Sunday, October 4, 2009

Blogger Dalam Perjuangan Islam

" Ustaz, apa tazkirah yang nak kita letak hari ni pada board ni" tanyaku pada ustaz Din.

"erm...enta tulis 'Tiada rehat dalam perjuangan Islam'. " jelas ustaz Din petang tadi secara spontan. Tiada penerangan lanjut diberikan. Mungkin beliau merasakan saya telah cukup memahami ayat tersebut.

A Day A Post
Beberapa hari ini saya agak sibuk dengan beberapa urusan luaran yang datang secara bertalu-talu. Terkejut saya melihat penanda posting blog saya yang menyatakan '3 days ago' pada entry saya yang lalu. Sebelum ini saya berazam untuk mengupdate blog saya setiap hari. one post for one day @ a day, a post. If there a lot of works to do, at least i'll post a quote for the day. Ada kawan saya menyatakan bahawa anda akan membunuh pengunjung anda jika anda tidak mengupdate blog anda. Pada mulanya saya tidak dapat memahaminya namun setelah mengamatinya, benar juga kata-kata tersebut. Tidak menulis beerti kita membiarkan pengunjung yang senantiasa mengikuti perkembangan blog anda akan berasa kecewa dan seterusnya menghilangkan diri dan tidak lagi mengunjungi blog tersebut. Saat itu boleh saya katakan blog itu telah mati.

Peribadi Seorang Pejuang

"tidur bukan rehat, tapi tidur merupakan ibadat" kata ustaz faisal petang tadi, menjelaskan tazkirah hari ini.

Mengamati dalam perjuangan Islam ini, benar-benar meneruja minda dan ruh batiniah. Seseorang pejuang Islam memiliki mental yang amat tajam dan kental. Apatah lagi punyai semangat dan keazaman yang sangat tinggi. Lebih hebat bilamana dirinya senantiasa dekat dengan Allah Taala. Setiap kata-kata yang diungkapkan ibarat suatu permata yang memberikan suluhan kepada si pendengar.

Memblog Juga Satu Perjuangan

"Blog semacam sebuah kitab, ana pernah membaca posting Ustaz Zaharuddin yang menyatakan bahawa ada seorang pelajar Mesir telah meninggal dunia tetapi blognya senantiasa hidup dan menjadi rujukan orang-orang lain" jelas Ustaz Faisal bilamana membicarakan berkenaan blog sebentar tadi.

Banyak blog-blog wujud dinihari dengan berlatar belakangkan pelbagai tujuan dan matlamat. Ada yang wujud dengan tujuan bisness, perniagaan. Ada pula dengan tujuan sebagai diari kehidupan dan tidak lupa pula ada yang bertujuan untuk memberi memberi peringatan kepada orang ramai, berdakwah dalam alam maya yang serba moden hari ini.

Musliminsejati.blogspot.com
Matlamat penubuhan blog musliminsejati adalah bagi memberikan satu penjelasan dan penerangan kepada semua muslimin bagaimana ingin menjadi seorang muslim sejati. Apakah ciri-ciri yang melayakkan mereka untuk bergelar seorang muslim dalam erti kata yang sebenar. Justeru saya sebolehnya mengelakkan untuk bercerita berkenaan peribadi saya secara direct dan sangat mengambil kira manfaat yang boleh diambil oleh para pengunjung. Bercerita berkenaan peribadi dan hal harian diri secara lansung tanpa memberikan hikmah dan pengajaran daripada setiap inci kehidupan, pada saya ia tidak lebih daripada sebuah diari buat catatan diri sendiri. Manfaatnya juga hanya terhad kepada pengunjung yang mengenali dirinya.

Namun dalam posting-posting saya yang lalu terdapat beberapa posting yang tidak dapat saya elakkan untuk bercerita dengan peribadi diri secara lansung. Pada saya, posting yang pelbagai ini membuatkan pengunjung yang setia tidak terasa bosan dengan hal-hal isu semasa dan perkara ilmiah lain. Posting ini juga membolehkan pengunjung mengenali latar belakang blogger tersebut secara tidak lansung.

Melihat kepada perkembangan posting dan latar belakang blog saya ini, ia masih tidak mencapai matlamat seperti mana yang dinyatakan diatas. Perubahan demi perubahan perlu saya lakukan untuk memberikan kefahaman dan gambaran yang jelas kepada setiap pengunjung akan perihal seorang muslimin sejati. Justeru, dalam membawa agenda perubahan ini, cadangan, padangan dan komen-komen daripada sahabat-sahabat amat saya harapkan. Semoga dengan sedikit usaha penulisan ini, memberikan saya salah satu sumber saham yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya".

Blogger,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.28am
15 Syawal 1430H
5 oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

2 comments:

rabiatul adawiyah said...

salam..izinkan ana mengutarakan sedikit pandangan. Dalam hal blogging, mmg x dinafikan tujuan mewujudkan satu blog menjadi titik nadi halatuju blog. Ia umpama membina sebuah rumah, di mana jika kukuh tapak rumah tersebut, maka kukuhlah binaannya. Blog pula; jika awal2 diniatkan untuk dakwah secara long term, perlu dinilai juga kapasiti tuan punya blog(individu daie) dalam menghasilkan blog yang bermanfaat. Dan perlu juga mempunyai fokus tersendiri; samada untuk dakwah umum atau khusus. Jika dakwah umum, bagi ana coretan peribadi daie itu sendiri berjaya menarik minat pembaca pelbagai golongan. Hal2 semasa mugkin lebih kepada dakwah khusus. Namun gaya penyampaian juga boleh mempengaruhi. Kadang2, isu yang kecil..bila kena gaya penyampaian, boleh buat ramai manusia berfikir.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. jazakAllah atas komentar panjang dan kritikal tersebut. Ana juga melihat perkara ini. Dalam dunia blogger ini, ramai sahaja lagi golongan yang belum didekati. dan kadang2 terasa, golongan daie ini hanya syok berada dalam dunia blog dikalangan mereka sedangkan mereka remaja lain yg masih ramai tidak sedikit pun mahu mengunjung blog mereka.

Yg keliru utk buat santa atau bagaimana,
Tg

Template by - Abdul Munir - 2008