“ Mengantuknya, sudah la tak makan tengah hari lagi..”aku mengeluh sendirian dalam kesesakan lalulintas menunggu giliran mengisi minyak petrol.
“Woi..cepat la skit..”. kedengaran jeritan daripada pemandu lori yang sudah tidak dapat menahan sabar. Bisik hatiku, apa guna menjerit demikian, tak akan memberikan apa-apa kesan pun..
Inilah yang terjadi selepas kenaikan harga minyak yang mengejut sebaik sahaja pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam menyebabkan laluan lalu lintas menjadi huru-hara dan ini adalah kes yang terburuk di
Kenaikan harga minyak sebanyak 41% amat tidak dijangka oleh rakyat yang tidak diberi sebarang ‘signal’ awal. Sebelum ini, dikatakan kenaikan harga minyak akan dikaji terlebih dahulu dan menjangkakan kenaikannya adalah pada bulan Ogos ini.
Ikutkan hati memang aku tak ingin berbaris kereta panjang semata-mata untuk mengisi minyak dengan harga lama buat kali terakhirnya, namun apabila difikirkan balik kos yang bakal aku tanggung esokkan harinya untuk aku ‘drive’ ke KL, fikiranku mengubah keputusan ini.
Perlu Tahu
Kenaikan yang melampau ini, melihatkan kerajaan seakan-akan masih tidak faham ‘message’ yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Kesan daripada kenaikan harga minyak ini akan terasa dalam beberapa hari kemudian ini.
Harga barang yang sedia ada tinggi akan meningkat lagi ekoran harga bahan bakar yang meningkat ini bakal menjejaskan semua barangan lain. Inflasi negara juga akan meningkat.
Pemberian RM150 atau RM600 setahun boleh diibaratkan sebagai pengabur mata rakyat sahaja. Apa gunanya pemberian ini jika rakyat menderita setiap hari!
Semalam Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa tengah malam semalam. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus.
Saat ini ramai rakyat bangkit menyatakan pendirian mereka untuk menurunkan balik harga bahan bakar ini. Kebangkitan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga diserata dunia terutama di negara-negara bukan pengeluar minyak yang merasakan kesan yang begitu ketara.
“meluat btol dengar orang besar bercakap” aku menyatakan kepada kakak aku sewaktu melihat berita jam1 lebih semalam.
“ada ke patut suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan orang-orang atas ni berboros makan duit rakyat sesuka hati. Haritu seorang pemimpin cakap suruh rakyat ubah
Kuliah subuh tadi, ustaz menyatakan selama 42 tahun Tuan Guru Nik Aziz memerintah memegang Menteri Besar Kelantan, jika nak dikirakan boleh sahaja Tuan Guru nak kumpul harta. Tapi semua orang boleh lihat rumah kampung Menteri Besar ini..inilah pemimpin sebenar..
Sekejap lagi aku akan bertolak ke KL dari K. Terengganu, menjalani satu program motivasi selama 4 hari. Dalam benak fikiranku, kos minyak petrolnya nanti berapa yer??
Doakan aku selamat pergi dan kembali…
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.02 am
5/6/08
Rumah
Pasir panjang, K. Trg
5 comments:
He who would cross the Bridge of Death must answer me these questions three, ere the other side he see.
i don't understand what u r trying to say..
salam akhi...macam pernah tgk..pernah sampai ke ladang?? terminal ptemuan kita d darul syifa sblm btemu ustaz zamri..lantas brsama2 shabat2 kita sama2 mggegar dun ladang dgn sebuah perjuangan..kalau ana x trsilap...
nway, salam ziarah ke blog ana..
http://ruqayya-xiaoyu.blogspot.com
Mungkin kot. cumenye ana tak knal nti yg mane. InsyaAllah..
Post a Comment