Monday, April 28, 2008

Permata AyahBonda..

Gambar sewaktu Graduasi di Kospint, 2003

Hari ini, aku nak bercerita sedikit tentang keluargaku. Ntah kenapa hari ni tiba-tiba teringat sangat kat family kat kampung. Dengan kedatangan lagu permata ayahbonda-firdaus, yang baru dijumpai semula diimeen, meningkatkan kenangan silam bersama keluarga tercinta.


Permata Ayahbonda- Firdaus

Lagu ini first time aku dengari di matrik dulu menerusi siaran radio ikim.fm (www.ikim.fm) , dibilik waktu tengah study. Tanpe disedari air mata menitis mendengar setiap bait lirik yang diungkapkan. Subhanallah…Sungguh mendalam maksud lirik tersebut…liriknya yang aku tulis, aku masih simpan dan aku lampirkan disini untuk tatapan sahabat sekalian.:





Mewangi kuntuman bahagia
Dihalaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Meleraikan resah dan gundah dijiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan didamba
Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau,
Umpama sebutir permata
Dipeluburkan kasihnan bersinar bercahaya
Hiasi rumah tangga
Engkau,
Harapan seisi keluarga panjatkan doa dan airmata
Yang pasrah kepada yang Esa
Pada mu kejora
Kasihsayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai menyubur iman didada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Setitis seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusul fitrah dan sunnah
Mengotak dipenghujungnya
Tiada,
Yang lebih membahagiakan melihat dirimu kian membesar dewasa
Didalam sejahtera
Usah,
Terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayahbonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapiNya
Bersemi kelopak kasihsayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegar menghapuskan dahaga
Titisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuai yang sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela dihari tua
Waktu,
Biar merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih ilahi
Redahi pancaroba
Andai,
Langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah kelaman ayahbonda
Kembali menghuni di tamanNya
Bersamalah semula
Menghidup embunan kasih sayang
Sedingin air mata bonda
Engkaulah permata ayahbonda…


Adik Beradikku Tercinta


Belakang: Abg Cin, Shahir, Abg Wa
Hadapan: Kak Jie, Che Dah, Che Lah, Aku



Aku anak ke-6 daripada 7orang adik beradik..(sebenarnya 9orang tetapi 2orang telah meninggal waktu masih kecil). Kami adik beradik mempunyai jarak umur yang berbeza-beza. Jarak aku dan kakak sulongku sudah boleh dikatakan mak dan anak kerana seorang kawan aku yang sebaye dengan aku, maknya merupakan sahabat karib kepada kakak sulongku disekolah dulu. Kerana mempunyai jarak umur jauh berbeza, kami mempunyai hubungan yang agak berlainan. 4orang adik-beradik terbawah, kami mempunyai hubungan yang lebih erat disebabkan diusia kecil kami,sentiasa sahaja bermain bersama. Berbeza dengan kedua abg dan kakak sulong diatas..

“ takutnye, baik aku sembunyi kat bilik jer. Tak nak r jumpa kak Jie.”

Waktu kepulangan kakak sulongku daripada oversea dulu, ayat ni la yang aku tuturkan. Memang terasa kakak sulong aku ni orang asing dalam hidup pada ketika itu lalu aku sembunyikan diri atas katil di dalam bilik sahaja waktu itu.


-Senarai adik beradikku-


  1. Tengku Fatimah Tengku Ahmad 42 Tahun Anak 8
  2. Tengku Mohd Anuar Tengku Ahmad 38 Tahun Anak 7
  3. Tengku Mohd Hussien Tengku Ahmad 32 Tahun Belum ada anak

  4. Tengku Fadilah Tengku Ahmad 27 Tahun Belum ada anak
  5. Tengku Mohd Shahir Tengku Ahmad 25 Tahun Belum ada anak

  6. Tengku Abdul Ghafar Tengku Ahmad 22 Tahun Belum Berkahwin
  7. Tengku Shahidah Tengku Ahmad 21 Tahun Belum berkahwin


Ayahbonda Tersayang

Tengku Ahmad & Tengku Kalthom
(Arwah Ayah & Mak nampak macam mude je waktu ni )



Arwah ayah sudah meninggalkan aku sewaktu dimatrik dulu lagi. Kira-kira 4tahun yang lalu. Waktu pemergian arwah, aku berkesempatan berada dirumah kerana waktu itu cuti pertengahan semester pengajian di matrikulasi. Semua adik-beradik beradik berada disamping arwah kecuali kakakku yang berada di USM pada waktu ketika itu yang tidak sempat, penerbangannya agak terlewat sedikit.

