Sunday, November 2, 2008

Satu Perjalanan Meraikan Majlis Perkahwinan

Abg Syafiq & zaujah beliau, Kak Kerk



25 Oktober baru-baru ini ana telah bertandang ke satu majlis kahwin senior matrik, Mohd Syafiq B Zakaria dan nurul Wahyuni Kerk Siau Ping yang dibuat di Muar, Johor. Perjalanan yang kurang berperancangan ini telah menyebabkan ana dan sahabat-sahabat dalam sebumbung kereta kelewatan sampai kerumah mempelai ini. Walaupun semua meja-meja telah siap dikemaskan namun kami sempat lagi menjamah nasi yang dihidangkan dengan daging kambing dan yang paling penting dapat bergambar dengan kedua mempelai ini setelah diminta untuk memakai kembali pakaian pengantin mereka.


Ukhuwwah yang terbina tidak dihalangi dengan jarak geografi untuk kami bertandang.


Semoga kedua pengantin ini sentiasa dalam keberkatan Allah dan dikurniakan generasi penyambung dakwah sebagaimana ibu bapa mereka ini kelak.


Bergambar bersama, smoga semangat itu menyerap dalam diri...(",)



Perjalanan Meraikan Majlis Perkahwinan seterusnya insyaAllah pada 22 November 2008. Tunggu yer kak Athirah, rombongan besar akan bertandang kelak…



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.36 am

5 Zulkaedah 1429H

3 November 2008

2-1-7 KHAR, UPSI

7 comments:

ezahasraff said...

erm..bila pulak agaknya rombongan nak meraikan perkahwinan akhi tg yer (^_^)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

komen nakal..

ain solehah said...

oo..kak nurul wahyuni dh kwin?huhu...

Ibnu Madzir said...

Assalamualaikum...Harap yang baju hitam tak berkolar tu dulu akan menyusul..huh..Kak yong biler?Abg Al-Hafiz dan ..... biler?

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

kalu nak menyusul kene letak jawatan MPP dulu...hehe

arrabe' said...

senior matriks?
dia tak penah jadi fasi ke?

tahniah3..

Wira Islam said...

Salam...

Abang TG, ana ambik gambar ni utk letak dlm blog ana... baca entry terbaru... TAHNIAH ABANG SYAFIQ DAN KAK NURUL WAHYUNI http://wiraislam.blogspot.com/2008/11/tahniah-abang-syafiq-dan-kak-wahyuni.html

Template by - Abdul Munir - 2008