Friday, October 16, 2009

Atas Nama Cinta..



Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Menyintai Yang Hakiki,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.17pm
28 Syawal 1430H
16 Oktober 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum TG,
kan lebih baik Cinta kepada Allah DAN Cinta Kerana Allah. Baru hidup menuju ke arah kesempurnaan.Jangan kita menolak fitrah manusia yg Allah kurniakan .

Ummie akan pergi ke Tanah Suci kerana Cinta kepada Allah bersama orang yg dicintai hasil cinta kerana ALLAH.
semoga kita menjadi hamba yg dicintai Allah.

Ummie doakan semoga penantian yg selalu TG sebut2kan berakhir dgn kebahagiaan ....INSYAALLAH.Wassalam

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Waalaikummusalam,
JazakAllah ummie. Anakanda mohon doa dari ummie diTanah Suci nanti..

Hidup ini tidak lari daripada penantian.

hidup yang sementara cuma,memastikan saya menjadi..


Insan yang bakal dijemput pulang,
Tg
~Suatu Penantian~

Template by - Abdul Munir - 2008