Wednesday, October 8, 2008

Perjuangan


gambar hiasan

Hari ini terasa ketenangan hati dan jati diri yang hilang mulai berputik kembali. Sungguh terseksa hidup tanpa diberi ketenangan oleh Allah. Ketenangan itu adalah kebahagiaan. Hati terasa sedih dan pilu apabila mengenangkan proses pentarbiayahan yang dilalui sejak zaman persekolahan, matrikulasi dan seterusnya dia alam mahasiswa ini, sedihnya bukan pada proses pentarbiayahan tersebut tetapi sikap dan tingkah laku diri yang tidak menerapkan sepenuhnya pengetahaun dan ilmu yang diterima kedalam diri, menjelmakan ia sebagai satu peribadi. Lemah dengan nafsu yang menghambat, sering lupa dan lalai dalam perjalanan masa harian.


Membaca Buku Feqh Haraki Perjuangan Jihad Fi Sabililllah karangan ust Nasrudin Hj Hassan at-Tantawi, menyuntik kembali semangat dan mengimbau perjalanan hidup dalam proses pentarbiayahan yang dilalui. Sedih membaca keluhan dan seruan Ust Nasrudin kepada rakan-rakan seperjuangan yang dulu sama-sama berjuang dialam kampus namun hilang entah kemana setelah turun ke medan yang lebih luas.


Feqh Haraki Perjuangan Jihad Fi Sabililllah


Dalam tulisan Ust Nasrudin yang bertajuk “Rancakkan Tempo Perjuangan”, amat terkesan pada diri lantaran terasa dipundak kepala sendiri membaca setiap rungkap kata yang ditulis :


“sikap bersahaja, sambil lewa, tidak prihatin, malas, lesu, tidak peduli, tidak ambil kisah, suka bertangguh dan banyak dalih adalah antara 1001 istilah yang tidak layak dimililki oleh seorang pejuang”


“malangnya masih ada individu yang mahu dirinya bergelar pejuang tetapi tidak meletakkan dirinya pada landasan yang tepat dan tidak pula meningkatkan prestasi diri aagr menepati piawaian seorang pejuang. Lebih amlang apabila ia turun ke medan juang tanpa sebarang persediaan dan tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan tanggungjawab atau amanah perjuangan”


bersama Ust Nasrudin Hassan al-Tantawi


Terasa bersalah pada naqib-naqib yang telah mengusrahkan diri ini dengan perlakuan diri yang tidak menggambarkan seorang pejuang. Apa perasaan naqib apabila mengetahui begilah sikap anak usrah yang pernah beliau didik sekian lama dulu? Malu.


Saat ketemui naqibku sewaktu bersekolah di KOSPINT dulu, terasa amat rindu pada beliau. Beberapa kali kelibat Ust Syed Norhisyam muncul ditelevision TV9 menyampaikan tazkirah kepada umum, membuat hatiku sangat gembira kerana beliau adalah naqibku. Malam ini beliau mengungkapkan satu kata-kata dalam sms yang dihantar kepadaku:


“Apa yang kita tahu, kongsi dengan orang lain, nanti Allah akan ajar apa yang kita tak tahu”


Aku akan pegang kata-kata naqibku ini, bukan hanya dimulut tetapi disemat sebagai peribadi diri, insyaAllah…


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

9.19 pm

8 Syawal 1429 H

8 Oktober 2008

2-1-7, KHAR, UPSI

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008