Thursday, July 16, 2009

Aku yang KERDIL & serba KEKURANGAN


“Siapalah kita ini, agama pun kurang” saya membalas kata-kata sahabat yang memuji diri ini.


Dalam keletihan menebas semak samun dan mencari durian yang gugur di bumi, kami banyak berkongsi pengalaman dan mengenali satu sama lain.

Hari ini seharian saya berehlah bersama dengan sahabat-sahabat junior di kebun durian akhi Aiman. Sungguh seronok dan gembira dapat bersama dengan mereka dalam siri pengembaraan ini.

Aiman, salah seorang daripada mereka

Keseronokan & kegembiraan ini bukan sahaja kerana dapat menikmati durian yang lazat tetapi lebihlebih lagi kerana dapat bersama-sama dengan mereka yang hebat-hebat dalam agama. Walau mereka ini junior, baru selesai tamat STAM di SMAASZA dan bakal menyambung pengajian di al-Azhar pada hari raya ke-9 nanti tetapi tak dapat dinafikan ilmu mereka cukup tinggi dan semestinya lebih tinggi daripada saya ini.

“Kamal dapat anugerah kebangsaan!!” laung salah seorang daripada mereka memberitahu kepada rakan-rakan yang lain.

Akhi Kamal, seorang amir(ketua) usrah dikalangan mereka bakal dinobatkan sebagai pelajar STAM terbaik negeri dan kebangsaan. Kamal yang juga akan melanjutkan pelajaran kesana pada tarikh yang sama, mengambil kelainan apabila bakal menyambung pelajaran dalam bidang usuluddin. Berbeda dengan sahabat-sahabat yang lain yang mengambil syariah. Usuluddin dikatakan agak sukar berbanding dengan syariah. Kamal memang selayaknya menyambung dalam bidang ini.


Muzani


“abg Tg belajar di UPSI macam mana?” Tanya Muzani, seorang yang berbadan sasa bermotorkan 135 LC.

“belajar macam U U lain juga, pergi kuliah dan ada assignment” saya menjawab ringkas.

Sememangnya belajar ilmu keduniaan ini berbeda dengan belajar ilmu agama.

Mengimbau kisah hidup saya lalu, sebaik selepas selesai UPSR, diri ini lebih cenderung untuk mengikuti pengajian agama. Abg Ipar saya menuruti hasrat saya, membawa saya pergi interview di salah satu maahad di Terengganu ini. Alhamdulillah saya lulus dan mendapat surat untuk hadir mendaftar.

Perancangan & takdir Allah mengatasi segalanya. Tiba pada hari mendaftar, hati ini telah bertukar dan ingin masuk ke sekolah agama terkenal di Kuala Terengganu, sama ada Sek Men Sheikh Abd Malik, SMAASZA atau KOSPINT, justeru ditnggalkan sahaja borang pendaftaran yang telah siap diisi.

Perjumpaan Alumni KOSPINT

Terkenang seketika, jika dulu saya menuntut di Maahad, apa yang bakal saya jadi sekarang?

Kini saya bakal seorang guru. Takdir Allah menetapkan selepas tamat sekolah di KOSPINT, melanjutkan pelajaran di KMNS dan seterusnya UPSI. Mempelajari ilmu keduniaan, biologi, kimia, fizik, math, English, subjek pendidikan dan beberapa lagi kemahiran keduniaan yang lain. Di mana ilmu agama? Tiada lansung. Itu jika hanya bergantung kepada kuliah dan kelas yang ditetapkan di UPSI. Ilmu agama yang dipelajari diKOSPINT & KMNS, tidak dibiarkan kering begitu sahaja, kuliah-kuliah ustaz disurau koleh dan dimasjid Jamek Tanjung Malim serta usrah merupakan sumber utama bagi saya dalam memperdalamkan ilmu agama.

sahabat-sahabat UPSI yang turut sama dahagakan ilmu agama

Kini, saya masih lagi mengekalkan sumber pertama ini dalam mendalami ilmu agama. Kuliah pengajian di Surau Ikhwan tidak terlepas untuk dihadiri.

Hati ini sangat teringin untuk turut sama merasai berada dibumi Anbia’. Merasai suasana berada dikalangan mereka yang bertutur bahasa al-Quran, dikelilingi oleh para ulama’ muktabar dan merasai iklim di sana juga.

“Belajar ilmu agama dan nak jadi alim bukan semestinya kena masuk al-Azhar dulu” ulas seorang ust. Kata-kata ini kadang menjadi pengubat hati bila mengenangkan adakah saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana bagi menuntut ilmu. Terasa diri ini amat jauh berbanding mereka. Aku yang Kerdil dan serba Kekurangan.



“Ya Allah, Engkau mengetahui yang terbaik buat hambaMu ini. Boleh jadi saya membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi saya, dan boleh jadi saya menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi saya. Allah yang Maha Mengetahui, tunjukkanlah jalan yang terbaik buat diri ini dalam mencari RedhaMu..Amin..”


~Aku yang KERDIL & serba KEKURANGAN~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.04 am
24 Rejab 1430H
17 Julai 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

7 comments:

rabiatul adawiyah said...

salam..

sedap baca ayat2 yg akh tulis. tapi kadang2 ana konflik, nok tulis saya, ana, atau aku untuk kisah2 pengalaman.....

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. Ya, ana juga punyai konflik yg sama. jika diteliti betul2 mmg ade percampuran kata ganti nama yg ana tulis ini.

saya: untuk nampak lebih umum
ana: lebih kepada berkomunikasi kepada golongan beragama
aku: berbunyi agak kasar, tapi paling sesuai dalam menggambarkan penceritaan.

rabiatul adawiyah said...

btul3..but as i look back, top bloggers such as ust hasrizal uses 'saya'..

maybe in blog i should use that way too..or write in English instead to avoid the conflict..:D

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..em nak tyer..em sebab dalam cmnt ni tengah citer tentang panggilan diri ap..sy nak tyer kalau kter berdoa pada Allah s.w.t ptt kah kita menggunakan perkataan ak tok berdoa padanya..sebab sy ada seorg kawan dia kata x blh..sebb "ak" digunakan oleh org kafir..tp ble sy fikir semula kadg bila kter memohon pada Allah ada kebiasaannya kita gelarkan diri kter 'ak'..em cmner yer..mintak pendapat..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

em past tu ni soalan lari dr tajuk lak..em pihak kastam bertanggungjawab tok merampas ap jua brg yg nak d jual keluar dengan tidak mengikut undg2x..kalau cd mereka akan hancurkan..jd x dek masalah..blh d hapuskan..tp bagaimana pula dengan makanan..cth lobak atau ap jua yg blh d makan..kter nak buang ke atau ambil.. em kalau kter ambil ia blh d kata sebagai syubhah sebab bukan hak milik kter,kter makan..sama macam kter curi..em tp kalau kter lihat dan pandang dr perspektif lain kalau memmbazir itu sahabat syaitan..em camner yer..mintak pandangan ya abg tg..syukran..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam.minta keiizinan untuk jawab dsini agar pembaca lain turut sama berkongsi pandangan ana ini.

Dalam b'Doa, kata ganti diri yang paling kerap digunakan dalam buku-buku doa adalah 'aku'. 'aku' itu bersifat anjal, kadang ia berbunyi kasar, hebat & gah. kadang ia juga berbunyi kelembutan, kerendahan diri & bahasa puitis.

ALLAH menggunakan kata ganti diri AKU bagi menunjukkan kehebatan dan kekuasaan. Juga digunakan Kami.

tapi kita, berdoa menggunakan aku bagi merasakan kerendahan, itu sebab dalam berdoa disunatkan merasa rendah diri, merintih depan Pencipta kita.Wallahualam

Soalan kedua ini, teringat kuliah ust Azhar Idrus, seorang ulama' tersohor Trg. ana bg jawapan berdasarkan kuliah ust yer, ilat yang sama.

Dalam soalan yg dikemukakan, adakah boleh kita menyembelih lembu yang terlibat dalam kemalangan atas dasar bimbang ia mati sia-sia, lalu apa hukumnya jika ia kita makans setelah puas kita mencari tuannya?

Ust menerangkan bahawa boleh kita menyembelihkannya untuk menyelamatkan ia daripada mati & menjadi bangkai. selepas tidak berjaya mencari tuannya, boleh dimakan daging tersbut untuk mengelakkan ia dibiarkan rosak. Namun tuan tersebut perlu membayar balik harga nilai daging tersebut jika ada yg mengaku bahawa dialah tuan kepada lembu tersebut.

disini terdapat 2perkara berkenaan barang harta orang lain: pertama barang yang tidak rosak, yang kedua barang yang tidak tahan lama seperti makanan dll.

untuk barang pertama ini,penjumpa boleh menyimpankannya dan pada masa yang sama menwar-warkan barangan tersebut.sebagai contoh menjumpai gelang emas,jika setahun masih belum ketemui perlu diserahkan kepada baitul Mal.

Berbeda dengan barang kedua ini, boleh dimakan untuk mengelakkan rosak begitu sahaja, tapi jika ada yg menuntut perlu diganti balik atau membayar nilainya. harapa jelas.Wassalam

amar90 said...

Salam..huhu,ble nta 'curi' gambar ana ni??huhu..bukan sasa..gemuk la..

Template by - Abdul Munir - 2008