Thursday, May 22, 2008

Cinta VS Cita-Cita



Satu tajuk yang bisa meneruja sesiapa saja pembacanya.. Tajuk inilah yang ana dapat untuk menyampaikan tazkirah maghrib di matrikulasi negeri sembilan sempena minggu orientasi kemasukan pelajar baru sesi 0809.

Terasa berat nak menyampaikan tazkirah berkenaan tajuk ini atas beberapa sebab yang dirasakan perlu ada bagi mencapai objektif penyampaian itu. Yang pertama adalah dari segi penyampai itu sendiri. Kondisi penyampai mestilah seseorang yang berpengalaman contohnya telah berumahtangga, mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan agar dapat dikaitkan dengan diri sendiri dan mempunyai perjalanan hidup yang baik dalam berpasangan. Faktor kedua pula adalah kondisi audience, pendengar merupakan golongan remaja apatah lagi mereka ini berada dalam alam peralihan antara sekolah dan universiti yang mana usaha mencuba sesuatu yang baru dimulakan di alam ini. Merasakan di sinilah tempat mencari pasangan bagi mereka yang tak pernah berfikir sedemikian disekolah sebelum ini. Tajuk sebegini harus dibawa kearah cita-cita tetapi jika tersilap kata-kata pendengar lebih menfokuskan kearah cinta, itulah yang menggusarkanku..

Namun atas dorongan dan semangat yang diberikan oleh adik Mardhiah dan adik Arina, ana tekadkan hati menyampaikan pesanan dan peringatan berkaitan perkara ini..

” kadang-kadang penyampaian ustaz itu biasa sahaja dan telah berulang kali mendengarnya, tetapi terasa amat terkesan dihati”

”bukan isi penyampaian sahaja yang penting tetapi keikhlasan kita nak menyampaikan dan memberikan peringatan itu yang paling utama”

Itulah nasihat adik-adikku yang membuatkan aku mencekalkan hati sewaktu kami bertemu di kedai makan.



Peringkat Kecintaan


Tazkirah dimulakan dengan memberikan definisi tajuk. Cinta tidak hanya difokuskan kepada sesama makhluk tetapi dibawa perkataan itu agar dilihatkan kecintaan kepada Allah Sang Pencipta yang lebih utama. Satu hadis yang menjadi dasar kepada pembawaan peringkat kecintaan ini iaitu hadis berkaitan kemanisan iman.

” Tiga perkara jika terdapat pada diri seseorang itu akan merasakan kemanisan iman. Dia menjadikan Allah dan Rasul sebagai tempat kecintaan melebihi segala-galanya. jika mencintai seseorang, dia mencintai kerana Allah dan RasulNya. Dia takut untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia takut dirinya dicampakkan ke dalam api neraka”.

Kecintaan kepada Allah disertakan dengan kisah Rabiatul Adawiyyah yang amat mencintai Allah dalam mengejar keredhaanNya. Satu kata-kata beliau dalam doanya, ”Ya Allah, jika aku beribadah ini kerana inginkan syurgaMu maka masukkanlah aku kedalam api nerakaMu, tetapi tiada yang lain aku harapkan dalam pengabdian ini kecuali keredhaanMu semata-mata”.

Seterusnya kecintaan kepada Rasul, diperingatkan untuk sama-sama kita berselawat keatas baginda dan keluarga baginda. Makna surah al-Kauthar, pengertian ayat-ayatnya dan nuzulnya diterangkan kepada adik-adik dengan panjang lebar. Seterusnya dibawakan kecintaan kepada ibu bapa dan guru-guru.


Lelaki 9akal 1nafsu, perempuan 9nafsu 1akal

Sedikit perbandingan antara lelaki dan perempuan juga disebut agar dilihatkan peranan yang boleh dimainkan oleh masing-masing individu. Istilah lelaki 9akal 1 nafsu dan perempuan 9nafsu 1akal ini dibawakan oleh Imam Ghazali. Ust Hasrizal dalam web beliau(www.saifulislam.com), menyebut beliau lebih mudah memahami jika dikatakan lelaki itu punya 9logik dan 1emosi manakalah perempuan mempunyai 9emosi dan 1logik.

Lelaki lebih banyak bertindak mengikut fakta dan logikal sesuatu perkara berbanding emosi mereka. Itulah sebab diberikan kuasa talak kepada kaum lelaki bukan kepada kaum perempuan atas pertimbangan akal mereka sebelum melakukan ucapan atau perbuatan dan kurangnya dorongan emosi mereka.

Perempuan pula lebih sabar dan tahan dalam melakukan aktiviti rutin seperti membasuh pinggan mangkuk, mencuci pakaian, menjaga anak-anak, memasak dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi berbanding lelaki. Dengan emosi yang tinggi ini juga, mereka lebih berperasaan untuk mendapatkan kasih sayang, perlindungan dan belaian jagaan.

Dalam kehidupan yang berkongsi ini, terutama mereka yang telah berumahtangga, haruslah memahami sifat tabie pasangan masing-masing. Lelaki kadang-kadang perlu merendah egonya dalam memberikan kasihsayang kepada si isteri dan si isteri pula perlu meraikan logikal akal si suami dalam tingkahlaku. Itulah hidup suatu perkongsian..


Pengakhiran

Penutup kepada tazkirah ana pada malam itu, diingatkan akan kesudahan kepada kehidupan ini. Agar adik-adik tidak terlalu asyik dalam mengejar cita-cita dan menfokuskan kecintaan kepada haknya, justeru memperingatkan tempat kembali adalah paling sesuai. Sama-sama kita merenung dan memikirkan maksud ayat ini:




Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

5.21 pm

21 Mei 2008

Bilik 24jam

Perpustakaan UPSI

3 comments:

Miss X said...

Rindunya pada 'adik' Arina dan 'adik' Mardhiah. Hehe.. Tp tersangat lah merindukan mrekas..

Anonymous said...

cinta/kasih tu adelah satu skop yg besar & harapannya jgnlah org kecilkan skop cinta towards pasangan sahaja. *wink*

fikir scr luas.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

kelawar hijau- erm, lame tak jumpe mereka ke?

feerhan- btol tu feerhan, itu yg cube diterangkan. cinta kasih is not between humanity only..

Template by - Abdul Munir - 2008