Tuesday, October 13, 2009

Bakal Bermastautin di Negeri 9


“860221-xx-xxxx"

Nombor kad pengenalan ditulis pada semakan penempatan Guru Sandaran Terlatih dilaman portal carian Kementerian Pelajaran Malaysia yang beralamat http://apps.emoe.gov.my/spg.


paparan yang terkeluar dilihat:

Alhamdulillah, kata-kata pertama keluar daripada mulut ini. Syukur atas apa yang saya lihat ini. Negeri Sembilan merupakan pilihan saya yang pertama untuk penempatan mengajar nanti. Pilihan kedua pula adalah Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan
Suatu ketika dulu saya pernah bermastautin di Negeri Sembilan. Menyambung pelajaran diperingkat matrikulasi, saya telah ditempatkan diKolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) selama setahun. Dan kini, insyaAllah sekali lagi permastautinan bakal dilakukan di negeri ini. Cuma daerah spesifiknya belum lagi saya ketahui..

Dalam bakal melakukan permastautinan selama hampir 4 tahun atau lebih ini, saya terus mengkaji budaya, adat,taraf ekonomi dan populasi masyarakat dinegeri ini. Tidak lupa untuk saya mengetahui berkenaan dengan geografi dan pengetahuan am berkenaan negeri sembilan ini.


Pembacaan yang dibuat ini adalah bagi memastikan saya arif dengan budaya setempat dan dapat berdepan dengan para pelajar kelak dengan ilmu pengetahuan yang mereka sedia ada. Sesungguhnya amat penting untuk seseorang itu mengetahui budaya dan hal-hal setempat bagi mereka yang baru kepada tempat tersebut kerana mereka yang bertandang dengan ilmu yang kosong bakal melakukan kesilapan tanpa mereka sedari. Mungkin ditempat mereka itu, ia suatu kebiasaan namun berbeda ditempat baru ini. Pepatah melayu ada menyebut, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Sangat dibimbangi andai dikandang harimau juga ia mengembek seperti yang selalu dilakukan dikandang kambing suatu ketika dahulu, tanpa ia menyedari ia telah pun berada dikandang harimau. Akibatnya, tanpa melepaskan peluang yang berada didepan, terus sahaja harimau tersebut menerkam ia. Jadilah ia kambing hitam dengan kejahilan dan kealpaannya itu..

Bermulanya Era Pekerjaan Sebenar
27 Oktober 2009 bakal menjadi suatu tarikh keramat dalam diari hidup ini. Tarikh yang menandakan Bermulanya Era Pekerjaan Saya Sebenar. Seorang Guru Biologi bakal melangkah kaki dengan membawa misi yang tersendiri melalui petunjuk Ilahi. Misi besar sebesar amanah yang dipikul sebagai seorang khalifah dibumi ini. Tugas besar dalam mendidik dan membimbing mereka mencapai kejayaan, tidak hanya didunia sementara tetapi jua kejayaan hakiki diakhirat sana.

"Yang paling penting, anak-anak kena banyak bersabar. Banyak cabaran yang anak-anak akan hadapi nanti"


pesan makcik Azilah kepada saya dan beberapa orang lagi rakan sewaktu kami mula-mula dialam praktikum diHutan Melintang pada awal bulan januari yang lepas. Pesanan ini saya rasakan cukup bermakna kerana selama 4bulan dialam praktikum yang lepas, kesabaran ini cukup teruji. Banyak cerita yang saya dengari daripada kawan-kawan. Masing-masing dengan pengalaman mereka yang tersendiri. Karenah pelajar suatu yang sangat subjektif, tidak mampu untuk dijelaskan sepatah dua. Merubahnya, bukan suatu yang mudah. Justeru, pesanan itu saya pegang..

Pengharapan

Walaupun sudah mengetahui negeri untuk dipostingkan, namun sekolah mana yang bakal kaki ini menjejaki belum dapat dipastikan lagi. Sangat mendebarkan. Saya amat berharap untuk dapat mengajar disekolah agama kerana pada tanggapan saya cabarannya kurang sedikit berbanding dengan sekolah harian biasa. Suasana sekolah dan tingkahlaku pelajar lebih terjaga, fikiran saya mengamati sekolah agama saya dulu sebegitu. Walau bagaimanapun, kepadaNya jua pengharapan ini diletakkan. Allah lebih mengetahu yang terbaik buat diri. HikmahNya begitu luas, tak terjangkau oleh fikiran kita semua..



Yang Bakal Bermastautin di Negeri 9,


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

12.42 am

24 Syawal 1430H

13 Oktober 2009
Pasir Panjang,

Kuala Terengganu.