Mak sekarang keseorangan dirumah jika adik-beradikku seme mempunyai keje terutame pada sebelah paginye..Namun cucu Mak yang ramai (15 orang ) menjadi penghibur dikala sepi(anggapan sendiri). Bukan adik beradikku berada jauh, semua adik-beradikku yang sudah berkahwin tinggal dirumah yang sama dengan mak, cuma kakak sulong je yang tinggal dirumah sewa sendiri, itu pun tidak jauh daripada rumah. Pada waktu pagi mak banyak hari mengisi waktu dengan pergi belajar ilmu agama disebuah rumah dalam kampung kami, jadi aku tidak terasa bimbang mak terase sunyi pada waktu pagi.


Peranan Anak

Aku rase sudah cukup lame berada luar daripada rumah, semenjak bersekolah asrama penuh lagi, masuk matrik n skrg di U pula. Begitulah lumrah kehidupan akademia kebanyakan individu. Justeru, teringatkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh anak sewaktu berjauhan dengan mak dan ayah.


Berapa kalikah kita menelefon mak atau ayah kita sewaktu kita dialam menuntut ilmu ini? Berapa kalikah kita mengingat mereka dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka setiap kali dalam doa kita? Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, bukan dengan lisan tetapi dengan amalan.


Teringat juga, baru-baru ini melawat adik kepada sahabat di Hospital Ipoh yang mengalami kemalangan jalanraya.

abg arif, Saibul, Aku, Malek dan Abg Ijan


"sakit mak...Mak, sakit..sakit.."

Ayat yang terungkap daripada mulut seorang anak diwaktu terase diri memerlukan bantuan, simpati dan belas kasihan. Hanya mulut yang mampu bergerak, saat mata terpejam menahan kesakitan yang amat lantaran tempurung kepala yang dikeluarkan. Kepada siapa yang dituju? Tidak lain, kepada si Ibu. Nabi sudah bersabda, selepas Allah dan Rasul,orang yang pertama yang perlu dikasihi adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempat barulah bapa. Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w ini.


Sama-samalah kita mengisi sedikit mase kita, dihari-hari kita lalui dikampus untuk menghubungi mereka, cukup sekadar mereka mengetahui bahawa kita mengingati mereka. Satu perkara yang daku pegang sampai skrg, mak ayah dihujung usianya, telah menjadi ibarat bayi yang memerlukan kasih sayang daripada si mak dan ayahnya. Kitalah si ayah dan si mak jika kita mempunyai ayahbonda yang sudah lanjut usianya…


Wassalam


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

11.24 am

22 Rabiulakhir 1429 H

29 April 2008

2-1-9, KHAR UPSI

7 comments:

fa-rho-ha-alif-nun said...

menarik!

selalunye utk org yg study jauh2 mcm feerhan ni terasa sungguh mcm "kehilangan" parents tu. biapun dieorg masih ada tp jauh sungguh dr mate.

ps: yg ade dkt2 tu, slalu2la balik n tnye kaba mak ayah ye. *wink*

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Syukran Feerhan atas komen ni.
Btol tu, kite akan mula terase nak menghargai sesuatu itu bile perkara@orang itu sudah "hilang" daripada kita..Jd yg mane ade, gunekanlah mase yg ada ni utk menghargai mereka sebelum "pemergian" mereka buat selamanya...

hambaAllah86 said...

salam...

abg tg...hensem nye ko...n yg aku nak jadi adik ipar ko...huhuhy..blh x???

Miss X said...

Alhamdulillah. Dapat juga knal femili Abg Tg.

Bgus tulis tentang femili, sebab orang jarang bertanya dan bg yg nk tanya, jarang ada masa, kerana cerita tentang keluarga bukan boleh dijawab dengan satu cerita sahaja.

Mabruk

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

A'a, ukhwwah kita bukan hanya knal sesame kite. tetapi mengenali latar belakang keluarga juga, baru tahu permasalahan sebenar kerana banyak permasalahan berkait dengan family itu sendiri..

iman said...

em...bagusla..sebagai anak-anak tanggungjawb kat mak ayah tu besar,lagi2 anak laki ..harap saudara dapat kekalkan sifat sebegitu...ukhuwah fillah abadan abadaa...

Anonymous said...

npe takut ngn k.jie ms br blk dlu,garang eh??ak x lahir lg..tp ak pn takut gk ms kcik2..ngn abg wa lg laa~mnangis tym d'ajr mgaji..kui3x nostalgia d zmn knk2

Template by - Abdul Munir - 2008