Friday, October 23, 2009

Nota Hati Seorang Lelaki

Menulislah dengan hati, tintanya membekas di hati juga
Nota Hati Seorang Lelaki- Penulis menggarap kisah hidupnya, juga kisah hidup manusia lain, menjadi desis hati yang terluah. Ilmu itu, datangnya dari dua sumber; buku dan pengalaman. Faisal Tehrani menyarankan 'Kamu ingin menulis? Jangan langsung berpisah dengan buku'. Manakala Tuan Pahrol pula berkata 'Belajarlah dari universiti kehidupan'

Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah suatu tempat itu maka, semakin banyaklah air yang mampu ditakungnya. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik atau sungai. Maka begitu ilmu, perlu ditakung dengan hati yang merendah diri


sumber: http://cikgueya.blogspot.com/



Seorang lelaki,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.42 pm,
4 Zulkaedah 1430H
23 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

2 comments:

NurQaseh_Zaimah said...

buku ni bagus sgt.. belajar dpd pgalaman penulis.. sy dah baca dah.. banyak kali gak lah baca..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. Ya, buku ni sangat menarik. gaya bahasanya, falsafah disebalik perbualannya, dan pengajaran yang diberikan pada akhirnya, sangat memukau dan terkesan..

Mempelajari gaya penulisan baru,

Tg

Template by - Abdul Munir - 2008