“Dah gi jalan mana dah raya ni” Tanya Abg We kepadaku.
“Gi rumah sedare semalam, tapi banyak duk rumah lagi” jawapanku ringkas.
“ni tak abis blajar ni, raya kene la g ziarah rumah orang” tegur Abg We padaku..
Raya Aidilfitri kali terasa agak pendek memandang cuti yang ada sangat singkat. Kami yang beraya di pantai timur lagi la terasa sebab hari ahad sudah mula bekerja bagi pegawai kerajaan. Begitulah juga cuti bagi pelajar pengajian tinggi sepertiku, ada yang dah bertolak balik malam dan ada juga yang mengambil cuti yang lebih skit semata-mata inginkan kepuasan berhari raya…
Tindakan Dihari Raya
Selepas ditegur oleh senior, barulah saya sedar akan kepentingan ziarah pada hari raya. Ramai dikalangan umat manusia sudah kurang semangat untuk menziarahi sahabat handai dan saudara mara tetapi lebih suka melepak dirumah menonton pelbagai rancangan televisyen yang dihidangkan sepanjang hari.
Ziarah rumah sahabat-sahabat penting dalam menguatkan ukhuwwah dikalangan sahabat kita. Besar erti apabila sahabat-sahabat dan kawan-kawan kita kenal rumah kita. Bayangkan perasaan kawan-kawan kita apabila kita semua kenal rumah kawan-kawan kita dan kita pernah berkunjung datang, Dengan menziarahi kerumah sahabat kita, kita dapat mengenal dengan lebih rapat beliau dan latar belakang keluarganya. Mungkin kita sebelum ini tak pernah tahu keadaan sebenar kerana penampilan dan perwatakan ceria sahabat kita diluar tetapi setelah kita bertandang kerumahnya, sedarlah kita bahawa sahabat kita hidup lebih sederhana daripada kita..
Ayuh, saya menyarankan diri sendiri dan kepada kawan-kawan sekalian untuk menziarahi sahabat-sahabat kita dengan memanfaatkan sebetulnya masa yang ada ini. Smoga Allah mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita…
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.36 am
4 Ramadhan 1429 H
4 Oktober 2008
Rumahku, Kuala Terengganu.
0 comments:
Post a Comment