"GUA MUSANG 9 Ogos - Seorang lelaki ditemui mati setelah bertindak kejam - memperkosa, menikam dan kemudian menyimbah asid untuk membunuh anak tirinya di sebuah ladang getah dekat sini hari ini.
Kerana terlalu takut perbuatannya terbongkar, lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai meminum asid. Mayatnya kemudiannya ditemui oleh penduduk kampung.
Gadis malang berusia 15 tahun itu kini kritikal. Dia dirawat di Hospital Kuala Krai sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini lewat petang ini"
Jenayah Yang Tidak Diterlepaskan
Antara berita yang tak mungkin terlepas untuk disiarkan pada setiap hari. berita mengenai kematian, pencabulan , rogol dan gangguan seksual kini dilihatkan semakin serius dengan kejadian yang berlaku tanpa tertinggal walau satu hari. Namun kes yang disiarkan hanyalah kes yang telah dilaporkan dan jumlah sebenar kes yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu.
Pemimpin bercakap mengenai ingin menurunkan kadar jenayah sebanyak 20 peratus. Namun tanpa mereka sedari mereka jugalah yang menjadi faktor kepada berlakunya jenayah hari ini. Apa tidaknya, program hiburan yang dianjurkan semakin menjadi-jadi. Siapakah yang meluluskan ini semua? kelulusan yang begitu mudah, bahkan diberi penghormatan dan bantuan kewangan mungkin.
"kita berbangga dengan usaha yang kita lakukan dalam empat hari ini, kadar kes jenayah dikawasan panas yang kita telah kenal pasti telah pun berkurangan. Kita akan teruskan usaha ini dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana penjenayah" kata seorang inspektor apabila ditemurammah oleh pemberita semalam.
Saya melihat perkara ini tidak akan berkesudahan. Yang menjadi kerahan adalah polis, namun pada masa yang sama faktor kepada terjadinya jenayah terus diberikan ruang.
Konsert Pesta Konvokesyen
Saya cukup kecewa dengan MPP UPSI yang membenarkan konsert konvokesyen terus dicemari dengan kehadiran artis popular, jacklyn victor n faizal tahir. Saya tidak menampakkan adanya manfaat dengan kehadiran mereka melainkan hanya untuk menghiburkan dan melalaikan para bakal guru dan keluarga mereka serta penduduk sekitar tanjong malim yang hadir. Beberapa pihak telah banyak kali mengutarakan perkara ini namun mereka(MT MPP) tetap juga meneruskan konsert ini yang mungkin telah sebati dengan jiwa mereka. jika tiada konsert maka pesta konvokesyen dirasakan tidak memberi apa-apa makna.
Pada pesta konvokesyen yang lepas, beberapa pihak dan individu perseorangan telah tampil bagi menyatakan ketidaksetujuan berkenaan konsert DIGI yang akan dianjurkan pada ketika itu. Tuntas, Timbalan Naib Cancelor(TNC) memberi jaminan untuk menjaga pergaulan mahasiswa yang hadir dengan mengasingkan tempat laki-laki dan perempuan. Terdapat pesanan dan peringatan tertampal pada beberapa pokok disekitar pentas utama menyatakan untuk menjaga pergaulan dan kelakuan mereka diperhatikan. Didapati juga beberapa orang ditugaskan untuk meronda bagi memastikan suasana konsert pada malam tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada perkara sumbang dilakukan oleh bakal guru dan kehadiran individu yang membantah juga dikenal pasti. Saya menampakkan usaha untuk mencegahnya berlaku sesuatu perkara buruk iaitu pergalan bebas antara mahasiswa dan mahasiswi telah dilakukan pada ketika itu. Namun alangkah baiknya sekiranya, ruang untuk berlakunya perkara tersebut terus dihalang maka pencegahannya tidak perlu dibimbangi lagi.
Saya amat tertarik untuk berkongsi dengan pembaca mengenai satu konsert nasyid yang dianjurkan oleh NGO GAMIS dengan kerjasama dengan beberapas syarikat dan badan kerajaan pada 1 Ogos lepas. Konsert yang diadakan ini boleh saya katakana ia bukan sekadar konsert yang rata-rata masyarakat faham iaitu disertakan dengan nyanyian semata. Konsert yang bertajuk “Konsert Antara Dunia” yang menampilkan beberapa kumpulan nasyid popular tempatan dan artis luar Negara daripada Indonesia dan Arab Saudi ini memberikan pengisian rohani dengan mengetengahkan pesanan dan peringatan berkenaan perjalanan alam yang manusia tempuhi bermula dengan alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Inilah yang dikatakan hiburan mendidik jiwa..
Iktibar dan Kata-kata Tuhan
Perkara yang sama berulang kembali. Hal ini jelas menampakkan MPP UPSI yang menyokong kepada konsert ini tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada pesta konvokesyen yang lepas dan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini yang antara punca utamanya adalah hiburan yang disajikan kepada umum.
Saya belum bercakap mengenai bala yang Allah turunkan kepada kita semua sekarang. Selsema babi H1N1 yang begitu dikuatiri oleh segenap lapisan masyarakat masih tiada jalan penyelesaian lagi. Dalam pada masa masyarakat melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin bagi memohon dihindari diri dan keluarga daripada bala ini, Pihak UPSI pula mencemarkan usaha mereka ini.
Saya juga belum berbicara mengenai penghujung Syaaban dan kedatangan Ramadhan yang tidak sampai dua minggu lagi. Umat Islam disarankan untuk persiapkan diri dengan perbanyakkan amalan sunat dan amal ibadat lain agar mereka melangkah ke bulan yang penuh berkat nanti dengan hati yang sejahtera dan bersih. Namun, Pihak UPSI tidak merasai perkara ini dan masih meluluskan perkara yang menjadi sensitiviti umat Islam sekarang.
Sekali lagi saya mengingatkan bahawa jenayah yang berlaku pada hari ini tidak lain adalah disebabkan sajian hiburan yang melampau oleh pihak pemerintah sekarang. Usahlah berusaha untuk mencegahnya jika pada masa yang sama punca kepada berlakunya jenayah tersebut terus kamu benarkan..Kesannya dapat kita lihat kini…
Bakal Graduan Kecewa,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.12pm
19 Syaaban 1430H,
10 Ogos 2009
Tanjong Malim, Perak
3 comments:
Bismillah...
Sekadar cadangan... mungkin lebih drmatik kalau tg boleh kaitkan bagaimana susana hedonisme itu menggalakkan gejala2 tidak sehat seperti rompak, bunuh, rogol dan sebagainya... Perkaitan yang jelas, mungkin... ^^
syukran atas cadangan. ana cadangkan pembaca membaca entry daripada tulisan sahabat ana yang melihat budaya hedonisme dengan mengambil kira pandangan cendekiawan & intelektual..
oohhh.... fathi? Ana dah baca. Menarik ulasan beliau. maka, ana akan cuba ulas dari sudut yang lain pula, InsyaAllah... dalam usaha
Post a Comment