Sunday, July 27, 2008

Tindakan Kerajaan Negeri Terengganu Menonjolkan Kelakuan Sebenar Mereka


Saya terkejut membaca akhbar Kosmo bertarikh 21 Julai 2008 lalu yang memaparkan berita utama berkenaan kritikan Menteri Besar terhadap keputusan Kerajaan Pusat yang tidak membenarkan Exco-exco Kerajaan Negeri untuk memiliki kereta Mercedes Compressor E200 yang telah dibeli sebanyak 14 buah.

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kerajaan negeri Terengganu sepatutnya mengutamakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi walaupun mampu menggunakan kereta mewah jenama asing.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Firdaus Abdullah berkata, penggunaan kereta tempatan Proton menjadi lambang kejayaan bangsa yang memang tidak boleh dibandingkan dengan kereta mewah seperti Mercedes.

"Ia adalah keluaran tempatan, kebanggaan negara. Jadi pemimpin perlu menjadi contoh selaku pengguna kepada barangan keluaran tempatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta itu yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.”

- Sumber Berita Harian , 21 Julai 2008 –

Tindakan kerajaan Negeri Terengganu jelas menunjukkan sifat sebenar mereka setelah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri setelah memenangi PRU 12 lepas. Tindakan ini jelas merupakan satu pembaziran wang rakyat dalam masa sekarang rakyat mengalami kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan setelah harga petrol dan diesel yang dinaikkan secara mendadak.

Kerajaan Negeri sepatutnya menunjukkan contoh terawal dalam berjimat cermat sebagaimana nasihat yang selalu ditayangkan di television dan dipaparkan akhbar-akhbar oleh kerajaan pusat agar rakyat berjimat cermat dalam berbelanja. Namun tindakan kerajaan ini menimbulkan kesangsian kepada semua rakyat jelata atas kewibaan Exco-exco yang masih mengutamakan keselesaan dan kesenangan peribadi sebagai perkara utama melebihi kebajikan rakyat.

Saya selaku rakyat Terengganu menasihatkan para Exco-exco kerajaan negeri Terengganu untuk berfikir kembali tindakan mereka dalam melakukan sesuatu kerana mereka sekarang diperhatikan rakyat Terengganu yang telah memilih mereka untuk menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negeri Terengganu. Diharapkan kerajaan negeri mengambil iktibar dalam tindakan tersebut agar rakyat terus memberikan kepercayaan mereka kepada pemerintahan sekarang jika masih mahu memimpin rakyat, jika tindakan ini masih dipertahankan rakyat tanpa sangsi akan memilih Pakatan Rakyat yang sekarang jelas mengutamakan kebajikan rakyat sebagai agenda utama mereka.


ANAK TERENGGANU,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

7.50 am

28 Julai 2008

2-1-7 KHAR, UPSI

3 comments:

cikgu_eya said...

Bismillah...

Ana memang setuju dengan kritikan kerajaan pusat atas tindakan tidak bijak kerajaan negeri Terengganu namun ana tak berapa gemar dengan point sbb kritikan tersebut. Alsannya...

'Sepatutnya mengutamakan kerete nasional walaupun mampu memiliki kereta mewah'

Point yang tidak sesuai atas teguran tersebut. Bukan lah ana menyangkal sokongan terhadap produk Malaysia cumanya penyebab kepada teguran tersebut bersifat tidak pro dan ilmiah. Point 'pembaziran' adalah lebih tepat.

Wallahu'alam

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. ana stuju ngan pendapat nti tu. kerajaan sahaja nak kaburkan mata rakyat yang sedia ada dah nak tertutup dek kesempitan hidup yang dirasai..

mane nasihat nak suruh rakyat berjimat ? knp tak bagi pada kerajaan negeri trg ni?

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Template by - Abdul Munir - 2008