“Muslim Sejati bukanlah Muslim yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, Muslim Sejati adalah Muslim yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya".
~Ku impikan menjadi seorang muslim sejati,
walau ku tahu diri ini penuh dengan dosa lalu,
namun usahaku tidak akan pernah kenal erti henti,
smoga Allah meredhainya & menunjukiku perjalanan kesana selalu..~
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala Yang solatnya adalah maruah dirinya Yang tidak pernah takut berkata benar Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa Matanya kepenatan kerana kuat membaca Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga, Disitulah rumah impiannya Bersama wanita acuan al-Quran"
~Private Life~
~Peringatan Yang Menyedarkan~
Hamba yg benar-benar patuh dan yakin dgn janji-janji Allah adalah mereka yg benar-benar berpegang teguh dgn perintah dan suruhan Allah.mereka tdk dilalaikan dgn dunia.
Jika ada pertembungan antara dunia dan akhirat,mereka tahu apa yg patut dipilih.tiada percampuran antara haq dan bathil dlm kehidupan seharian. Mereka adalah hamba yg segera menyahut apabila diseru oleh Sang Pencipta
Mereka akan SEGERA MENDIRIKAN SOLAT kerana itulah tiang segala cabang dalam agama.bagaimana sang mujahid mampu syahid jika solatnya pun di akhir waktu?
Bagaimana sang khalifah mampu mentadbir muka bumi jika diri sendiri pun masih melengahkan kewajipan utama?tetapi umat sekarang mampu berkata-kata dan berani bermain dgn kalimah Allah tanpa melaksanakannya
Ana cukup KAGUM dgn umat islam akhir zaman yag sgt BERANI bermain-main di medan dakwah.'pejuang agama yg mempersendakan agama'.cuba kita renung...
Ada tak mana-mana shbt sezaman dgn Rasulullah yg berjuang utk agama,ttp dlm masa yg sama bergurau senda tanpa batasan dgn kaum yg bukan sejenis dgnnya?ada?siapa?
Sedangkn Aisyah yg diselamatkan ketika ditinggalkan rombongan pun boleh mendatangkan fitnah utk agama,inikan pula pergaulan bebas secara terang-terangan oleh para duat;naqib dan naqibah tanpa hal-hal urgent...
Subhanallah...ana sgt sedih dgn fenomena duat skrg.berani klaim diri sbg duat,ttp berani juga curang pd Allah. ana menyeru pd semua para dai agar segera menjauhkan diri dari fitnah ini...cuba elakkan.
Apa yg ana tahu, hanya ada 4 perkara yg boleh berlaku pergaulan antara L&P,itupun dlm tempoh yg singkat dan urgent.1-perubatan.2-pendidikan.3-jual beli.4-peminangan.selain itu adalah HARAM.
ana tulis ini utk ana jg yg hanya seorg hamba yg hina di mata Allah dan kolot di mata manusia...
Selaku bakal cikgu, ana merasakan amat bertuah dengan pekerjaaan mulia yang bakal digalas kelak insyaAllah.. membelek internet baru-baru ni, ana terjumpe satu klip movie yang menarik, cerita indon.
Sang Murabbi
Indonesia mmg tidak dinafikan banyak mengeluarkan filem-filem Islamik..Tak nak kupas panjang berkaitan filem ni, ntum seme bleh tgk filem ni bile kuar nt. Terutama bagi bakal-bakal guru..nak bagitau pekerjaan ntum(cg2) seme ni adalah satu pekerjaan yg mulia dan ntum lah yg kene mainkan peranan sebaiknya…Selamat menonton.
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad 5.15 am 27 / 6 / 08 Rumahku,pasir panjang K.trg.
1 comments:
Anonymous
said...
salam. Memang video yang menarik. Itulah peranan kita juga. Sebagai guru islamik yang mendidik masyarakat. Teruskan berjuang sahabatku. Jadilah guru yang berjiwa besar. Sesungguhnya tanggungjawab kita adalah lebih besar dari kemampuan kita. Jadi tingkatkanlah potensi diri semaksimum yang mungkin untuk agama. Ana minta izin untuk di masukkan video klip enta ni ke dalam blog ana untuk di buat ulasan. Syukran.
1 comments:
salam. Memang video yang menarik. Itulah peranan kita juga. Sebagai guru islamik yang mendidik masyarakat. Teruskan berjuang sahabatku. Jadilah guru yang berjiwa besar. Sesungguhnya tanggungjawab kita adalah lebih besar dari kemampuan kita. Jadi tingkatkanlah potensi diri semaksimum yang mungkin untuk agama. Ana minta izin untuk di masukkan video klip enta ni ke dalam blog ana untuk di buat ulasan. Syukran.
Post a Comment