“KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul dua pelajar lelaki dengan melakukan seks oral dan onani terhadap mangsa berulang kali di dalam stor serta bilik persalinan di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu.” – (Baca Lanjut)
Dua tajuk akhbar Berita Harian yang mengejutkan saya. Berita sebegini sering kali keluar dimuka-muka akhbar. Pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, namun ianya terus berlaku..
Saya terkejut dengan berita ini kerana tempat kedua-dua jenayah ini berlaku ada kaitan dengan saya. Teluk Intan, merupakan tempat saya berpraktikal pada awal tahun ini selama empat bulan sehingga akhir bulan empat yang lepas. Lebih mengejutkan perkara itu berlaku di Hutan Melintang, tempat dimana saya menginap dan berpraktikal di Sek Men Keb Hutan Melintang. Tidak dapat dipastikan pelajar yang menjadi mangsa tersebut adalah daripada pelajar sekolah saya praktikal itu ataupun tidak. Ya atau tidak, bukan suatu yang penting untuk diketahui. Tetapi kesedaran kepada perkara hitam ini perlu dirungkai untuk ingatan kepada kita semua.
Kuala Terengganu pula adalah daerah tempat asal tinggal sehingga kini. Walaupun jenayah ini berlaku di daerah Dungun, namun Terengganu itu turut terkesan dihati saya.
Dunia Rumah & Dunia Sekolah
Jenayah seksual semakin berleluasa dan yang lebih parah ia telah dibawa ke tempat yang mulia iaitu sekolah. Tempat menimba ilmu jika telah dicemari dengan gejala seperti ini, maka institusi ini tidak akan dapaat memainkan peranannya sebaik mungkin.
Jika dirumah, ahli keluarga sendiri menjadi ‘syaitan’ dan jika di sekolah pula, guru menjadi ‘syaitan’. Cukup dasyat sekali jika dua dunia ini dipenuhi dengan ‘syaitan’ yang bukan hanya menyiksa fizikal bahkan mental dan jiwa mangsa.
Dua dunia ini mencorakkan perkembangan diri yang besar dalam jiwa remaja sekarang. Gejala sosial yang berlaku kini antaranya berpunca dengan keruntuhan dalam salah satu dunia ini. Rawatannya boleh didapati di dalam dunia yang satu lagi. Bagaimana jika ia berpunca melalui kedua-dua dunia ini? Dimanakah lagi rawatan boleh diberikan? Perlu difahami dalam kedua dunia ini, walaupun punyai ‘syaitan-syaitan’, namun masih ada lagi ‘malaikat’ yang sudi menolong dan mendoakan. Merekalah yang perlu memainkan peranan menyelamatkan si mangsa daripada ‘syaitan’ yang bermaharaja lela itu.
Guru-guru lain dan adik beradik lain, jangan dibiarkan perkara ini senyap sepi. Bantulah mereka yang memerlukan!Usah dibiarkan ‘syaitan-syaitan’ begini merosakkan orang lain pula! Jika tidak kita menjadi mangsa selepas itu, mungkin orang terdekat kita pula, jika kita biarkan mereka bebas sebebas bebasnya! Kurungkan ‘syaitan-syaitan’ ini, berilah mereka balasan setimpal dengan perbuatan mereka! Bebaskan kedua dunia ini dari golongan mereka!!!
Membenci Kezaliman & Penindasan
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.50pm
3 Rejab 1430H
25 Julai 2009
Rumahku, Pasir Panjang
Kuala Terengganu.
2 comments:
salam ckgu.. cgku kes yg b'laku kat htn melintang tu b'laku kt taman perumahan rumah sy.. tp diorang duduk kat kmpg b'lakng taman tu.. mak sy ckp bapak dia tuh mmg panas baran.. suka angkat tgn klu b'gaduh or marahkan anak2 dia.. sy dgr berita ni mmg t'kejut xsangka b'laku kt bdk tu dahla keluarga diorg daif lepas tu mak dia sakit.. perangai bpk dia plak xrupa manusia.. mmg kejam..
Cg dah agak, rumah dia mesti dekat2 tu jer. Kejam sungguh bapak dia tu. Cg tak leh dengar r cite2 camni, rasa panas jer..Penindasan, kezaliman,penipuan, semua ni cg takleh terima.Lebih2 lagi berlaku pada kaum yg lemah, perempuan..
Hentikan kezaliman, tegakkan keadilan!
Post a Comment