Wednesday, April 23, 2008

BERUSAHA MENJADI MUSLIMIN SEJATI





Mengawal diri merupakan suatu yang sukar disesuatu masa. Ujian dan cabaran yang datang begitu menekankan diri ini. Berlawan dengan suatu yang tak nampak inilah kesukaran yang amat. Hati dan Nafsu suatu yang kadang-kadang sentiasa kontra antara satu sama lain. Mengapa? Hati ini pada asalnya sudah disuluhi dengan keimanan dan sifatnya juga mencintai keimanan. Nafsu sentiasa memberontak menentang keimanan, menginginkan sesuatu yang lebih sehinggakan suatu tahap yang dasyat, mampu mengaku melebihkan diri dari Tuhan. Namun hati yang suci mampu dikotori dan digelapi dengan maksiat dan dosa. Nabi bersabda : ” dalam diri kamu ada seketul daging, jika baik ianya maka baiklah seluruh jasadmu dan jika rosak ianya maka rosaklah seluruh jasadmu, iaitu hati” Ia mampu ditutupi dengan karat dan daki dibaratkan seperti suatu bahan yang sekian lama ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipelihara. Apatah lagi jika ia sengaja dikotori dengan debu dan arang sehinggakan sukarnya untuk membersihkannya kembali.

Keterlalaian sebegini mampu menghayutkan hati-hati yang sedia ada kotor agar terpesona dengan kesenangan yang amat sedikit di dunia ini. Dunia yang fana jika dipandang tinggi akan mengasyikkan sesiapa sahaja. Lalu jatuhlah kecintaannya kepada dunia. Rasa takut dan bimbang untuk meninggalkannya. Al-wahnu, cintakan dunia dan takutkan mati, merosakkan jiwa-jiwa umat Islam akhir zaman ini. Sehinggakan musuh-musuh Islam tidak lagi gentar kepada mereka, perasaan takut kepada Islam sudah tiada kepada musuh-musuh Islam. Lantas mereka berani menampilkan diri menentang, mengkritik, menghina dan mencaci Islam lataran kelemahan dan kelalaian yang menghantui jiwa-jiwa penganutnya yang kecundang.

Berusaha menjadi muslimin sebenar, muslimin yang disebut oleh Allah sebagai orang yang berjaya. Surah al-mukminun, ayat 1-9 dijadikan guideline, suatu penyuluh dan petunjuk yang tidak bisa padam sehingga hancur luluhnya bumi dan alam semesta ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
1- Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2- Iaitu orang yang kusyuk dalam solatnya,
3- Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
4- Dan orang yang menunaikan zakat,
5- Dan orang yang memelihara kemaluannya,
6- Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sehaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7- Tetapi barang siapa mencari dibalik itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
8- Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janji-janjinya,
9- Serta orang yang memelihara solatnya.


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.32 am
24 April 2008

2-1-9 KHAR, UPSI

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008