Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah puasa

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh
keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar ber
puasa
pada bulan itu.”
­- Hadis riwayat Imam Ahmad


2. Bulan diturunkan Al-Quran

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana
diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

– Surah al-Baqarah: 185


3. Pintu syurga terbuka luas

“Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga
akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat ( Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA ) terbuka luas.

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


5. Pintu Langit Terbuka Luas.

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” – Hadis riwayat
al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka
dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.”

– Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.



7. Syaitan Dan Jin Dirantai.

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-
syaitan dan jin yang derhaka.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.


8. Terdapatnya Malam Lalilatul Qadar

Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

– Surah al-Qadr: 1-5.

Hadis nabi riwayat Abu Hurairah ra yang menyebut mengenai fadhilat berpuasa iaitu antaranya baginda bersabda dengan bermaksud : “…bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi.” (hadis sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151)
Sabda Rasulullah s.a.w:

((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008