Wednesday, October 7, 2009

Posting, Suatu Yang Sangat Mereka Risaukan. Aku Bagaimana?

"Tg, dapat mana posting?"
Tanya seorang sahabat kepada saya. Soalan sebegini merupakan soalan lazim dan utama yang ditanya pada tiap kali bersua, bersms atau membuat panggilan telefon kepada kawan-kawan sekampus, UPSI.

"Surat belum dapat lagi, insyaAllah mana yang terbaik"
Jawab saya kepada soalan yang merupakan pembuka bicara warga UPSI kepada kami golongan yang bakal dipostingkan.

Posting
Istilah posting sangat famous dikalangan para guru dan bakal guru namun istilah ini masih merupakan istilah asing kepada mereka yang mengambil jurusan lain selain daripada pendidikan. Posting atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai penempatan, memberi erti ditetapkan satu penempatan bagi guru yang baru tamat belajar untuk memasuki sekolah-sekolah.

Sabah atau Sarawak
Dalam makluman terbaru, ramai juga antara kawan-kawan saya yang dipostingkan di Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja mereka yang daripada jabatan Biologi sahaja yang ramai kesana, tidak kurang ramai mereka yang daripada jabatan kimia, fizik dan matematik. Kesemua jabatan ini adalah jabatan dibawah Fakulti Sains dan Teknologi(FST).

Mak saya agak kecewa bilamana saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya tidak meminta negeri Terengganu dalam dua pilihan negeri yang diberikan. Sebaliknya memilih Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sebagai pilihan hati. Namun hati beliau berbunga kembali tatkala saya memaklumkan bahawa mereka yang memohon untuk bersekolah dinegeri asal terutama Terengganu dan Kelantan, telah ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Keadaan sebegini telah saya jangkakan kerana mengikut perkiraan dan pengamatan penempatan lepas, penempatan guru baru dikedua buah negeri ini amat sukar kerana lambakan para guru yang ada. Mereka yang telah sekian lama memohon untuk ditukarkan untuk pulang ke negeri halaman masih tidak diterima, inikan pula mereka yang baru sahaja keluar kampus.

Aku Bagaimana
Bagi saya, tidaklah menjadi suatu bebanan yang besar jika dipostingkan di Sabah dan Sarawak juga sebagaimana kawan-kawan ramai. Guru-guru semasa praktikal dulu sering menyatakan bahawa zaman bujang dan muda inilah masanya untuk mengembara dan berkelana dinegeri orang. Kata mereka lagi, bilamana sudah berkahwin dan beranak pinak nanti tiada lagi peluang sebegini. Masing-masing dah kembali duduk dikampung halaman.

Walaubagaimana pun, tidak dinafikan jauh disudut hati saya, keinginan untuk diposting dinegeri sendiri itu ada dan saya punyai sebab yang tersendiri dalam hal ini. Satu sebab utama ia merupakan kehendak orang yang tersayang, mak, untuk melihat anakandanya berada berdekatan dengan beliau. Dalam keluarga saya, tiada lagi adik beradik yang bekerja berjauhan. Kesemua adik beradik saya kini telah dapat dikumpulkan bersama di satu kampung setelah saya dan adik,UKM telah menamatkan pengajian pada pertengahan tahun yang lalu. Mungkin juga pengalaman kakak yang mengajar di Johor selama 4tahun disana sebelum dapat ditukarkan di Terengganu pada awal tahun lepas, membuatkan mak begitu cakna hal ini kepada anak teruna bongsu beliau ini.

Mak yang telah mengjangkau usia 64 tahun pada tahun ini, membuatkan saya berfikir dua kali untuk berada berjauhan dengan beliau. Anak yang baik, senantiasa mencari peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Dan peluang ini sekarang, masih saya punyai tetapi hanya kepada ibu tercinta. Dalam kesedaran usia lanjut beliau ini, setiap saat bersama terasakan sangat berharga. Bukan menidakkan ajal maut itu tidak mengenal usia, namun lumrah kehidupan yang tua akan lebih menghampiri. Walau sesiapa pun yang pergi dahulu, saat-saat berada berdekatan ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam memberi khidmat terbaik.

Namun ketentuannya menentukan segala-galanya dan yang saya mengharapkan adalah yang terbaik buat diri, keluarga dan agamaNya. Sabah, Sarawak atau Semenanjung, hikmah disebalik tiap ketentuan Allah sangat luas. KepadaNya jua jiwa ini diserahkan..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah,216

Permasalahan Posting
UPSI pernah suatu ketika dahulu punyai masalah berkaitan dengan isu posting ini yang mengakibatkan mereka yang sudah tamat belajar di UPSI terpaksa menunggu untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah dalam tempoh yang agak lama. Ada yang mencecah melebihi setahun. Isu ini timbul tatkala dikatakan mereka yang mengambil bidang pendidikan di Universiti-universiti sebagai anak tiri kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi bapa kepada bidang pendidikan ini. Namun pengasingan dan pemisahan dua kementerian ini telah dapat diselesaikan apabila dua mata daripada kedua-dua belah pihak bertemu dan mencapai kata sepakat.

Namun, permasalahan ini timbul kembali tetapi dengan alasan yang berbeza dan pada saya tidak relevan. Mereka yang bakal ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan dikhabarkan akan dibekukan buat sementara waktu atas alasan masalah kewangan yang ditanggung kerajaan. Suatu alasan yang tidak jelas dan hambar bunyinya. Apakah kerajaan sekarang sudah tidak berduit? Kemana perginya peruntukan kepada tabung pendidikan negara? Usah memberikan jawapan ianya dibelanjakan bagi kegunaan Pilihanraya Kecil yang sering berlaku dalam sesi pemerintahan kali ini.

