Monday, October 20, 2008

FITNAH DALAM PERJUANGAN.


Perjuangan tidak dapat lari daripada pahit dan getir kerana istilah perjuangan itu sendiri menggambarkan kesusahan, keperitan, keseksaan dan seumpamanya. Justeru dalam menghadapi PilihanRaya Kampus pada tahun ini pelbagai mehnah dan cabaran datang bertandang kepada mereka yang terlibat di dalam perjuangan ini. Saya tidak terkecuali daripada menghadapi fitrah ini.


Sebenarnya saya tidak berminat sangat untuk berbicara mengenai PRK di dalam blog saya ini, namun keadaan memaksa saya menjelaskan beberapa perkara yang timbul hasil daripada keterlibatan dalam perjuangan PRK.


Fitnah sering kali dijadikan senjata ampuh oleh pihak lawan setelah kehilangan keyakinan diri dan kekuatan untuk melawan. Senjata ini amat popular digunakan bagi menjatuhkan pihak yang dirasakan tidak lagi mampu untuk berdepan secara kekuatan sebenar justeru pendekatan menjatuhkan nama baik dan peribadi menjadi sasaran seterusnya. Kita sedia maklum taktik ini melalui pembacaan dari peristiwa yang berlaku sekeliling kita saban hari sama ada dalam Negara mahupun di luar Negara. Tidak perlu saya nyatakan contoh kerana anda sendiri mengetahuinya.


Dalam PRK kali ini, saya telah difitnah oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Luv didalam blognya iaitu http://cintaupsi.blogspot.com. Sebelum itu, seorang sahabat saya yang mempunyai akhlak yang baik dan dikenali ramai sebagai seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang diberikan, juga telah difitnah oleh Dr Luv ini. Saya menyahut cabaran Dr Luv untuk tampil memperjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan segala jawapan akan saya berikan dengan bukti-bukti pada post akan datang.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada dikalangan kamu yang memburukkan sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentunya kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, Sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”

- Surah Al-Hujuraat, ayat12-



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

3.46am

22 Syawal 1429 H

22 Oktober 2008

2-1-7 KHAR, UPSI.


Lampiran:

Perutusan ke-3 saya sewaktu menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UPSI sesi 0708 yang lepas.


klik utk besarkan


7 comments:

Nurul S Othman said...

salam...
buat cikgu TG teruskanlah perjuangan anda..

masih ramai lagi yang akan bersama-sama cikgu dalam perjuangan ini..

Anonymous said...

salam tg..harap tabah dlm dugaan ni..bersyukur dgn ujian Allah ni ye..jgn risau sgt sbb masih ramai lg sahabat2 yg bersama dgn anda..dan kami akan sentiasa cuba membersihkan nama baik anda kerana kami tahu apa sbnrnya yg berlaku..May Allah bless~
when the road you're trudging seems all uphill, when care is pressing you down a bit..rest if you must..but don't QUIT!!!

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam Perjuangan,
Syukran puteri nurzahra dan eds, InsyaAllah ana tabah menghadapi ujian kecil ini, moga Allah meneguhkan hati kita untuk menghadapi ujian-ujian yang mungkin lebih besar kelak..

Allah Matlamat Kami
Rasulullah Ikutan Kami
Al-Quran Pedoman Hidup Kami
Jihad adalah Jalan Juang Kami
Syahid Di Jalan Allah adalah Cita-Cita Kami Tertinggi..

Anonymous said...

'Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian amat hebat, x dibiar terlena dlm kenikmatanNya ttp dihidangkan dgn keperitan dan derita yg x berkesudahan. Itulah tanda kasih sayang tuhan.'

Semoga dugaan itu tidak melunturkan semangat juang enta.

Salam perjuangan,

suara emas said...

salam...

cikgu_eya said...

salam ya sahabat...

ana juga ada mendengar ttg fitnah tersebut namun tidak lah terus melatah....

cumanya ingin diperingatkan... ada perkara boleh di diamkan untuk dihembus pergi bayu yang lalu, pendekatannya ialah berdiam diri. Namun ada sesetengah perkara yang lagi dibiar, lagi kan melarat. Berkenaan isu fitnah ini, eloklah nta menilai penyelesaian yang paling berhikmah untuknya..

semoga Allah kuatkan semangatmu dan ketahuilah sahabat2 sentiasa menopang di sisi... termasuk ana ^^

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Salam abg Tg..
Hebat sungguh nama nta dengan fitnh oleh Dr.Luv tu..
Xpe..
Semoga ukhuwah diantara kita semua dapat melenyapkan segala fitnah2.
Teruskan Berjuang..
Trunkan ilmu nta pada ana yer.
Khusunya mengenai penulisan blog dan cmne nk hias blog bagi cantik2 skit..
Huhuhu..
Kita mmg dh kenal tp xrapat je.Ana pn budak sains jugak tp xjoin PMS.Biarlah PMS dipandu oleh kawan2 ana yg lain.Ana nk bagi tumpuan dalam Persatuan Bahasa Arab.Kesedaran ana kita kena jaga semua persatuan yg kita conquer utk hadapi pilihanraya kampus. Persatuan jer wadah kita utk kita cari calon2 utk PRK..Nk dapatkn calon kita dr SMU jgn harap ler..

Template by - Abdul Munir - 2008