"Maaf, saya tidak berminat sangat dalam hal politik ini. Kurang ambil tahu pun perkara ini" seorang sahabiah menjelaskan pendirian beliau apabila ditanyakan pandangan beliau suasana politik negara sekarang.
Benarlah firman Allah Taala,
Arrijalu khauwwamuna ala nisa'
"Kaum Laki-laki adalah pemimpin kepada kaum wanita".
Surah Annisa' , 34.
Dalam kehangatan Pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang sekarang, timbul persoalan di benak pemikiran saya, apakah para wanita diluar sana tidak mengambil tahu hal perkembangan politik tanah air ini? Adakah hanya golongan lelaki sahaja yang perlu mengetahui hal kepimpinan ini?
"Cuma yang saya harapkan, golongan lelaki tidak hanya menumpukan pada satu aspek politik sahaja. Mereka perlu juga utamakan kepimpinan dalam rumah tangga" jelas sahabiah itu lagi..
Wanita sememangnya mencari mereka yang dapat memimpin sesebuah keluarga, namun bagaimana kepimpinan diperingkat lain? Adakah mereka peduli?
Yang memikul amanah kepimpinan,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.16am
20 Syawal1430H
9 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.
8 comments:
kepimpinan dlm rumah tangga itu adalah satu cth atau satu cabang dr pelbagai btk kepimpinan. utk mencari kepimpinan yg besar perlu bermula dgn kepimpinan yg kecil terlebih dahulu.mana datangnya pemimpin dr peringkat atas seandai tidak dtg dr peringkat bawah bukan? jika llk xmampu utk menjadi pemimpin walau dr peringkat bawah bagaimana utk menjadi pemimpin yg berjiwa besar. Wanita sememangnya peduli dgn kepimpinan diperingkat lain sedangkan peranan wanita itu sendiri menjadi sokongan kpd llk dlm memperjuangkan sesuatu yg benar. Wallahualam...
JazakAllah atas pandangan itu. Suatu persepsi baru, kempimpinan bermula dengan bawah.
"mana datangnya pemimpin dr peringkat atas seandai tidak dtg dr peringkat bawah bukan? "
ana sokong pandangan khai melalui persoalan tersebut. Cukup jelas..
Persoalan wanita dengan kepimpinan masih banyak yg perlu dirungkaikan,
Tg
Bismillah....
sekadar pendapat peribadi ana. Kadang, bukan tidak ada wanita yang mempunyai keinginan untuk bergiat aktif. ada beberapa faktor major yang mungkin menjadi aral :
1) Aulawiyat tanggungjawab.
- Tentu sekali wanita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam keluarga. Menguruskan keluarga, ditambah dengan kerjaya luar (bagi wanita bekerjaya). Masa yang diperuntukkan untuk keluarga, untuk kerjaya, hanya sedikit yang tersisa untuk diri sendiri. Masa peruntukkan untuk diri sendiri, wanita menghabiskannya dengan cara yang tersendiri. Mungkin membaca, mengambil tahu dunia luar, dan sebagainya. Namun percayalah, berat tanggungjawab yang dipikul wanita di rumah, yang lebih aula baginya. Terkena pulak bersuamikan yang sepenuhnya mengharapkan si isteri menguruskan segala keperluannya... sedangkan Rasulullah menjahit pakaian dan capal sendiri, membantu Fatimah membuat roti, dan berperanan penuh juga dalam rumah...
2) Faktor keluarga. Tentunya sebelum disunting, seorang dara adalah milik kedua ibu bapanya. Sebagaimana kewajipan seorang muslimin terhadap ibunya, begitu juga tanggungjawab muslimah terhadap ibu ayah. Bila dikata JANGAN, MAKA JANGAN LAH SEKALI DIBUAT. Lainlah jika si muslimah tersebut telah bertukar milik, pabila si suami menjadi keutamaan... ^^
Ana percaya akh yang mengetahui asas ini, akan lebih mudah memahami... tidak menulis tentangnya bukan bermakna tidak berminat. Mungkin kurangnya masa untuk mengkaji lanjut.. ^^
Kenyataan yang dikeluarkan tanpa kajian lanjut, bakal menjadi fitnah pula... ^^
Sesungguhnya ada manusia yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, kajian mendalam secara lanjut adalah amat perlu untuk mengelakakn sebarang penganiayaan... ^^
Bukan mudah untuk menghukum salah, betul, syirik dan sebagainya... ^^
Berkenaan peranan muslimin dalam keluarga pula...
Sudah baca, bukan? Sedekah itu termasuk tenaga, masa, keperluan dan sebagainya. Dan, keutamaan sedekah itu adalah pada keluarga. Kepimpinan bermula dari kelompok kecil, mampu untuk pergi jauh dan seimbangkan di antaranya, barulah cuba memberanikan diri memegang kepimpinan lain pula. Ingat, kepimpinan adalah satu amanah. Amanah yang akan dipersoalkan.
Bermulanya kepimpinan seorang muslimin adalah dengan dirinya, mengislah diri dengan ilmu dan pengetahuan yang pelbagai. Melengkapkan diri dengan ilmu asas tetang perkara wajib terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Kepimpinan kedua pula ialah kepimpinan keluarga. Mentadbir dan menguruskan keluarga dengan baik. Apalah hebatnya jika berjuang gagah di dunia dakwah, di luar sana namun, gagal mendidik anak sendiri menutup aurat, gagal mendidik anak sendiri membudayakan Al-Quran, gagal pula membentuk akhlak mulia di kalangan isteri dan anak. Sedangkan isteri dan anak adalah amanah terbesar buat seorang muslimin..