Bersama ini saya lampirkan sedikit maklumat yang saya cari berkenaan dengan Negeri 9 yang bakal saya bermastauitin kelak:

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan

Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson dan Nilai.

Negeri Sembilan terdiri daripada 9 luak iaitu :-

  • Jelebu
  • Inas
  • Johol
  • Rembau
  • Sungai Ujong
  • Tampin
  • Jempol
  • Ulu Muar
  • Gunung Pasir

Selain Seremban, bandar-bandar utama yang lain di Negeri Sembilan ialah Seri Menanti, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, dan Port Dickson

Kerajaan

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.

Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

11 comments:

Anonymous said...

salam perjuangan...

syukur alhamdulillah...

tahniah cikgu...

semoga menjadi guru biologi yang membawa misi tersendiri melalui petunjuk Ilahi

insyaAllah

pemelihara cahaya said...

ASSALAMMUALAIKUM...

Syukur dan Tahniah diucapkan.
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan ISLAM dan menjadi guru yang dapat mendidik anak bangsa ke jalan ISLAM.
SEMOGA ISLAM BERSINAR DENGAN BERCAHAYA DI BUMI INI.INSYAALLAH :)

ummie azilah said...

Assalammualaikum TG,
Tahniah dan bersyukur kerana apa yg dihajati tercapai .Terima kasih kepada ibu yg sentiasa mendoakan kebaikan utk anaknya apatah lagi anak lelaki bongsunya.
Di negeri mana kita berada kita sentiasa dlm naungan Allah dan t/j sama menjadi hamba Allah n Khalifah Allah.
Secara rasminya TG digelar guru, suatu amannah yg besar bukan kekayaan yg dicari tetapi mendidik dengan penuh ikhlas bagi melahirkan generasi yg berilmu,beramal mengikut syariat dan dpt berbuat baik kpd manusia & alam sejagat dlm rangka beribadah kpd Allah.
SEMOGA TG dpt menjdi guru yg disygi murid, disenangi rakan sejawat,yg dihormati oleh ibubapa dan yg dikasihi/diredhai oleh ALLAH.InsyaAllah.

Cikgu yg dilahirkan hasil doa ibu & guru-guru
cikgu Azilah

Sifu Mirza said...

salam TG...

alhamdulillah..
tahniah & syabas..

seremban adalah kampung saya..

selamat datang ke N9...

mudah-mudahan penerusan jihad saudara akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t...

insya Allah..

:-)

tashazameri said...

TG, congrats, dpt balik ke n9.hehe. tau TG dpt posting N9 dr zha. bagus la, ajar bio kat n9 nih.selamat menjadi cikgu!

Anonymous said...

Bukan sume org berjiwa guru..Sy kagum dgn semangat saudara...kalau tak dpt sekolah agama pun xpe rasanya...pelajar2 kat sekolah biasa sbnrnya lg kesian..mereka tiada 'guide' mcm pelajar sekolah agama...mgkn kehadiran saudara nnt boleh mentarbiyah mereka...InsyaAllah...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam perjuangan buat semua..

Terkejut dengan komen2 kalian. buat pertama kali begitu banyak komen untuk posting saya dalam masa yang singkat sahaja.

Saya mengira ia suatu permulaan alam pekerjaan yang baik dengan doa daripada kalian.

Banyak nasihat dan teguran serta tunjuk ajar masih diperlukan dalam saya memberikan cara yang terbaik untuk mendekati hati-hati anak murid saya nanti. Teguran dan tunjuk ajar kalian amat saya harapkan..

Mohon restu dan doa dari seorang bakal guru,

Tg

Ukhti Nazihah said...

Salam alaik, nak join mencelah, Mabruk alaik. Allah is the best planner=) sebenarnya lama dah berhajat nak ajak TG join Teacher's Training di Khalifah Institute. When you apply Khalifah Method (truly from our Prophet S.A.W) insyaAllah you will realize being a teacher is amazing!

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Thanks a lot nazihah. I got ur msg for da program, few times i thought. Sory for not participate any of them. thruly say that da program always not in suitable date for my diary..insyaAllah oneday, maybe we'll see in da same program..

Biology Teacher,

Tg

CheguFadh said...

salam..tahniah dpt N9..
entah2 dapat kat kmns..hehe

erm,rumah sye kat bahau & seremban..

kalau ada ape2 masalah psl n9 boleh cntct sye..no hp ade kan??

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah fadh..ada2..

Template by - Abdul Munir - 2008