Malam ini saya diperkenalkan dengan lebih dekat seorang tokoh sasterawan dan pendeta yang berjiwa besar yang mana semua diantara kita seringkali mendengar nama beliau ini. Pendeta Zaaba atau nama sebenar Allahyarham iaitu Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir melayu yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris
“Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan!” (m.s 38)
Persoalan ILMU
Berkenaan dengan persoalan ilmu pula, beliau mengingatkan beberapa sifat ilmu iaitu:
“daripada serendah-rendah ilmu” sehingga mencapai tahap “setinggi-tinggi ilmu yang sudah melintasi di hadapan hati manusia”. Rujukannya itu termasuklah “pengetahuan rahsianya”, teori dan juga”membiasakan dia dengan dikerjakan” (kemahiran atau pratikal) yang dijelaskan oleh Za’ba sebagai “ilmu ketukangan” (kini pendidikan teknik dan vokesyenal). Za’ba berpendapat dengan adanya pendidikan ketukangan itu lulusannya tidak perlu bergantung kepada pekerjaan di sektor kerajaan yang sangat rendah pendapatannya. Beliau turut menegaskan kedua-dua aspek teori dan kemahiran itu perlulah “betul pembawaannya”, iaitu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dihuraikan di dalam empat rangkap syairnya:
Berkata kaum apakah ilmu,
Terangkan jawab beri olehmu;
Faham yang adil beri bertemu,
Akal fikiran jangan tersemu.
Tarikh geografi karang mengarang,
Tukang menukang membuat barang;
Ilmu berniaga ilmu berperang,
Semuanya ‘abadan’ tiada kurang.
Ilmu penyakit ilmu kesihatan,
Ilmu anggota hubat-hubatan;
Kimia tabii darat lautan,
Wap dan eletrik pekan dan hutan.
Hidup manusia dua pihaknya,
Satu di dunia badan busuknya;
Satu akhirat tujuan rohnya,
Wajiblah ilmu bagi keduanya.
Semoga dengan perkongsian yang tak seberapa ini akan terus meningkatkan daya semangat cintakan ilmu demi membawa perubahan buat diri, agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya perangai adalah bergantung kepada diri sendiri.
Yang ingin menjadi seperti beliau,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.01am
10 March 1431H
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan
2 comments:
I have read this book, quite good and the content very critise on our own laziness , behaviour and some part is bring upon on our self.
Wafi
U make me more excited. i'll search for this book...any suggestion, where can I found it?
TG
Post a Comment