Justeru sekarang kecoh seluruh kampus dengan perkhabaran ini. Masing-masing memberikan padangan dan komentar tersendiri berhubung isu ini. Menteri dan TNC mulai gelisah melihat suasana yang tidak tenteram ini. Berikut adalah kenyataan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa yang menjelaskan kenyataan beliau tempoh hari dalam e-mel yang dikirimkan ke upsikini@gmail.com.Berhubung dengan perkara ini, saya mengingatkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar tidak bermain tarik tali dalam isu ini. Isu pendidikan dan modal insan ini bukanlah satu kos tetapi ia merupakan satu pelaburan masa depan yang besar yang bakal menyumbangkan kepada jatuh bangunnya sesebuah negara dan bangsa. Saya mengharapkan pihak yang berkenaan akan tampil menyatakan keadaan sebenar, meredakan suasana dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi permasalahan ini. Semoga bidang pendidikan terus maju dalam memacu era kebangkitan negara.


Yang Bakal Dipostingkan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.46am
18 Syawal 1430H
8 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.


10 comments:

ummu said...

salam
semoga saudara dapat posting segera,amin.
Ya Allah walau di mana tempat sujud kami berada, engkau berkatilah kami Ya Allah"

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam. JazakAllah kak atas doa akak itu. InsyaAllah kepadanNya jua saya letakkan pengharapan, kebergantungan dan tawakkal saya. Dia lebih mengetahui yang terbaik buat diri ini.

Insan dalam Penantian,
Tg

cikgu_eya said...

Bismillah....

Masalah ini jika diteruskan, bakal meruntuhkan institusi pendidikan negara diperingkat rendah lagi.

'Bermain tarik tali'

Mungkin berpunca daripada gelombang besar yang berlaku baru-baru ini, di UPSI...

Semoga pihak berwajib tidak memperjudikan nasib pendidikan masyarakat madani kami... ameen

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

'gelombang besar'? yang berlaku di UPSI..

Apa maksudnya? ana tak faham...boleh jelaskan.

ummie azila said...

Assalammualaikum TG,
sEMOGA tercapai apa yang dihajati.Niat yg suci dan ikhlas terutama terhadap kedua org tua InsyaAllah Allah akan bantu.Selagi ianya belum berlaku kita boleh berdoa, dan setelah ianya berlaku kita terima dgn penuh redha dan sabar. SEMOGA JADI ANAK YG SOLEH!

kITA MMG SENTIASA DLM PENANTIAN ...dan SEMOGA dlm setiap penantian penuh pengharapan/PERGANTUNGAN kpd ALLAH
dan USAHA YG GIGIH.maaf zahir & bathin.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

JazakAllah ummie. InsyaAllah jadi anak yg soleh..

cikgu_eya said...

Bismillah...

Ini sekadar pendapat ana. Perubahan kepimpinan dan suara mahasiswa yang semakin menggegarkan di UPSI (sejak PRK tahun ke-4 ana di sana) mungkin antara faktor berlakunya genjatan seperti ini. Mungkin 'khabar' yang penangguhan posting itu bertujuan untuk meredakan suara yang berjaya menggegar dunia pendidikan itu...

Pandangan seorang pemerhati... ^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

btol juga pandangan nti itu. ana juga nampak ia seakan suatu isyarat yang ingin ditunjukkan oleh sipemerintah, mereka sebenarnya berkuasa, usah cabari mereka.

walau bagaimana, perubahan akan tetap wujud. golongan angkuh tidak akan selamanya berada diatas, mereka pasti jatuh suatu hari nanti..

Doa para mukmin senantiasa dipanjat..

Islam Memimpin Perubahan,
Tg

cikgu_eya said...

ohh.... ada seorang sahabat ana yang mempunyai pendapat yang berbeza. Apabila golongan yang zalim menjadi pemerintah, beliau menempelak rakyat..

Maka ana bertanya, salah rakyatkah jika pemerintah yang bersifat zalim?

Ya, katanya. Kerna Allah telah berjanji, masyarakat yang menolak hukumNya, akan Allah menghantar bala dunia. Antara balanya ialah, berkuasanya pemerintah yang kejam, urusan ilmu tidak dipegang oleh orang alim, juga dicabutnya ilmu dari dada-dada masyarakat dengan mematikan para ulama'

Maka, situasi itu telah wujud. Apa puncanya? Masyarakat yang menolak hukum. Maka, salah siapa? Masyarakat yang menjadi punca...

Sahabat ana mencadangkan...
Perkara yang paling utama ialah pengislahan diri dan keluarga, secara langsungnya turut berlaku proses pengislahan maysrakat. Pabila masyarakat sudah melazimkan hukum Allah, akan Allah berkati kita dengan dinaikkan pemerintah yang adil..

Itu hasil muzakarah ana dengan sahabat tersebut... ^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Jika begitulah kaedah yang dipakai, maka Rasulullah tidak akan berlengah untuk memegang tampuk pemerintahan. Buat amal baik, jangan peduli mereka yang melakukan kezaliman..

namun ia tidak seperti itu, amar makruf dan nafi mungkar kene seimbang.

semacam tabligh, tiada dikenakan sekatan apa2 kerana mereka tidak menggangu sang berkuasa, hanya menyeru rakyat untuk buat amal soleh.

Islam tidak memisahkan politik & kehidupan,

Tg

Template by - Abdul Munir - 2008