Watikah perlantikan yang diadakan semalam dengan menerima kabinet yang dibentuk sebelum ini jelas menunjukkan demokrasi UPSI semakin terhakis. Suara mahasiswa tidak lagi diendah dan diambil berat.
“ Kami mahu Akmal memimpin barisan kabinet MPP kali ini. Bukan saya seorang sahaja yang mengkehendakkan sedemikian tetapi rata-rata semua mahasiswa yang keluar mengundi baru-baru ini, mereka jelaskan suara mereka dengan undian yang mereka berikan. Kenapa dianfikan undian tertinggi ini?” seorang mahasiswa menjelaskan hasrat dengan perasaan yang tidak puas hati.
Menurut satu sumber, Naib Canselor semalam menjelaskan bahawa kerusi umum bukanlah penentu untuk ahli MPP untuk berada di Majlis Tertinggi(MT). Mendengar berita ini, saya agak terkejut dan kehairanan. Justeru untuk apa kerusi umum ini diwujudkan jikalau bukan bagi memastikan mandat yang diberikan adalah lebih besar kepada mereka yang bertanding dikerusi umum berbanding kerusi fakulti. Memang betul ia bukanlah satu penentu dan perlukan kepada perbincangan dikalangan mereka jika terdapat perkara-perkara yang dirasakan perlu diambil kira. Namun kerusi umum ini hendaklah dilihatkan sebagai satu ‘kredit’ yang besar kepada calon tersebut kerana mandat yang diberikan merupakan suara dari seluruh warga mahasiswa. Penafian kepada suara mahasiswa ini tanpa sebarang penjelasan adalah satu pengkianatan amanat yang nyata.
Penyerahan kuasa oleh Mantan YDP lepas
Saya yakin dan percaya, mereka yang sekarang menjawat jawatan MT, terutamanya mereka dari kerusi fakulti lebih-lebih lagi menang tanpa bertanding, tidak akan mendapat kepercayaan dan kerjasama daripada kebanyakan mahasiswa. Beberapa sebab saya nyatakan disini sebagai hujah kepada pernyataan saya ini. Yang pertama adalah, mahasiswa telah memilih calon yang mereka fikirkan layak dan mereka bersedia untuk dipimpin oleh calon ini. Penidakkan kepada hasrat ini bakal menimba kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka. Keduanya, hak calon itu sendiri yang dinafikan merupakan satu kezaliman dan ketidakadilan kepada calon tersebut. Perampasan hak ini dilihatkan satu pengkianatan kepada kehendak mahasiswa secara senyap-senyap.
“Mentang-mentang mahasiswa rata-rata tidak mengetahui cabinet yang dibentuk sebelum watikah ini, mereka bebas meletakkan diri ditempat yang mahasiswa telah memberi kepercayaan. Sedarlah kepercayaan yang diberikan bukanlah kepada kamu tetapi kepada mereka yang dinafikan hak itu”. Marah seorang mahasiswa.
Kezaliman dan Kebatilan ini tidak akan bertahan lama, Keadilan dan Hak akan pasti menggantikannya suatu hari nanti. Cuma masa dan ketikanya tidak dipastikan bila. Mahasiswa tidak akan berdiam diri atas pengkianatan ini!
Pemimpin Kami, Pilihan Kami!!!
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.09pm
9 November 2008
2-1-7 KHAR, UPSI
5 comments:
mungkin gelombang PRK akan datang lebih mengganas lagi... ^^
sekadar ramalan... ^^
kampus adalah gambaran dunia sebenar diluar sana..jika di kampus, amanat mahasiswa sudah dinafikan, apatah lagi di dunia luar sana :-( suara mahasiswa harus didengar dan amanat mahasiswa dilaksanakan..
kecewa...penafian hak akmal dan aqilah..penafian suara majoriti mahasiswa..!!!...
Manusia,jika amanat sesama manusia ini mereka sudah tak dapat tunaikan. bagaimana pula manat Allah kepada manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini? sama-sama fikirkan
Salam ziarah, akhi, kenal lg ana..
Slamat berjuang dan moga2 dipermudahkan Allah..
layarilah blog ana
http://kopiahhensem.blogspot.com/
Jazakallah
Post a Comment