Jika pula seorang muslimin berjaya mendidik si isteri menjadi solehah, mendidik anak menjadi soleh dan solehah... mereka inilah yang akan menjadi penyagga semangat perjuangan di luar sana. Malah, anak ini pulalah yang akan menjadi penyambung perjuangan si ayah... maka, perjuangan kita tidak terputus di tengah jalan. Ini dinamakan anak soleh, pelaburan jangka panjang.
Ana teringat seorang muslimin yang mengorbankan dirinya, sepi dalam dunia perjuangan. Tentunya dia dicerca dan dipandang hina, kerna masyarakat menyangka dia lari dari berjuang. namun rupanya, dia mempunyai agenda yang lebih besar; membentuk lebih ramai pejuang. Iaitu, anak-anaknya... ^^
Maka, persoalannya mungkin : tidak bolehkah menyertai perjuangan di luar?
Boleh.. Jika pandai mengimbangi. Melihat kepada aulawiyat juga, kapasiti kita.. Perjuangan, bukan sekadar mengangkat senjata. Menyangga semangat pejuang juga dikira jihad. Jihad bukan sekadar keluar berperang, menuntut ilmu juga jihad. Melakar pena juga boleh menjadi jihad.. ^^
Masih ingat kisah keluarga Yassir?
Seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam, untuk menyelamatkan akidah. Itu perjuangan setiap mereka. Namun, apa yang terjadi kepada Ammar? Anaknya yang bongsu? Ammar mengaku tidak beriman namun, Rasulullah mengesahkan Ammar masih Islam kerna dia dipaksa untuk keluar darinya. Persoalannya, adakah Ammar tidak dikira berjuang hanya kerana Ammar tidak syahid bersama keluarganya yang lain? Adakah Ammar tidak dikira berjuang kerana memilih jalan lain, mengaku tidak beriman dan terlepas dari seksaan?
TIDAK... Ammar masih seorang pejuang malah, sorang pejuang yang bijak. Melihat kepada kapasiti dan kemampuan Ammar yang masih muda dan baru ingin mula berjinak dengan dunia perjuangan, Ammar mengambil keputusan untuk melepaskan diri dari seksaan. Natijahnya, iman si Ammar masih selamat dan Ammar dapat meneruskan hidup DAN JUGA DAPAT TERUS BERJUANG UNTUK AGAMA ISLAM...
Perjuangan bukan sekadar ke barisan hadapan dengan tangan kosong bahkan ia memerlukan ilmu dan pengetahuan, serta pengalaman..
dalam usia yang setahun jagung, apalah sangat ilmu yang ada pada orang muda seperti kita... tentu sekali perlu utnuk kita menimba ilmu dan pengalaman dari insan-insan yang lebih jauh perjalanannya.. orang yang lebih tua, yang lebih tahu sepak terajang dunia perjuangan, dan insan yang telah pernah jatuh berkali-kali lalu, bangkit kembali.. Tuntutlah ilmu dari mereka... akan kita memperoleh manfaat yang lebih besar, berbanding pemikiran darah muda kita... ^^
Semoga terus berjuang, dengan hikmah dan ilmu serta strategi. Berjuang bukan untuk mati percuma tetapi, hasilnya harapkan kekal lama.. ^^
Berjuang dengan cara tersendiri,
Cikgu_eya
JazakAllah cikgu eya. cukup panjang dan jelas penerangan yang diberikan. ana terima semuanya dengan hati yang terbuka. semua yang ditulis terkumpul malukmat, nasihat, teguran dan saranan serta harapan.
kalau nti perasaan posting blog2 ana telah pun dibuat perubahan..InsyaAllah diri ini masih lembut utk menerima nasihat org tua..
Berjuang dengan petunjuk Ilahi,
Tg
Bismillah....
Ya, ana perasan tentangnya. Perubahan yang ketara... ^^
Safe mode, i guess.
Selamat berjuang... ^^
p/s: ana tidak tujukan pada sesiapa sebenarnya, lebih kepada menceritakan perihal stand ana sendiri.. huhu
Kalau ter'smash', assif ya... huhu
Assalamualaikum anak2 muda pejuang Islam!
ummie rasa bangga kepada empunya blog dan pengkritik membina.Inilah harapan agama bakal pelahir penyambong generasi Al-Quran.Perkara-perkara ranting(furu')usah dikisahkan asalkan matlamat sama wadah berbeza itu ada hikmahnya, masing-masing berperanan mengikut posisi msing2 semoga Islam dpt ditegakkan dlm diri,keluarga dan masyarakat(ianya serentak macam 3 in 1....)
SYABAS!!!! SEMOGA TERCAPAI WAHDATUL FIQH...... barulah terlahirnya keluarga muslim yg mantap.......ye kan????????
MAAF ZAHIR BATHIN.Wassalam.
Ana kira ia suatu perbincangan yang menarik, ibarat perbincangan mak dan anak-anak...JazakAllah ummie
Anak ummie
Post a Comment