"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan." - Berita Harian-Ogos,14
Salam takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga Ust Asri. Smoga tabah menghadapi ujian ini. Ingatlah kita semua bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Hidup didunia ini amat singkat berbanding akhirat dan disana juga kita akan ditanya berkenaan apa yang kita lakukan didunia ini. Justeru kerana kita akan dimatikan, dihidupkan kembali dan disoal kelak, maka beringat-ingatlah kita akan setiap langkah kita didunia ini. No more turning back after that and it is for sure happen..Suatu Yang Pasti...
Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
5.14 am
23 Syaaban 1430H
14 Ogos 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu.
3 comments:
sedeyh dengan pemergian ustaz asri...nasyid anak soleh dendangan rabbani smp skrg jd my fave.... masa tunjukkan video klip tu kat my lil bro, ame...dia nanges..hu3
em..Ust banyak memberi sumbangan melalui suara dan lisan beliau. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa orang kenang, pemergian beliau mmg akan terasa.
Cuma, saya terfikir esok lusa saya pergi, org tahu ke saya dah tiada lagi kat dunia ni?
Menginsafi diri
sedeyh jugak..... =(
Post a Comment