semalam, seusai sahaja satu program dipantai Rantau Abang, aku mengambil peluang menghirup udara bayu darat sambil hati berzikir melihat kebesaran penciptaan Allah yang sedang terdampar didepan mata.

Langit yang membiru berserta awan kolumunimbus, biru kehijauan air lautnya yang menjernih, angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, kehalusan pasir pantai dan kehadiran pepohonan kelapa melengkapkan keindahan penciptaan Allah ini.

Dalam keasyikan menghayati panorama laut yang sungguh mengagumkan jiwa ini, hadir seorang gadis kecil menenggelamkan lamunan dan zikir hati yang sedang bertaut. Kejernihan wajah sekecil tadi dengan penampilan bertudung beserta warna pink lembut baju dan tudung si cilik ini menyebabkan aku beralih tumpuan.

“sungguh comel budak ini, semoga budak ini menjadi seorang solehah bila besar kelak” pujianku tidak luput daripada berdoa memohon kepada Sang Pencipta.

merenung masa depan

Tudung

Zaman melenium ini melihatkan para remaja sekarang kebanyakan bertudung. Zaman sekolah telah mendidik mereka untuk memakai tudung. Mereka dididik bertudung semenjak memasuki alam pra-sekolah lagi. Meneruskan pengajian diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah, alam matrikulasi dan universiti, mengenakan tudung tidak pernah dilupakan.

Namun tidak dinafikan ada juga yang kecundang di salah satu peringkat pengajian tersebut. Selain itu, perubahan demi perubahan kepada style tudung sering berlaku dari masa ke masa. Bermula tudung labuh, mereka yang bersekolah agama bertukar kepada kepada tudung tiga segi, kemudian bertukar kepada tudung bawal apabila masuk universiti. Keluar sahaja daripada universiti, pelbagai tudung dicuba dan menjadi pilihan masing-masing setelah merasakan jenis tudung itu yang paling sesuai dengan diri dan dirasakan paling cantik untuk dipertontonkan. Tudung wahida, tudung arini, tudung ikin dan tudung yuna silih berganti dicuba. Pengakhiran kepada semua tudung ini, ditinggalkan semua justeru menjadilah mereka free hair.

“saya teringat tahun 1962 dahulu, ada seorang pensyarah yang dipecat oleh pihak universiti semata-mata kerana mempertahankan tudung tiga segi beliau”
“zaman itu rata-rata masyarakat memakai tudung lilit tetapi pensyarah ini sedikit kelainan dengan memakai tudung sedemikian, justeru membawa kelainan kepada persekitaran semasa pada masa itu.” Ujar seorang ustaz dalam membicarakan persoalan tudung.

“zaman dahulu, seorang sanggup dipecat semata kerana mempertahankan tudung beliau, tetapi budak-budak sekarang tidak segan silu untuk membuat maksiat hatta dengan bertudung” jelas beliau lagi.





Syariat, Peraturan dan Fesyen

Selain mengikuti fesyen tudung terkini, tidak kurang ramai yang memakai tudung hanya ditempat-tempat pengajian mereka. sebaik sahaja balik daripada tempat pengajian atau sekolah mereka, terus ditinggalkan penerapan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah dan pihak pengajian tersebut. Mereka memakai tudung seolah kerana peraturan yang memaksa.

Kadang terasa kehairanan dengan pemakaian tudung ini, apa sebenarnya yang dirasakan oleh golongan hawa ini ketika mengenakan penutupan kepada salah satu bahagian cantik mereka. Adakah mereka merasakan rugi kerana tidak dapat menonjolkan kecantikan tersebut? Adakah mereka mereka merasakan tudung ini sebagai hanya suatu peraturan yang perlu dipatuhi? Atau adakah mereka merasakan memakai tudung ini kerana ramai yang memakainya?

Bagaimana penegasan syariat kepada tuntutan bertudung ini?

“…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; (al-Nur, 31)

Sabda Rasulullah :
“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Anis, bermain air pantai


Ajarilah Mereka

Hari ini pelbagai tudung telah banyak dijual dan tidak hanya terhad kepada wanita dewasa sahaja. Pelbagai tudung kecil untuk kanak dijual merata dikedai. Gelombang tudung kanak-kanak ini yang dibawa daripada Indonesia memberikan impak yang sangat besar kepada penerapan pemakaian Islam diMalaysia ini. Tudung nabila(mutiara hati) menjadi pilihan kanak-kanak dan tidak ketinggalan mereka yang dewasa kerana mudahnya untuk ia disarungkan.

Ajarilah kanak-kanak kecil dengan bertudung semenjak kecil lagi. Berilah pengetahuan dan tanamkan kefahaman kepada mereka kenapa mereka dituntut untuk memakai tudung. Jauh dimasa depan kelak, mereka tidak akan meninggalkan penerapan yang telah lama diperkukuhkan dalam sanubari dan penampilan mereka. Itulah yang kita mahukan.

Bersama Anis


“kuimpikan seorang anak secomel ini, akan kudidik dia dengan akhlak Islam. Indah luaran dan indah dalaman. Cantik lahiriah dan cantik rohaniah” bisik hati melihat Anis yang berumur 5 tahun ini comel bertudung.



Yang Memikir Masalah Ummat,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.25pm
9 Ramadhan 1430H

30 Ogos 2009
Bandar, Kuala Terengganu.


Maklumat lanjut kepada syariat bertudung ini boleh layari disini: http://idrisahmad.wordpress.com. Dalil Al-Quran dan hadis beserta penjelasan diterangkan dengan amat baik oleh Ust Idris Ahmad. Semoga antara kita mendapat kefahaman dan petunjuk daripadaNya.

5 comments:

NurQaseh_Zaimah said...

InsyaAllah, doakan yg terbaik tuk adik anis.. nanti bile sy jadik cikgu prasekolah, sy nak galakkn anak murid sy pakai tudung cm adik anis.. tanam minat mrk.. mesti comeyy.. =)

tashazameri said...

comel =)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah, besar peranan guru ni. kalau nurqaseh_zaimah dah didik awal2 lagi adik2 pelajar ni, nt ana mengajar biologi, takde la susah sangat n takde la masalah disiplin pelajar ni.

Erm tasha..comel sangat.

cikgu_eya said...

Salam...

Kanak-kanak itu sangat comell... ^^

Aiseh~

cikgu bio, kan... kolumunimbus... haha

Situasi pensyarah tadi, juga berlaku hari ini. Tapi, diskriminasi berlaku ke atas penggunaan niqob. Seseorang yang memakai niqob, diberi tanggapan dan telahan negatif. Pemakaian berasaskan parti.. Apakah?

Sedang hukum niqob itu juga adalah sunat, malah boleh jatuh ke hukum wajib ke atas seseorang...

Semoga manusia berubah, ke arah yang lebih baik...


Yang bertindak demi umat... ^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Mge diberkati..

Template by - Abdul Munir - 2008