Menyebut berkenaan dengan disiplin, pelbagai persepsi menerjah minda masing-masing. Ada yang memberikan persepsi negatif dan kurang senang berkenaan disiplin termasuk membenci orang yang menguruskan berkenaan disiplin ini. Namun ada juga mereka yang punyai minda positif dan memberikan reaksi baik bilamana membicarakan hal disiplin.
Kaedah yang saya gunakan dalam mendidik adik-adik disekolah sekolah ini adalah dengan mendekati mereka dan meyelami perasaan mereka. Rapat dan mesra agar mereka yakin dan percaya kepada kita seterusnya mencurahkan permasalahan yang mereka hadapi. Memarahi dan mendenda tanpa memberikan peluang kedua dalam kesalahan yang mereka lakukan bukanlah satu kaedah yang paling baik. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesedaran atau hidayah belum tahu bila waktu akan timbul dalam diri mereka. Namun disanalah ‘hikmah’ perlu dipertimbangkan.
Disini saya sertakan dua Filem Jepun yang menampilkan cara menghadapi pelajar-pelajar bermasalah. Cara guru ini mendekati dan menyelesaikan permasalahan para pelajarnya sangat menarik namun kesabaran yang tinggi tidak dinafikan diperlukan. Sama-sama saksikan:
Filem Gokusen
Filem Great Teacher Onizuka(GTO)
Namun ada yang kurang senang dan merasakan pendekatan ini tidak berkesan untuk menyelasaikan permasalahan disiplin dan membentuk akhlak para pelajar. Mereka lebih suka menggunakan kaedah kekerasan dan tidak rapat dengan pelajar. Punyai personality yang garang dan menggerunkan. Sukar untuk menyapa dan diramah mesra.
Pada saya kedua-kedua personaliti ini perlu ada dalam sesebuah organisasi. Variasi inilah yang melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu organisasi. Masing-masing menutup kelemahan dipihak yang lain dengan kekuatan yang ada pada diri. Begitulah personaliti empat Khalifah Ar-Rasyidin yang masing-masing punyai kelebihan masing-masing.
Menjadi salah seorang guru disiplin sekolah, sukakah saya atau dukakah saya? Bagaimana pula dengan orang lain, sukakah mereka atau dukakah mereka?
Cuba memainkan peranan dengan sebaiknya,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
11.05pm
12 Rabiul Awal 1431H
25 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment