Wednesday, April 23, 2008

Budi – Sukarkah mengungkapkan terima kasih?


Malam(6/3/2008) kepulangan ke kampung halaman sempena pilihanraya umum ke-12 sangat menyentuh jiwa yang saban hari merindui suasana Terengganu yang pada ketika itu sedang hangat dengan perang poster antara dua parti yang kuat iaitu PAS dan BN. Hari-hari menanti malam kepulangan tersebut akhirnya tiba jua. Memang aku tidak sabar menanti saat tersebut.
Tiket bas yang dibeli awal-awal lagi di stesen bas Tanjong Malim tersimpan rapi dalam dompetku. Tiket bas ke Kuala Lumpur dari Tanjong Malim ini memang perlu dibeli awal kerana sentiasa senang habis terutama saat-saat cuti umum begini. Tiket bas aku pukul 7pm. Saja dibeli lewat sebegitu kerana aku tahu kesibukan aku yang perlu menghantar proposal pada hari itu juga memungkin aku untuk mengambil sedikit masa. Walaupun waktu yang sudah agak malam untuk aku naiki bas tersebut, namun aku masih lewat untuk ke stesen bas. (tepat jam 7pm sampai).

Sampai-sampai je di stesen bas tersebut, Bas TransNasional masih menunggu penumpang yang belum datang. Saat aku naik bas tersebut, kelihatan semua seat telah pun dipenuhi dengan penumpang. "waduh, camne ni. Takkan kene diri kot"hatiku berbicara. Konduktor bas melihat tiket ditanganku, memang bas dan waktu yang tepat. Dia meminta aku tunggu sebentar sementara dia bergerak ke tempat duduk belakang. Rupa-rupanya baru ku tahu, dia telah mengambil penumpang yang bas mereka pukul 8 untuk naik bas jam 7.
Pada asalnya konduktor tersebut, meminta penumpang wanita tersebut(rasanya pelajar UPSI juga) untuk turun. Lepas kelihatan ada dua orang lagi lelaki yang sanggup berdiri untuk ke Kuala Lumpur, dia meninggalkan sahaja aku yang terkontang kanting menantikan tempat duduk. "isk, biar betul pakcik ni. Cepat jer cair ngan pompuan". Kalu pada hari tu aku tak puasa, insyaAllah bleh jer berdiri. Tapi hari khamis tersebut aku terasa suatu tanggungjawab besar untuk puasa, mengambil keberkatan untuk kemenangan parti aku pada pilihanraya nanti. Doa orang puasa ini senang dimakbulkan oleh Allah. Jadi takkan aku nak berdiri saat berbuka nanti.
Asyik berfikir macam mana nak buat ni, seorang perempuan yang masih bersekolah(pakai baju batik, sekolah berasrama la ni) mempelawakan aku untuk aku duduk ditempatnya dan dia sanggup untuk berkongsi tempat duduk dengan perempuan yang tak mahu turun tu. Alhamdulillah, syukur…dapat juga aku duduk. Bas bergerak laju dan aku tak keruan sahaja dalam bas sepanjang perjalanan tersebut. Semua orang tengok aku saat nak dapatkan tempat duduk tersebut. Nak ucap terimakasih kat budak tu tapi tak tahu macam mana.
Sampai sahaja di Kuala Lumpur, aku nekadkan diri untuk bersuara diluar bas tersebut kepada budak perempuan tu.

Aku : terima kasih saudari for da seat tadi
Budak sekolah : ha?ape?
Aku : Terimakasih untuk seat tadi
Budak sekolah : o, sama-sama.


Lepas ucap je terima kasih, terus aku beredar meninggalkan mereka berdua(dia ngan kawan dia) tanpa berpaling sepatah menuju ke destinasi aku…
Orang berbudi, seharusnya kita menghargai(appreciate) atas kebaikan yang dilakukan kepada kita. Namun kadang-kadang ungkapan terima kasih terasa berat untuk diungkapkan secara jelas kepada orang tersebut. Kenapa? Mungkin ego dalam diri seseorang itu, mungkin juga suasana yang kurang mengizinkan saat itu atau mungkin anda punyai jawapan anda tersendiri…

Orang berbudi,
Kita berbahasa,
Orang memberi,
Kita merasa…

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008