Tuesday, June 17, 2008

Kehidupan Seorang Guru



Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani latihan Rancangan Oreintasi Sekolah(ROS) buat kali keduanya. ROS kali kedua ini, saya memilih untuk dilakukan disekolah dimana kakak saya mengajar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dan bukan di sekolah lama saya iaitu Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kemasukan hari pertama ini, membawa saya kepada satu pengamatan ‘kehidupan seorang guru’ yang kini belum dirasakan sepenuhnya dan insyaAllah bakal ditempuh jua kelak. Mengamati setiap langkah dan gerak geri guru-guru di sini, kehadiran ke sekolah, masa yang digunakan, proses pengajaran yang dilakukan, dan banyak lagi perkara yang membuatkan otakku menaakul dan cuba mencari makna dalam kehidupan seseorang berkerjaya pendidik ini.

Menjadi guru bukanlah suatu kerjaya yang menyenangkan. Kita semua sedia maklum dengan pelbagai karenah dan ragam para pelajar sekarang. Pelbagai ungkapan pepatah kata, puisi dan sajak, banyak mengagungkan kerjaya ini. Bukan atas dasar sukarnya kerjaya ini tetapi lebih kepada kemuliaannya, mendidik manusia kearah kebaikan..

Permintaan dan Harapan

Kepada semua kawan-kawan serta junior yang sekarang ini turut sama menjalani ROS, sedikit kata-kata ditujukan kepada mereka. Permintaan saya kepada mereka, gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada ini untuk mengamati perjalanan suasana disekolah ini seterusnya mencari pengajaran dan pengiktibaran serta solusi agar dapat kita jadikan panduan dalam kita menjadi pendidik kelak. Harapan semoga kita semua mampu menjadi golongan pendidik yang bukan hanya mengejar wang gaji tetapi meletakkan niat mendidik itu sebagai matlamat utama yang bakal memberikan saham buat kita semua dialam yang tiada lagi jambatan ke dunia ini melainkan 3perkara yang kita maklumi.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.30 pm
15 / 6 / 2008
Sek Men Keb Sultan Sulaiman

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008