Sesungguhnya menempuhi Hari Ulangtahun ini, mengimbaukan seribu satu kenangan sepanjang hayat yang dikurniakan Allah. Umurku kini telah mencapai 24tahun, entah berapa lama lagi usia ini akan bertambah.
Jiwa ini telah bernafas selama 24tahun dan ia akan terhenti suatu ketika nanti. Sahabat-sahabatku ada yang telah dahulu pergi meninggalkan rakan seperjuangan yang masih meneruskan perjalanan di alam fana dan menunggu giliran untuk turut kembali kesana.
Sepanjang 24tahun sudah pelbagai nikmat kukecapi, sedikit sekali rasanya perasaan syukur terbit dari dalam jiwa. Jika ditolak usia kecil dahulu dan ditolak pula usia berada dalam keadaan kealpaan, saat-saat merasa keberadaan bersama Tuhan sangat sedikit.
Potensi Diri, Suatu Muhasabah
Peningkatan usia ini juga mengenangkan kepada kebolehan diri dan pencapaian yang telah kulalui. 24tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Zaman remajaku terus berlari meninggalkanku. Sedikit demi sedikit titled sebagai seorang pemuda mengjauhi diri. Dalam usia sebagai seorang pemuda ini, pelbagai kenikmatan masih dalam kurniaanNya. Kesihatanku, kelapangan waktuku, kekuatan fizikalku, ketajaman akalku, kekuatan daya ingatanku dan jutaan lagi nikmat yang dirasai dalam sedar atau tidak.
Malu apabila mengenangkan jauh sekali bezanya sumbangan yang telah kuberikan kepada agama berbanding pejuang Islam terdahulu. As-syahid Hassan Al-Banna pada usia 20-an lagi telah jauh menggerakkan dakwah melalui usrah, kuliah dan ceramah beliau. Umair bin Abi Waqqas, adik kepada Sa'ad bin Abi Waqqas dalam usianya yang masih kecil telah bersungguh untuk menyertai peperangan Badar ketika itu. Beliau menangis apabila Rasulullah menolak permintaannya untuk menyertai peperangan tersebut kerana usianya yang masih kecil. Melihat kepada kesungguhan dan semangat dalam jiwa Umair bin Abi Waqqas ini, akhirnya Rasulullah menerima penyertaan beliau. Beliau akhirnya shahid pada usia sekitar 16tahun.
Sumbangan itu seiringan dengan potensi diri. Jika diri berpotensi, sumbangan yang diberikan juga semakin besar. Jelas sekali, potensi diri masih berada ditahap yang rendah dalam nilaian usia ini. Kemanakah pemikiran ini banyak ditujukan?, sejauh manakah perbincangan dilakukan?, banyak manakah ayat-ayat suci al-Quran yang telah kuhafal?, bagaimana pula pengurusan organisasi dan pengurusan masa? Semua ini persoalan-persoalan potensi diri yang perlu dijawab.
Doa Senjata Mukmin
Senjata merupakan suatu yang sangat penting dalam peperangan atau pertempuran. Dalam menghadapi kehidupan yang singkat ini, ia boleh diibaratkan berada dalam satu peperangan. Pelbagai rintangan dan cabaran silih datang berganti. Justeru kelengkapan senjata yang kukuh dan mapan perlu dipersiapkan untuk menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang dan ruang. Yang menjadi ukuran kepada kemenangan bukan hanya kepada kelemahan musuh, tetapi faktor kekuatan dipihak sendiri jua sangat perlu diutamakan. Sejauh manakah diri ini kuat dan bersedia menempuh rintangan dihadapan? Kekuatan dan keyakinan boleh dibina melalui senjata yang hebat. Seseorang yang mempunyai senjata yang canggih lebih yakin dengan diri untuk menang. Hang Tuah juga memerlukan Keris Taming Sari untuk menghadapi Hang Jebat yang mengamuk.
Justeru, doa demi doa ku layarkan sebagai senjata yang paling ampuh untuk memberikan keyakinan dan semangat dalam diri. Yang paling utama, diri mengharapkan doa-doa tersebut dimakbulkan Allah. JazakAllah kepada mereka semua yang telah mendoakan buat diri ini. Semoga Allah membalas doa kalian dengan kebaikan jua..
Yang Kuharapkan Hanyalah Doa Kalian,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.55am,
6 Rabiul Awal 1431H
21 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Berikut adalah doa-doa yang dikumpulkan. Agar ia tidak luput dan sentiasa segar dalam ingatan, kulampirkan semuanya dalam blog ini..
4 comments:
Ana sayang enta kerana Allah. Asif. Rasa berdosa pula kerana tak tahu bila waktunya hari istimewa sahabat ana.
Muhasabah untuk ana....
Kadang kesibukan menyebabkan kita terlupa kepada perkara ini. Ala kulli hal, jazakAllah..
tak letak mesej birthday org pon...huhuhu...akhi nye besday sama ngn besday org...rasa special lak..hehehe...kita kongsi tarikh lahir yang sama...huhuhu...abg tg 24 thun, org lak 22 thun...ehhehehe...ni bru brkesempatan buka blog abg, so bru baca pasal ni...hOpe smua yg kita harapkan juga dimakbulkan ALLAH Ta'ala insyaALLAH...amiiinnn... =)
Allah.. Wat ana g letok jugok.. dok ape lah. malu kokre.. (doh waner muslimat lake tuh.. huu~)
Post a Comment