“Saya kecewa dengan arahan itu dan terkejut kerana saya sudah mempersiapkan mental dan fizikal bagi menjalani hukuman, tetapi hari ini (semalam) saya diberitahu hukuman itu tidak dapat dijalankan”
Inilah ungkapan yang diungkapkan oleh Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 selepas mendapat makluman hukuman sebatan yang patut dijalankan keatas beliau ditangguhkan.
Saya melihat hikmah kejadian ini dalam dua sudut yang berbeza. Hikmah sebenar atas kejadian ini hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Alasan Menghormati Ramadhan
Saya melihatkan alasan penangguhan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) adalah tidak tepat.
“sepatutnya bulan ramadhan ni la nak laksanakan hukuman, ambil berkat ramadhan” ujarku spontan kepada rakan-rakan ketika membicarakan alasan rapuh yang dinyatakan bagi menutup kenapa ia ditangguhkan.
Ramadhan ini sangat berkat sebagaimana sabda Rasulullah :
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).
Hal yang sama disokong oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Beliau berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah.
"Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan.
"Alasan yang dikemukakan cukup rapuh, saya fikir ada pihak berasa serba salah untuk melaksanakannya, sedangkan pesalah terbabit sendiri sedia menjalani hukuman ini, malah mahu ia dilaksanakan secepat mungkin," kata beliau lagi.
Hukuman sebat di Malaysia, tidak mengikut Syariatkah?
Hikmah utama yang saya lihat melalui peristiwa yang hangat diperkatakan orang sekarang adalah, Allah ingin membuka mata semua pihak agar melihat kembali hukuman dan perundangan yang dijalankan di Malaysia ini. Kita jelas bahawa undang-undang dan hukuman yang dijalankan di Malaysia ini adalah tidak mengikut sebagaimana yang diperintahkan Allah. Perintah Allah yang jelas berkenaan dengan hudud, bukan sahaja tidak dilaksanakan bahkan mereka(pemimpin) menentang pula golongan yang ingin melaksanakan perintah Allah ini.
Bersama ini saya lampirkan satu videoclip hukuman sebatan yang dijalankan oleh mahkamah sivil, sungguh kejam dan sangat berbeda sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
HUKUMAN SEBATAN MENGIKUT SYARIAT
Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.
Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?
Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.
Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.
Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
Penegak Hukum ALLAH,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.29am
8 Ramadhan 1430H
30 Ogos 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu
2 comments:
Salam. Syukran jazilan deh. terlalu banyak info ana dapat setiap kali berkungjung ke sini. Semoga ALLAH terus permudahkan anta tuk sebarkan apa sahaja pasal ISLAM.
Salam. JazakAllah sudi berkunjung. Kehidupan itu suatu perkongsian..
Post a Comment