“erm.. Tak sangka sampai begitu sekali daging burger diproses. Ada ke patut dikisarnya hidup-hidup seekor lembu”
Penyampaian Cenderamata Kepada Wakil HPA
Telah lama saya mengamati ekonomi umat Islam diMalaysia ini dan diseluruh negara dalam dunia secara makronya, namun jelas pada kita semua bahawa ekonomi dunia kini dikuasai oleh orang yahudi dan kaum kapitalis yang lain. Umat Islam agak terpinggir soal muamalat ini walaupun bilangannya merupakan yang kedua terbesar dalam berbanding umat agama-agama lain dan bakal menjadi ummat terbesar dalam beberapa tahun lagi mengikut bacaan kepesatan pertambahan mereka yang memeluk Islam di Eropah.
Usah kita berbicara mengenai secara global, cukup dengan kita melihat dinegara kita yang kita cintai ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan budaya serta agama yang berbeza. Namun ummat Islam merupakan kaum majoriti yang mendiami bumi Malaysia ini. Justeru boleh kita katakan ummat Islam negera kita merupakan ummat yang mempunyai kuasa membeli yang paling tinggi berbanding ummat beragama lain.
Namun kuasa membeli ini tidak memberikan pulangan yang tinggi kepada mereka bahkan ia disumbangkan secara menyeluruh kepada satu kaum yang dikenali sebagai kaum yang menguasai pasaran ekonomi negara dan berada dibandar-bandar. Kaum Cina yang dahulu dikenali sebagai pendatang yang dibawa oleh penjajah British kenegera ini untuk bekerja dilombong-lombong timah dan batu arang, namun kaum ini telah melakukan satu tranformasi atau rejuvenusi status yang sangat signifikan. Menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan merupakan satu identiti yang jelas kepada kaum mereka.
Bahkan kaum ini tidak segan silu untuk hanya menjadi peraih buah berangan ditepi jalan Genting Sempah sebelum menuju ke Genting Highland.
Merenung Keindahan Alam Penciptaan Allah
“kenapa kita kedai ini, jom pergi ke kedai melayu disebelah”
“kalau bukan kita yang membeli dikedai melayu ini, siapa lagi yang akan support kedai melayu ini”
"Fuh, bilakah mereka akan sedar? Besar dan banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan”
Bersama Merasa Nikmat Durian, Ukhuwwah diikat kemas
HPA, Peluang Menonjolkan Kekuatan Ummah
Mengenali HPA dengan lebih dekat, menimbulkan semangat juang yang tinggi dalam diri. Ia bukan sekadar sebuah syarikat perniagaan yang mengamal sistem mlm syariah yang memberikan keuntungan kepada pengguna, tetapi ia lebih kepada memperjuangkan ekonomi ummah dan menyediakan produk-produk halal kepada ummat Islam dinegara ini dan diluar kelak insyaAllah.
Justeru, saya menyeru kepada mereka-mereka yang diluar sana yang masih belum terlibat dengan HPA, dapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui rakan-rakan yang telah bersama dengannya. InsyaAllah tanggungjawab seorang muslim bukan sekadar menggunakan barangan halal tetapi juga menyeru kepada yang lain untuk beralih kepada barangan halal lagi baik.
Bersama Merubah Ekonomi Ummah,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
5.02pm,
5 Zulkaedah 1430H
25 Oktober 2009
Luqman's House,
Tanjong Malim, Perak.
5 comments:
Asalamualaikum Ustaz..ye HPA Salah satunya syarikat yang sangat meningkat waktu ini,tak sabar nak tunggu RFC di buka di Shah Alam:)..
Waalaikummusalam. Mengikut pemberi taklimat HPA baru-baru ini. HPA akan menjadikan bandar Sg Petani sebagai bandar HPA. Bandar kedua yang akan dimajukan sbg bandar HPA adalah di Shah Alam. Tahniah..
Bersama Membangunkan ekonomi Ummah,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
Bismillah....
Sungguh, penganut agama Islam makin tertinggal jauh dalam kepesatan pembangunan ekonomi. Agak kesal dengan situasi ini. Ana menyokong penuh terhadap dorongan kepada peniaga mahupun pengeluar Islam namun apa yang ana kesalkan, betapa ramai peniaga Islam yang tidak mengambil endah tentang beberapa faktor penting dalam urusan niaga.
Contohnya seperti kualiti bahan niaga, kualiti perkhidmatan, ketepatan masa, menunaikan janji, dan sebagainya. Berbeza dengan peniaga-peniaga bukan Islam yang sentiasa melaungkan slogan 'Customer are always right'
Ya, ana akui. Tidak semua yang mengenepikan keutamaan pelanggan namun, bilangan peniaga Islam yang mengutamakan pelanggan adalah amat sedikit (perkara ini terangkum dalam persekitaraan ana sendiri -penilaian peribadi semata-mata)
Semasa ana di tahun pertama di UPSI, ana pernah melawat pusat IKS Terengganu. Antara intipati ucapan salah seorang penceramah yang paling ana ingat;
'Orang Islam jarang mencuri peluang niaga. Pada masa ini, tiada lagi gudang sejuk beku makanan halal di Malaysia untuk bekalan pasaran dalaman. Namun, pihak kami baru menerima permohonan seorang peniaga bukan Islam untuk membuka gedung ini. Pihak bukan Islam lebih sensitif dengan isu orang Islam dan mengambil peluang ke atas sikap orang Islam sendiri'
Peluang direbut oleh manusia yang bifikir...
InsyaAllah, ana akan perkenalkan sebuah buku tidak lama lagi - Rahsia Bisnes Orang Cina.
Sebuah buku yang ana teringin juga untuk miliki - Rahsia Bisnes Orang jepun
Terbitan PTS... ^^
Salam. Kenapa tak ajak ana skali? hu....
salam. Ana stuju dengan cg eya. antara penyebab masyarakat Islam lebih percaya dengan kaum lain juga kerana sikap kaum melayu yang mengenepikan beberapa perkara yang menjadi pengukur oleh customer. Antaranya adalah kebersihan, layanan dan bertolak ansur..
Maaf rijal, ana pergi ni pun sebab kebetulan berada disana. tak tahu pun ada taklimat HPA..
Membawa agenda perubahan,
Tg
Post a Comment