Daripada kemalangan yang menimpa ini, memberi peringatan kepada saya bahawa kehidupan ini sebenarnya sudah diatur oleh Allah. Segala tindak tanduk kita sebenarnya Allah sudah menentukannya dan diketahui akan hal bakal terjadi. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah lantaran dirasakan tiada makna berusaha jika Allah sudah menentukan semua hal berkenaan diri kita. Inilah fahaman Jabariah, meletakkan bahawa takdir sudah ditetapkan oleh Allah dan manusia tiada kuasa @ usaha mengubahnya. Kita dilarang mengamalkan fahaman ini.
Usaha dan Ikhtiar serta Takdir
Allah Maha Adil kepada hambaNya. Tidak ditetapkan keburukan kepada insan melainkan dengan asbab insan itu sendiri yang mencelakakan dirinya ke lembah kehinaan. Allah memberikan manusia itu usaha untuk mereka mencari jalan mana mereka ingin kecapi kelak. Usaha itu sebagai ikhtiar kepada ketetapan yang Allah sudah tetapkan kepada hambanya. Takdir baik dan buruk, semuanya datang daripada Allah dan itulah rukun iman yang keenam. Percaya kepada Qada’ dan Qadar , yang mana keduanya ini datangnya daripada Allah. Sebab itulah jika kita mendengar penutup kepada sesuatu ceramah atau tazkirah, para ustaz menyebut, ” segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya dari Allah”
” ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”
(Surah Ar-Rad : 11)
Al-Khauf wa Al-Roja’
Dalam tazkirah maghrib yang disampaikan pada malam tersebut oleh ust Shahrizan, disebutkan syahadah yang kita ucapan tiap kali tahayat awal dan tahayat akhir didalam solat kita membawakan dua perkataan yang memberi makna dalam kehidupan para muslim. Al-Khauf membawa erti takut manakala Roja’ bermaksud berharap. Dalam kehidupan muslim ini, kedua-dua penghayatan ini ada dalam diari hidup masing-masing tetapi tahap keduanya mungkin berbeza. Ramai dikalangan muslim sekarang melebihkan Roja’ dan kurangnya Khauf dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh yang mudah, dalam minggu peperiksaan ini, surau KHAR mampu mencapai soff sehingga 7 atau 8 soff sedangkan pada minggu-minggu sebelum peperiksaan hanya 2 atau 3 soff sahaja. Disini jelas menampakkan dalam minggu peperiksaan ini perasaan berharap itu menonjol jelas dengan ibadah solat berjemaah tersebut. Manakala Khauf kurang dalam kehidupan muslim sekarang apabila mereka masih mampu melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sedangkan pengharapan masih diletakkan besar dihadapan masing-masing. Khauf dan Roja’ kedua-duanya perlu seimbang dan diamalkan dalam kehidupan kerana kehidupan ini tidak lari dari perasaan mempercayai suatu kekuasaan agung yang mengawal kehidupan. Justeru perasaan takut dan mengharap jika tidak diseimbangkan kedua-dua, tidak akan bermakna. .
0 comments:
Post a Comment