Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat kurniaanNya yang tak terhingga. Kuungkapkan kesyukuran kerana dapat menghabiskan bacaan Novel Ketika Cinta Bertasbih 2 akhirnya. Kesyukuran ini menebal dalam diri saat mengakhiri pembacaan tersebut.
Menghayati akan isi dan makna yang ingin disampaikan, aku merasakan begitu agungnya kekuasaan Allah Taala. Takdir Allah menetapkan segala-galanya. IradatNya mengatasi kehendak sekian makhluk, justeru makhluk harus redha jika kemahuannya tidak dicapai kerana itulah iradat Allah yang hikmahnya tiada siapa yang mengetahui..
Betapa potensi diri ini tidak aku gunakan sebaik-baiknya. Ibarat seekor singa yang masih merasakan dirinya seekor kambing. Sifat muslim, seharusnya dialah yang terbaik kerana telah disebut oleh Allah, kuntum khaira ummatin, Engkaulah(muslim) sebaik-baik umat.
Justeru aku nekad berusaha memperbaiki diri agar singa itu menjadi seekor singa yang sejati, Raja Rimba yang menggerunkan segala hidupan rimba lain namun tidak menggunakan kekuasaan sewenang-wenangnya lantaran menyedari hakikat penciptaan yang amat lemah kepada Sang Pencipta.
Aku juga menginsafi dosa-dosaku yang lalu, cukup tinggi menggunung. Menginsafi dosaku yang amat jijik lantaran ‘mencabar’ kekuasaan Ilahi apabila mengetahui kebatilan itu namun masih dilakukan jua. Aku bertaubat padaMu Ya Allah..
Selasai membaca novel tersebut, aku berdoa dan disaat itu juga azan Asar berkumandang…Seruan Ilahi memanggil jiwaku yang sudah sedia luluh dalam penginsafan…
Dosa-dosaku menggunung tinggi
‘Mencabar’ kekuasaanMu
Saat itu walauku sedari
Diri tidak mampu melawanMu
Namun aku gagahi melakukannya
Ya Allah,
Hambamu ini amat lemah
Dunia ini terlalu indah
Pada pandangan mata yang buta
Melihat sesuatu dengan mata yang nyata
Bukan dengan mata hati yang telus menyedari
Ya Allah,
Tika ini aku menginsafi diri,
Namun aku tidak tahu akan hari-hari mendatang,
Adakah aku mampu bertahan
Dengan ujianMu yang begitu hebat
Aku pinta padaMu Ya Allah
Jangan Engkau menguji aku
Dengan ujian yang tak mampu
Aku menanggungnya
Dan aku pinta padaMu Ya Allah
Jangan engkau biarkan nasibku
Ditentukan oleh diriku sendiri
Walau kadar sekelip mata
Atau kadar yang lebih pendek daripada itu.
Aku juga pinta padaMu Ya Allah
Pengakhiran hidup dengan pengakhiran yang baik
Husnul khatimah
Dan bukan pengakhiran yang buruk Ya Allah
Syu’ul khatimah
Aku menyedari akan kekuasaanMu
Mengambil nyawa hamba-hambaMu
Bila-bila masa
Kerana Engkau memang Maha Kuasa
Dan Engkau telah menunjuki ku
Sahabatku pergi tanpa sebarang bunyi
Tiada siapa menyedarinya
Engkau Maha Kuasa
Engkau Maha Pengampun
Engkau Maha Pengasih
Engkau Maha Penyayang
Ampuni daku atas dosa lalu dan akan datang…
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
6.52 pm
18 / 6 / 2008
Pasir Panjang, K.Trg
2 comments:
wah.. insyaallah nanti robe baca... belom bekesempatan dan berkelapangan...
bleh dapatkan nt...insyaAllah
Post a Comment