Keesokan harinya, mesyuarat yang patut aku pergi dibatalkan untuk pergi setelah badan ini terasa amat berat sekali untuk digagahi. Makluman awal kepada ketua mesyuarat telah dihantar pada malam sebelumnya dengan harapan ketidakhadiranku pagi itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi auranya telah dapat dijangkakan. Sms sebagai medium perhubungan.
Satu hari diriku tidak keruan berbaring diatas katil dengan pengudaraan bilik yang kurang efision , aku sendiri mengakuinya kerana kedudukan bilikku yang menghadap kedalam menyebabkan sukar udara bertukar berbeza dengan bilik yang menghadap ke arah luar, lebih nyaman. Seharian diriku tidak makan apa-apa sehingga tiba waktu petang dimana aku menelefon sahabat untuk membantuku membelikan sedikit cokhlat bar dan air yogurt sebagai pemberi tenaga kepada badan.
Demam ini berlarutan sehingga hari ketiga dan alhamdulillah hari keempatnya badanku telah beransur pulih namun batuk-batuk masih kuat menekan sesak didada sehingga kehari ini. Setelah 4 hari masa aku dihabiskan dengan melayan perasaan dan berkhayal memikirkan diri, tidak menyentuh lansung buku pelajaran sedangkan peperiksaan sudah tidak sampai seminggu bakal menjenguk aku..
Justeru, aku perlukan masa untuk menggantikan balik waktu itu dengan memberikan lebih tumpuan kepada buku pelajaran buat masa sekarang. Aku g study dulu, terima kasih kerana sudi membaca….
0 comments:
Post a Comment