Monday, July 14, 2008

Lawatan Muhibbah PMS UPSI ke PMFST UKM

Salam Perpisahan




Ucapan Aluan oleh YDP PMFST UKM


Ucapan Aluan Presiden PMS UPSI


Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.b.t kerana memberikan kami kesempatan untuk berkunjung ke UKM dalam usaha kami, Persatuan Mahasiswa Sains UPSI (PMS UPSI) untuk mempelajari sesuatu daripada sahabat-sahabat di Persatuan Mahasiswa FST UKM.

Sesungguhnya kami PMS UPSI berasa amat kerdil apabila mengunjungi PMFST UKM yang telah bertapak kukuh dan amat terkenal di UKM sebagai salah sebuah persatuan yang banyak membantu pelajar dalam membina keintelektualan para mahasiswa FST serta sebagai sebuah persatuan yang mampu menjaga kebajikan para ahli-ahlinya. Sesungguhnya kami PMS UPSI boleh diibaratkan sedang bertatih dalam memaju kepimpinan persatuan ini jika dibandingkan dengan PMFST UKM yang telah berlari pecut kehadapan.

Merasakan akan kelemahan dan kekurangan inilah, ana mengambil peluang ini untuk membawa sahabat-sahabat Exco dan Rexco PMS UPSI untuk sama-sama belajar daripada sahabat-sahabat PMFST UKM.
Minum pagi

Buat Sahabat-sahabat Exco dan adik-adik Rexco

Sesebuah persatuan itu tidak akan dapat berdiri teguh dan mantap tanpa ada sokongan daripada para Exco-exconya. Begitulah dengan ana yang amat mengharapkan bantuan daripada sahabat-sahabat Exco dan Rexco sekalian untuk membantu ana dalam kepimpinan yang masih berbaki dua bulan ini. Ingatlah bahawa bantuan sahabat-sahabat bukanlah untuk ana seorang tetapi usaha ini adalah demi kesinambungan dan kemaslahatan jangka masa panjang PMS UPSI jua. Rexco-rexco diharapkan dapat mempelajari sebanyak mungkin ilmu pengurusan daripada abang-abang dan kakak-kakak ntum kerana kami (kebanyakan semester 7) akan meninggalkan kalian tidak lama lagi. Justeru, ntumlah yang akan menggantikan pucuk kepimpinan ini dalam menjayakan misi dan visi persatuan kita.

Sidang pertukaran pandangan dan idea

Perkongsian pengalaman

Adakah pengalaman yang mendewasakan kita? Sebenarnya pengalaman tidak mendewasakan manusia tetapi pengajaran daripada pengalaman itulah yang membuatkan kita berfikir dan bertindak dengan lebih matang pada masa akan datang. Bukan sedikit mereka yang mempunyai pengalaman tetapi masih mengulangi kesilapan yang sama. Kenapa terjadi demikian?. Mereka tidak mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu.

Makan tengahari

Pengajaran pengalaman ini boleh didapati daripada merasai sendiri sesuatu peristiwa itu dan pengajaran juga boleh diambil daripada pengalaman orang lain.

“ aku tak suka la baca novel, membazir masa sahaja” kata seorang kawan.

“ jangan haraplah aku nak habiskan buku setebal itu, lepas tu nak kene feeling lak” sambungnya lagi.
Perbincangan Exco


Kenapa ramai yang suka membaca novel dan tidak kurang ramai juga yang tidak suka membaca novel ini. Masing-masing mempunyai hujah masing-masing. Bagi diriku yang agak berminat dengan novel-novel islamik yang sekarang semakin banyak dipasaran, inilah pandanganku.

bersama YDP PMFST berhampiran replika gajah


“ Membaca novel, kisah kehidupan seseorang, bukanlah mengkehendaki kita meletakkan diri kita pada watak dalam novel tersebut, tetapi pengajaran dan kisah hidup serta pengalaman yang ditonjolkan dalam hayat perjalanan kehidupan watak tersebut menjadi sumber inspirasi dan contoh teladan kepada diri sang pembaca. Banyak unsur-unsur yang mampu membina jiwa disajikan kepada si pembaca bukan dalam bentuk ayat seperti dalam kebanyakan buku motivasi tetapi disajikan dalam bentuk kisah kehidupan yang memerlukan si pembaca mengeluarkan sendiri pengajaran dan motivasi yang ingin disampaikan. Ini lebih terkesan dihati”

Lawatan kesetiap jabatan FST

Perkongsian Pengalaman

Banyak pengalaman yang dikongsikan bersama PMFST UKM. Berbicara mengenai struktur organisasi, pembawaan persatuan, misi dan visi, hal-hal berkaitan pengurusan dan banyak lagi menyebabkan kami pulang dengan akal yang sarat. Cadangan dan idea pembaikan akan kami cuba laksanakan diperingkat kami dalam masa yang terdekat namun perubahan itu bukanlah boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan kesannya juga akan terasa selang beberapa masa selepas peruabahan itu dilakukan.


Ucapan penutup


Lihat sahaja 7 benda ajaib dunia yang disebutkan sekarang. Pada waktu itu, masyarakat merasakan perkara biasa sahaja dari sudut binaan dan nilai sentimentalnya, namun kekaguman dan ketakjuban mula dirasai selepas daripada generasi mereka. Justeru, generasi akan datang juga akan mengkagumi Menara Berkembar KLCC kelak. Adakalanya perubahan itu membawa dua kesan, positif dan negatif. Generasi ini akan mencorakkan generasi akan datang. Dikagumi atau dicemuh oleh generasi akan datang bergantung pada generasi kini, yang mana anda mahukan?

Tanda Penghargaan


Salam Perpisahan

Sepeninggalan kami, meninggalkan ukhuwwah yang tidak terhenti disitu sahaja. Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah jua. Smoga ukhuwwah yang terjalin diantara dua persatuan ini akan terus diteruskan pada mas-masa akan datang. Kami dengan berbesar hati menjemput PMFST UKM untuk berkunjung balas melihat PMS UPSI disini. Semoga Allah memberkati kita semua. Wallahualam

Muslimin dan Muslimat

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
Presiden
PMS UPSI 07/08

8.02 am
12 Rejab 1929 H
15 Julai 2008
2-1-7 KHAR, UPSI

1 comments:

Anonymous said...

di bilik ini aku penah menapak dan mengenali org2 fst..hehe

Template by - Abdul Munir - 2008