Friday, July 3, 2009

3 Perkara Yang Boleh Mematikan Hati




Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dapat menghadiri satu program bermanfaat bersama-sama rakan seperjuangan pada hujung minggu ini. Sedikit perkongsian daripada saya, izinkan saya menyampaikan balik tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ust Syahrizan pagi tadi. 3 Perkara yang boleh mematikan hati.

Yang pertama adalah Cinta kepada dunia dan Takut mati. Semua antara kita maklum satu hadis masyur yang pernah menyebut perkenaan perkara ini iaitu hasil daripada penyakit yang disebut Rasullullah s.a.w sebagai Wahan. Cinta kepada dunia dan mencari Redha Allah tidak akan boleh berada bersama-sama dalam satu hati. Jika dalam hati ini tertanam kecintaan kepada dunia, nescaya redha Allah akan ditinggalkan dan begitulah sebaliknya. Ramai dikalangan umat kini takut akan mati. Mereka berasa belum masanya untuk mereka tinggalkan alam dunia ini. Berbeda dengan sahabat-sahabat dahulu yang mana mereka cintakan mati sebagaimana orang kafir cintakan kehidupan ini. Menurut seorang ulama’ mati adalah pemutus kepada dosa dan pahala. Justeru sahabat-sahabat terdahulu merasakan cinta kepada kematian, lebih-lebih lagi memburu syahid kerana semakin lama kehidupan ini, semakin banyak dosa yang diperbuat. Begitulah iman sahabat2 terdahulu, bagaimana dengan kita?


Dengki yang membawa kemarahan

Yang kedua adalah perasaan bakhir. Bakhir ini berbeza dengan tamak. Tamak tidak melibatkan harta orang lain tetapi bakhir ini, dia bukan sahaja kedekut dengan hartanya bahkan inginkan harta orang lain turut hilang dan kembali kepadanya. Satu perkara yang sinonim dengan bakhir, yang disebut dalam kita Bidayatul Hidayah oleh Imam Ghazali, apabila seseorang itu mempunyai sifat bakhir, maka akan wujud satu lagi sifat iaitu dengki. Sahabat sekalian, dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan daun-daun kering.

Dan sifat yang ketiga adalah ujub. Ujub berbeza dengan riya’. Ulama ada menyebut bahawa sifat ujub ini adalah sifat orang bodoh. Jika riya’ ini, seseorang itu inginkan melihatkan amalannya kepada orang lain, makna kata dia ada alasan dan sebab. Tetapi ujub ini merasakan diri sendiri hebat dan bagus walaupun berada sendirian. Sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ketahuilah bahawa manusia ini tiada daya upaya untuk melakukan sesuatu jika bukan dengan izin Allah. Sedangkan setiap helaian daun yang gugur kebumi juga dengan ketentuan Allah taala, begitu juga dengan tiap perkara yang kita lakukan. Justeru, kita kena sentiasa beringat akan diri kita sebagai hamba yang tersangat lemah ini.


sendirian dilaut

Ana rasa cukup sekadar itu dahulu sedikit perkongsian bersama-sama sahabat-sahabat. Mohon kita terus ditetapkan Iman berada pada JalanNya ini. Ingatlah bahawa hati-hati ini sentiasa dalam genggamanNya dan Allah berkuasa menentukan apa sahaja buat hambaNya. Kita sentiasalah memohon dikurniakan hidayah petunjuk untuk mengharungi kehidupan yang kian hari makin singkat untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Suatu yang pasti. Semoga kita dikembalikan kepadaNya dengan hati yang hidup subur, bukan hati yang mati..


“Ya Allah, Jika hati ini hitam, maka Kau putihkanlah. Jika hati ini sakit, maka kau sembuhkanlah. Jika hati ini rosak, maka Kau perbaikilah & Jika hati ini telah mati, maka Kau gantikanlah hati ini dengan hati yang baru…”

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.01 pm
4 Julai 2009
Negeri Sembilan

2 comments:

mohad said...

jangan biarkan hati kita mati...kan ustaz..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

insyaALLLA, sama2lah kita berusaha & pohon kepada Allah jua...

Template by - Abdul Munir - 2008