Monday, May 5, 2008

Ulangtahun Kelahiran ke-70 buat Arwah Ayah

”Jadilah seperti ayah kamu, dia seorang yang tabah”, nasihat guru kaunseling kepadaku.
”insyaAllah cikgu...”, jawabku pendek.

Nasihat ini masih subur dalam ingatanku walaupun sudah 6tahun lalu kata-kata ini dituturkan.

Aku dan Arwah
Dengan arwah di Villa Putra bersebelahan The Mall
Daripada 7orang adik beradikku, aku merasakan dirikulah yang paling rapat dengan arwah. Hal ini kerana aku ada sedikit persamaan sifat dengan arwah pada suatu ketika dulu dan dari segi tindak tanduk arwah sendiri menunjukkan aku semacam dilebihkan berbanding adik beradik yang lain. Mungkin juga kerana diriku yang masih mentah berbanding adik-beradikku yang sudah besar ketika itu lalu aku merasakan demikian.

Arwah sehingga akhir hayat, beliau tidak menjamah ikan dan aku mengikut sifat tersebut buat suatu ketika dulu. Sifat ini berubah tatkala aku masuk ke asrama penuh(KOSPINT, www.kospint.org) yang menyebabkan aku memaksakan diri untuk menyentuh lauk ikan yang dimasak oleh kak dewan makan ketika itu. Bukan senang untuk mengubah suatu tabiat yang telah lama bersebati ini. Justeru pada awal-awal aku di KOSPINT, mak terpaksa membungkus sambal daging secara packing kecil untuk aku jadikan lauk ketika lauk pada waktu itu adalah ikan. Agak kelakar merenungkan kembali perangai aku ini. Alhamdulillah sekarang aku sudah boleh makan segala masakan ikan kecuali satu jenis masakan yang masih aku tidak dapat diterima oleh hati ini sampai hari ini. Ikan Singgang!

Arwah Seorang Yang Tabah
Arwahku cukup terkenal di sekitar Kuala Terengganu, bukan kerana pangkat, harta dan keturunan tetapi kerana jasa. Arwah berkerja sebagai pendawai elektrik cukup lama. Dengan berkerja secara persendirian, arwah tidak terikat dengan mana-mana syarikat dan dapat mengenali ramai pelanggan dengan lebih rapat. Menerangi setiap rumah dengan ’Nur’, kurasakan jasa ini sangat besar.

Dengan usia yang sudah lanjut, arwah masih meneruskan usaha menyumbang bakti memasang, membaiki dan memperbetulkan lampu serta electric current dirumah-rumah orang tanpa mengira waktu. Bayangkan, jika lewat malam pun ada panggilan untuk memulihkan electric current yang black out, arwah masih berusaha untuk kesana demi memberi keselesaan kepada keluarga tersebut. Hampir sama dengan pekerjaan doktor juga fikirku, on call.

Sekarang kedua-dua abangku menyambung pekerjaan mulia ini..

Hadiah Buat Arwah
Surah Yaasin JPG

Sempena hari ulangtahun kelahiran ini, aku tidak lupa untuk memberikan hadiah kepada arwah. Bacaan surah Yaasin kurasakan hadiah yang cukup bernilai buat orang yang tidak mengharapkan apa-apa lagi kecuali kebaikan daripada sedekahnya, ilmu yang diajari yang dimanfaati dan doa daripada anaknya yang soleh.

Jika aku pulang kerumah, mak tidak lagi perlu berpesan untuk menjenguk pusara arwah yang terletak dihadapan rumahku sahaja. Memang itulah pesanan arwah, agar dikebumikan dikubur dihadapan rumah kami.

”Membaca al-Quran untuk sedekah kepada si mati di kubur tak sama dengan membaca al-Quran dirumah yang diniatkan kepada si mati.” Mak berpesan.

”Membaca di kubur ibarat kita datang melawat simati dirumahnya, berbeza dengan kita membuat panggilan telefon sahaja” Mak berpesan lagi.

Analogi yang cukup baik diberikan kepadaku untuk aku tidak lupa untuk menjenguk arwah pada setiap pagi hari jika aku berada dirumah.

Doaku...
Berdoa
Ya Allah, Ampunkanlah dosaku..dosa kedua ibubapaku..peliharalah mereka seperti mana mereka memeliharaku sejak dari kecil.

Ya Allah, Kau terangilah kubur arwah ayahku dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah kuburnya selapang-lapangnya,


Ya Allah, Jadikanlah kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan jangan jadikan kuburnya lubang daripada lubang-lubang neraka..


Ya Allah, tempatkanlah arwah dikalangan hamba-hambaMu yang soleh, yang mengikut jejak kekasihMu Muhammad Rasulullah.


Wahai Tuhan yang cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.21pm
5/5/2008
2-1-9 KHAR

Ayah..- DeHEARTY
Ayah - DeHEARTY
o…oo..oo..
o ayh 4X
disisiku kau setia menanti
lahir anakmu menambahkan seri
bersama alunan memuji ilahi
di telingaku kanan dan kiri
hari-hari.. makin mendewasakan
hidupmu tabah menongkah cabaran
dalam mendidik amanah tuhanmu
sabar melayan karenah yang seribu

titisan keringatmu menyubur kehidupan
berhujan berpanas tidak kau hindarkan
dirimu tetap gigih menuai rezeki
menjadikan mimpi satu realiti

biar ku tawar wang yang berjuta
biar ku hampar selaut mutiara
tak mungkin ku balas segala jasa
yang tidak ternilainya
oh ayah akan ku bukti pada mu
curahan kasih tidak ku siakan
mencapai cita jua kejayaan
kan kubela nasibmu
di hari tua…o..

oh ayah….

4 comments:

Anonymous said...

”Membaca al-Quran untuk sedekah kepada si mati di kubur tak sama dengan membaca al-Quran dirumah yang diniatkan kepada si mati.” Mak berpesan.

”Membaca di kubur ibarat kita datang melawat simati dirumahnya, berbeza dengan kita membuat panggilan telefon sahaja” Mak berpesan lagi.

komen:
.......satu kekeliruan....jangan taksub dalam mencari kebenaran, sahabatku..wassalam

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

apa ,maksud jgn taksub dalam mencari kebenaran?

Nur Ruqaiyah Abdul Rahman said...

salam ziarah..maaf ana mncelah,x tmbul soal taksub sbenanya, ibu sahabat ini skadar mmberi analogi, dan analogi mnjadi hak sesiapa menerima d mnolaknya...x perlu pesoal tntg taksub @ tak selagi ia x mlggar syara'...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Syukran. mmg itu yg ana faham daripada ape mak ana bicarakan. itupun mak ana beritahu ape yang beliau dengar dari ust.

Template by - Abdul Munir - 2008